Permohonan Geran Tahunan Khas (GTK) IPAKK Sarawak

Permohonan Geran Tahunan Khas (GTK) IPAKK Sarawak 

GTK IPAKK

Pemilik Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) yang berdaftar di negeri Sarawak dipelawa memohon Geran Tahunan Khas (GTK) bagi tahun 2022. Pemohon yang berkelayakan akan menerima geran tersebut.

Objektif geran bertujuan memberi keseimbangan makanan percuma untuk pembangunan fizikal dan pertumbuhan kanak-kanak, pembelian bahan pembelajaran dan aktiviti interaktif kanak-kanak, penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak dan pembangunan profesional guru-guru melalui pembelajaran sepanjang hayat.

 

Apa Itu Geran Tahunan Khas (GTK)IPAKK

Insentif Geran Tahunan Khas (GTK) adalah bertujuan untuk menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti bermula daripada TASKA dan TADIKA berfokuskan kepada:

  • Pemakanan yang sihat dan seimbang
  • Fun learning dan pendigitalan asuhan dan bimbingan kanak-kanak
  • Penglibatan ibu-bapa
  • Kompetensi guru dan pengasuh

 

Tarikh Permohonan GTK 2022

Bermula 28 FEBRUARI 2022 sehingga 30 SEPTEMBER 2022

 

Syarat Kelayakan Geran Tahunan Khas (GTK)IPAKK

Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) di negeri Sarawak yang berdaftar dengan kerajaan seperti agensi-agensi berikut:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMS)
  • Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS)
  • Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (PERPADUAN)
  • Jabatan Kemajuan (KEMAS) Negeri Sarawak
  • Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPPMIS)
  • Ibu Pejabat HIKMAH Sarawak
  • SeDidik Sdn. Bhd.
  • Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak
  • Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Sarawak

 

Syarat kelayakan IPAKK berdaftar dengan kerajaan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (Seksyen 20, Akta Pendidikan 1996), Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (Akta Taska 1984), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) atau Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) layak untuk mendapat GTK.

“Bagi taska atau tadika swasta yang berdaftar hendak dengan agensi masing-masing, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).

“IPAKK yang layak juga hendaklah masih beroperasi dan lesen pendaftaran masih belum tamat tempoh,” ujarnya.

 

Dokumen Untuk Permohonan Geran Tahunan Khas (GTK) IPAKK

  1. a) Salinan sijil pendaftaran IPAKK
  2. b) Salinan buku akaun IPAKK
  3. c) Salinan kad pengenalan pengusaha/guru besar
  4. d) Kertas Kerja GTK IPAKK

 

Cara Permohonan Geran Tahunan Khas (GTK) IPAKK

  • IPAKK boleh mengisi borang di pautan permohonan mengikuti agensi pendaftaran yang ditetapkan dibawah:

AgensiPautan

TADIKA SWASTA : https://docs.google.com/forms/d/1q3jzXe4w_JlMDwp3rOau4FjcPH5Bg9P9Ice-0Rlm304/viewform?edit_requested=true

PRASEKOLAH : https://docs.google.com/forms/d/1VGdiKPeguVmvpb5YxdcHRrcbP8ZjfpB9h-4xx2cnXK8/viewform?edit_requested=true

KEMAS : https://docs.google.com/forms/d/14_zEV3JS6YFyfqdPhIUpysOvHC5Lhp4qK4APM1I5jS0/viewform?edit_requested=true

Pendaftaran boleh juga di buat melalui aplikasi mudah alih iSarawakCare yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store

Info Lanjut

Sila hubungi +6082-443729

Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

Artikel lain : Cara Daftar Prasekolah

Leave a Comment