Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM Pelajar Wilayah Persekutuan

Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM Pelajar Wilayah Persekutuan

Bantuan Awal Pendidikan JPKM

Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia mempelawa pelajar yang bermastautin di Wilayah Persekutuan untuk memohon bantuan awal pendidikan. Langkah ini dapat membantu meringankan beban pelajar serta ibu bapa dalam menyara kos pendidikan masa kini.

Bantuan yang diwujudkan hasil kerjasama antara Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) disediakan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam untuk melibatkan diri dalam bidang pendidikan, keusahawanan serta kepimpinan.

Apa Itu Bantuan Awal Pendidikan JPKM

PRIHATIN merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan terutamanya di kalangan golongan muda ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan 3 teras utama iaitu Pendidikan, Keusahawanan dan Kepimpinan. PRIHATIN turut menjadi penggerak utama membantu kerajaan ke arah memberi impak luar biasa dalam melaksanakan program-program bercorak kemasyarakatan di seluruh pelusuk tanahair

Tarikh Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2022. Permohonan terhad bagi 2,000 orang penerima awal sahaja.

Kategori Bantuan Pendidikan JPKM

Terdapat 4 kategori bantuan yang boleh di mohon, iaitu ;

  • Bantuan wang pendahuluan/pendaftaran
  • Bantuan cermin mata percuma
  • Sumbangan laptop maiwp (hanya untuk anak wp sahaja)
  • Bantuan kelengkapan asas (hanya untuk anak wp sahaja)

Syarat Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM

  1. Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap
    tidak akan diproses.
  2. Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 ke bawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
  3. Pemohon telah menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.

Bantuan Awal Pendidikan JPKM

Dokumen Sokongan

Permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang diperlukan seperti di bawah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon & ibu bapa/penjaga
  • Salinan surat beranak pemohon & ibu bapa/penjaga
  • Salinan penyata bank
  • Bil yuran pelajar (jika berkaitan)
  • Penyata gaji/slip pencen/pengesahan pendapatan/pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga
  • Salinan surat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta

* Semua jenis bantuan layak dimohon oleh Anak Wilayah Persekutuan.

Cara Mohon Bantuan Awal Pendidikan JPKM

  • Dapatkan borang permohonan dengan muat turun borang JPKM 2022 di laman web PRIHATIN
  • Muat turun borang permohonan pada pautan https://www.yayasanprihatin.com/wp-content/uploads/2022/05/BORANG-BANTUAN-JPKM.pdf
  • Lengkap dan hantarkan borang beserta dokumen sokongan yang diminta oleh sekretariat JPKM 2022
  • Dapatkan pengesahan sokongan pemimpin setempat (Ahli Parlimen, ADUN, Penyelaras Parlimen, Pegawai Perkhidmatan Awam, Pegawai Tadbir Kolej/Universiti, Penolong Pendaftar Kanan Kolej/Universiti)
  • Penghantaran borang boleh dikembalikan melalui emel atau secara fizikal melalui pos ke alamat seperti berikut:

SEKRETARIAT JPKM 2022

Yayasan Prihatin Nasional,
No. 129-1, Jalan Setia Gemilang U13/BG,
40170, Setia Alam,
Selangor Darul Ehsan
No. Telefon: +603-3358 8612

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Pendidikan Awal JPKM 2022, anda boleh jayari website berikut https://www.yayasanprihatin.com/ atau anda juga boleh hubungi melalui

Email: [email protected] ,

Whatsapp: 012-2788612 ,

No. Telefon: +603-3358 8612

Artikel lain : Bantuan Awal Pendidikan MAIDAM

Leave a Comment