Tempat Menarik Terkini Di Cameron Highland (Rugi Tak Singgah)

Tempat Menarik Terkini Di Cameron Highland (Rugi Tak Singgah)

Tempat Menarik Cameron Highland

Mencari tempat menarik di Cameron Highland? Bukit bukau yang memukau menjadikan tempat ini lokasi percutian terkenal bukan sahaja di dalam negara, malah kepada pelancong asing.

Destinasi pelancongan paling menarik di Cameron Highlandpasti membuatkan pelancong teruja untuk menerokainya. Pelancong tidak akan terlepas dari menikmati panorama indah serta kesejukan suhu di sana.

Kami akan memberikan panduan tentang tempat menarik yang harus dikunjungi di Cameron Highland.

 

Ladang Teh Boh Sg. Palas

Tempat Menarik Cameron Highland

Ladang teh boh Sg. Palas antara ladang Teh Boh terbesar di Asia Tenggara. Menjadi salah satu destinasi ikonik dan wajib kepada para pengunjung yang bercuti ke Cameron Highlands. Ini adalah tempat menarik paling tumpuan di Cameron Highland.

Bukan hanya menawarkan pemandangan yang cantik malah terdapat beberapa tarikan ketika berada disini, antaranya:

  1. Terdapat Kafe untuk anda menikmati makanan sambil melihat keindahan ladang teh.
  2. Mengambil gambar sepuasnya dengan latar belakang bukit dan ladang teh.
  3. Melawat pameran khas berkaitan dengan sejarah Ladang Teh Boh Sg. Palas.
  4. Melawat kilang Teh dan melihat sendiri setiap proses daripada daun teh hingga ke hasil yang terakhir.
  5. Terdapat kedai cenderahati jika anda ingin beli ole-ole untuk di bawa pulang.

 

Pasar Malam Golden Hills

Tempat Menarik Cameron Highland

Mungkin ramai yang sudah tahu, pasar malam di Brinchang sudah ditukar ke Golden Hills. Pasar ini bermula dari pukul 4 petang hingga ke 11 malam. Merupakan salah satu destinasi tempat menarik wajib anda pergi jika bercuti ke Cameron Highland.

Tetapi hanya dibuka pada hujung minggu sahaja iaitu hari jumaat dan sabtu serta pada cuti sekolah.

Macam-macam dijual di sana seperti sayur-sayuran, buah strawberi, jagung, baju, bunga hingga ke pelbagai makanan dan minuman.

Tips untuk datang ke sini adalah datang pada waktu petang kerana waktu malam di sini agak sesak. Anda juga susah untuk mendapatkan parking disini.

Abang Strawberry, KHM Strawberries & Opah Strawberries

Tempat Menarik Cameron Highland

Bila pergi Cameron Highlands apa yang selalu orang beli? Ya, buah strawberi. Tidak lengkap percutian anda jika datang ke Cameron tapi tidak membeli buah Strawberi.

Banyak tempat anda boleh pergi tapi kami mengesyorkan tiga tempat ini. Selain beli strawberi, pelbagai makanan yang sedap yang anda boleh cuba seperti ice cream, scone, nasi lemak strawberi dan banyak lagi.

Ketiga-tiga kedai ini berada Kampung Taman Sedia, tempat yang memang menjadi tarikan pengunjung di Cameron Highlands. Jadi anda fikir sendiri nak pergi kedai yang mana.

Bila sudah jadi tempat tumpuan, pastinya akan ramai orang. Tapi di Cameron, mana tempat yang tidak ramai orang kan.

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

Tempat Menarik Cameron Highland

Tempat seterusnya adalah Taman Agroteknologi MARDI. Kawasan disini sangat luas, jadi banyak tempat tarikan yang menarik disini antaranya:

  1. English Garden. Kawasan ini mempunyai lansdskap yang menarik. Anda juga dapat melihat sebuah rumah berkonsep inggeris.
  2. Taman Bunga. Terdapat pelbagai jenis bunga yang cantik. Juga disediakan tempat duduk untuk berehat sambil melihat keindahan bunga-bunga disini. Kepada peminat bunga, tempat terbaik untuk anada.
  3. Taman Orkid. Kepada peminat orkid, ini juga tempat anda. Pelbagai jenis orkid ditanam disini dan tanaman lain seperti pokok periuk kera.
  4. Taman Arnab. Masuk sini dikenakan bayaran makanan arnab diberikan. Sesuai untuk kanak-kanak yang ingin bermain dengan pelbagai jenis arnab.

Dan ada banyak lagi tempat menarik seperti taman rama-rama, ladang dan kilang teh, dan ladang tanaman strawberi.

  • Buka setiap hari rabu hinga isnin. Masa dari 8.00am – 5.00pm
  • Tutup pada hari selasa
  • Buka pada hari cuti sekolah atau cuti umum (tetapi tutup pada hari aidiladha dan aidilfitri) – Masa dari 8.00am – 5.00pm

Kea Farm, Cameron Highlands

Mencari pasar tani di Cameron Highlands? Kea Farm adalah tempatnya. Dibuka hampir sepanjang hari, terletak 3km di utara bandar Brinchang atau 3km sebelum Tringkap.

Pasar ini terletak di tepi jalan, jadi tidak susah untuk anda mencari tempat ini. Tempat ini pasti ramai

Boleh dikatakan pasar terbesar ini, Kea Farm adalah destinasi membeli-belah yang terkenal bagi pengunjung untuk mendapatkan hasil segar yang dijual oleh peniaga dan petani tempatan!

Negara Malaysia mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Untuk maklumat Lanjut boleh layari pautan ini : https://www.tourism.gov.my/

 

Artikel Lain : Senarai Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

Leave a Comment