PERMOHONAN BANTUAN IPT NEGERI SEMBILAN(Sijil/Diploma/Ijazah/Sarjana/PHD)

PERMOHONAN BANTUAN IPT NEGERI SEMBILAN(Sijil/Diploma/Ijazah/Sarjana/PHD)

Bantuan IPT Negeri Sembilan

Pelajar dari Negeri Sembilan yang layak dijemput untuk memohon bantuan kewangan ke IPT pada tahun 2022. Permohonan ini dibuka kepada pelajar yang bakal menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Bantuan Kewangan Ke IPT 2022 diwujudkan kerajaan neger1 bagi membantu pelajar IPT anak Neger1 Sembilan yang mendaftar ke tahun pertama di peringkat pengajian tinggi secara one-off.

Dengan bantuan kewangan ini, ini secara tidak langsung dapat meringankan beban keluarga pelajar khususnya mereka yang tergolong dalam kategori B40.

Kadar Bantuan IPT Negeri Sembilan  

Permohonan yang lulus akan mendapat bantuan seperti berikut:

Peringkat Sijil/Matrikulasi: RM 500.00

Peringkat Diploma: RM 750.00

Peringkat Ijazah/Sarjana/PHD: RM 1,000.00

Bantuan IPT Negeri Sembilan

Syarat Permohonan Bantuan IPT Negeri Sembilan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
  2. Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.
  4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 secara online melalui aplikasi atau portal N9 Digital dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.

 

Cara Mohon Bantuan IPT NegeriSembilan

Langkah-langkah untuk memohon Bantuan Kewangan Ke Institut Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://www.n9.digital/atau muat turun aplikasi N9.Digital di Google Play Store https://play.google.com/store/apps/details?id=com.accuratio.n9digital&fbclid=IwAR0_fdJXdKB65oZs3AzGDaLps8Ih1d8of0lQk02xwoVWjeRnG-cgnfjL8PM atau Apple App Store https://apps.apple.com/my/app/n9-digital/id1512768213.
  2. Isikan maklumat pada bahagian ‘Daftar Untuk Memohon’ dan klik butang ‘Hantar.’
  3. Anda akan menerima kod yang dihantar melalui telefon bimbit anda dan masukkan kod tersebut ke dalam paparan portal untuk bahagian seterusnya.
  4. Kemudian, muat naik gambar peribadi anda.
  5. Selepas itu, isi maklumat peribadi anda dan juga pasangan serta tanggungan.
  6. Apabila selesai, anda akan dipaparkan dengan bahagian ‘Bantuan Kewangan ke Institut Pengajian Tinggi.’
  7. Klik pada kotak bantuan tersebut dan klik butang ‘Hantar.’
  8. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  9. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

 

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Dokumen sokongan berikut perlu dimuat naik sebelum menghantar permohonan iaitu:

  1. Salinan kad pengenalan ibu atau penjaga.
  2. Salinan kad pengenalan bapa atau penjaga.
  3. Salinan Sijil Kematian atau Perceraian (jika berkenaan).
  4. Salinan penyata gaji atau pengesahan pendapatan ibu atau penjaga.
  5. Salinan penyata gaji atau pengesahan pendapatan bapa atau penjaga.
  6. Salinan surat tawaran ke IPT.
  7. Salinan surat pengesahan pendaftaran atau bayaran yuran pendaftaran atau surat pengesahan pengajian.
  8. Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah atau Menengah.
  9. Pengesahan Bantuan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA dan disahkan oleh Pengurus FELDA.

Untuk Borang Pengesahan Pendapatan boleh dimuat turun melalui link https://www.ns.gov.my/images/contents/Borang/PEJ_MB/Borang-Pengesahan-Pendapatan.pdf

Bagi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA pula boleh dimuat turun melalui link https://www.ns.gov.my/images/contents/Borang/PEJ_MB/BORANG-PENGESAHAN-KELAYAKAN-BANTUAN-PENDIDIKAN-FELDA.pdf

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Sembilan di pautan https://www.ns.gov.my/19-maklumat-laman/304-syarat-syarat-permohonan-bantuan-kewangan-ke-ipt

Artikel Lain : Permohonan Bantuan Awal Persekolahan

2 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN IPT NEGERI SEMBILAN(Sijil/Diploma/Ijazah/Sarjana/PHD)”

  1. Bagaimana pula kalau 3 orang anak masuk IPT bolehkah mohon bantuan …kalau ikut gaji ibubapa M40 ..boleh kah mohon dalam suasana covid 19 …sekarang ni pun nak mohon apa apa bantuan dari kerajaan pun susah..

    Balas

Leave a Comment