Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6

Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Tingkatan 6

Bantuan Am Persekolahan MAIWP

Pelajar yang bakal memasuki tingkatan 6 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipelawa untuk memohon bantuan am persekolahan. Bantuan ini dapat membantu meringankan beban para ibu bapa berkenaan kos pendidikan.Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP tersebut dengan lancar dan mudah.

Apa Itu Bantuan Am Persekolahan MAIWP

Inisiatif yang diwujudkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini bertujuan untuk membantu meringankan beban di samping melancarkan urusan pembelajaran pelajar Tingkatan 6.

 

Tarikh Permohonan BantuanAm Persekolahan MAIWP

Permohonan DIBUKA bermula 19 JULAI 2022 bagi PERMOHONAN BARU TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 SEKOLAH LUAR WILAYAH PERSEKUTUAN

Calon yang berminat untuk memohon perlu kemukakan permohonan sebelum 19 Ogos 2022.

Syarat Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat permohonan seperti berikut :

  • Pemohon beragama Islam.
  • Permohon bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap.
  • Tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 2022.

Cara Memohon Bantuan Am Persekolahan MAIWP

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi cara berikut:

  1. Layari laman web INI
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Hantar borang permohonan sama ada ke Cawangan PAZA MAIWP atau Kaunter Tingkat 1 HQ MAIWP atau MAIWP Putrajaya (bagi Permohon Yang Menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya).

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon.
  2. Satu salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga.
  3. Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran anak-anak yang masih dalam tanggungan (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja).
  4. Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO/yang terkini bagi ibu dan bapa (yang bekerja kerajaan/swasta/badan berkanun/syarikat) (jika berkenaan).
  5. Satu salinan surat akuan sumpah perdapatan terkini ibu dan bapa atau penjaga (yang bekerja sendiri/tidak bekerja/suri rumah) (jika berkenaan).
  6. Satu salinan surat perakuan pengambilan anak angkat daripada JKM/surat akuan sumpah penjagaan jika pelajar yang memohon bukan anak kandung (jika berkenaan).
  7. Satu salinan surat perakuan nikah/surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi ibu dan bapa atau penjaga yang berumur 60 tahun ke atas (jika berkenaan).
  8. Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini (jika berkenaan).
  9. Satu salinan sijil kematian ibu/bapa (jika berkenaan).
  10. Satu salinan kad memeluk Islam (jika berkenaan).
  11. Satu salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU) ibu dan bapa atau penjaga serta tanggungan (jika berkenaan).
  12. Surat pengesahan sakit kronik ibu dan bapa atau penjaga serta tanggungan daripada hospital kerajaan sahaja (jika berkenaan).
  13. Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar bagi ibu dan bapa atau penjaga serta tanggungan yang sedang belajar di IPT/Tingkatan 6 bawah (jika berkenaan).
  14. Satu salinan cukai pintu/bil utiliti (tempat tinggal terkini).
  15. Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad/akaun bersama bagi pelajar sekolah rendah/buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah (jika berkenaan).

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Am MAIWP untuk pelajar Tingkatan 6, sila hubungi pihak MAIWP di talian ini :

Kuala Lumpur : 019-2008458

Putrajaya : 011-59496216

Artikel Lain : Rayuan Tingkatan 6 

Leave a Comment