PERMOHONAN PROGRAM INTENSIF BAHASA INGGERIS (IEP) KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

PERMOHONAN PROGRAM INTENSIF BAHASA INGGERIS (IEP) KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

IEP KPM

Perhatian pelajar lepasan SPM 2022, anda dipelawa untuk membuat permohonan ke Program Intensif Bahasa Inggeris anjuran Kolej Profesional Mara. Program ini dapat membantu anda meningkatkan lagi kemahiran serta penguasaan bahasa inggeris.

Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan program (IEP) KPM tersebut.

Apa Itu PROGRAM INTENSIF BAHASA INGGERIS (IEP) KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) adalah program pengajian jangka pendek selama DUA (2) bulan untuk pelajar yang telah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurangkurangnya 3 KEPUJIAN TETAPI mendapat Gred D dalam subjek Bahasa Inggeris serta LULUS dalam subjek Matematik.

Tarikh Tutup Permohonan (IEP) KPM

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup program pada 30 Julai 2022

Semakan Keputusan Permohonan & Rayuan

  • 5 Ogos hingga 11 Ogos 2022

3) Keputusan Rayuan

  • 15 Ogos hingga 25 Ogos 2022

4) Pendaftaran

  • 27 Ogos 2022

Kemudahan PROGRAM INTENSIF BAHASA INGGERIS

Kemudahan yang disediakan oleh pihak MARA bagi pelajar IEP Kolej Profesional MARA adalah:

  • Yuran pengajian (tuition fee) selama dua (2) bulan ditanggung sepenuhnya oleh MARA
  • Penginapan asrama adalah secara percuma.
  • Elaun Sara Hidup (ESH) sebanyak RM250.00 sebulan akan dibayar kepada pelajar yang telah melengkapkan pengajian IEP dan kemudian mendaftar sebagai pelajar Diploma di Kolej
    Profesional MARA (KPM) pada sesi kemasukan berikutnya.
  • Tiket penerbangan pergi dan balik Kelas Ekonomi sekali dalam pengajian bagi anak kelahiran negeri Sabah yang menetap di luar negeri Sabah. (Pelajar perlu mengemukakan
    tiket asal bagi urusan bayaran balik tiket penerbangan).

Kadar Bayaran Yuran

Kadar bayaran yuran yang dikenakan bagi pengajian IEP di Kolej Profesional MARA adalah:

  • Yuran pendaftaran sebanyak RM100.00 sahaja yang perlu dibayar melalui aplikasi MARAeps atau boleh dibayar melalui laman sesawang MARAeps dipautan http://bayar.maraeps.my/login.

Syarat Permohonan IEP KPM

SYARAT UMUM

  • Pemohon dan salah seorang ibu / bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia (bagi IEP di KPM Indera Mahkota, Bandar Melaka, Bandar Penawar, Beranang dan Seri Iskandar)
  1. Pemohon dan salah seorang ibu / bapa berstatus Bumiputera Sabah dan Warganegara Malaysia (bagi IEP di KPM Beaufort, Sabah).
  2. Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.
  3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  4. Lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  5. Bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  6. MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.

SYARAT KHUSUS

  • Memperolehi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).
  • Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM IEP seperti di bawah:
    • Kemasukan melalui SPM:
      • i. Bumiputera
      • ii. Warganegara Malaysia
      • iii. Memperoleh minimum 3 KEPUJIAN dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf, termasuk subjek:
        • Bahasa Melayu
        • Dua (2) Subjek lain DAN
        • Lulus Bahasa Inggeris dengan Gred D
        • Lulus Matematik dengan minimum gred E

Cara Permohonan

Pemohon boleh melayari laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM), Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) di pautan https://apponline.mara.gov.my/upimonline.

Pendaftaran adalah percuma.

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:

  • Telefon: 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077
  • E-mel : [email protected]

Artikel Lain : Permohonan Kemasukan Program Diploma Kolej Profesional Mara

Leave a Comment