e-Recruit USM(Permohonan Jawatan Kosong USM)

e-Recruit USM(Permohonan Jawatan Kosong USM)

e-Recruit USM

Perhatian kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan, anda dipelawa untuk membuat permohonan jawatan kosong di USM.JAWATAN KOSONG HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2022 TELAH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN ONLINE e-Recruit USM

Tarikh Iklan : 18-04-2022
Tarikh Tutup : 27-04-2022

Lokasi: USM KUBANG KERIAN, KELANTAN

Berikut dikongsikan jawatan-jawatan yang ditawarkan dan cara untuk membuat permohonan bagi calon yang berminat.

Untuk makluman, tawaran ini melibatkan 22 skim jawatan seperti berikut:

  • PEGAWAI SAINS C41
  • JURU X-RAY U29
  • JURURAWAT U29
  • JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
  • JURUPULIH PERUBATAN U29
  • JURUTEKNIK PERUBATAN U19
  • PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
  • PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
  • PEMANDU KENDERAAN H11
  • PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
  • PEMBANTU OPERASI N11
  • PEMBANTU AWAM H11
  • PENOLONG AKAUNTAN W29
  • PEMBANTU MAKMAL C19
  • PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
  • PEGAWAI FARMASI UF41/UF44/UF48/UF52/UF54
  • PEGAWAI PERGIGIAN UG41/UG44/UG48/UG52/UG54
  • PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
  • PEMBANTU KEMAHIRAN H19
  • PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
  • PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
  • PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19

Cara Pendaftaran e-Recruit USM

Sebelum mendaftar sebagai pengguna, anda hendaklah membaca dan memahami keseluruhan syarat-syarat penyertaan di bawah. Sekiranya anda bersetuju dengan syarat-syarat tersebut, klik butang Saya Setuju.

Seorang individu hanya boleh mendaftar SATU (1) Login sahaja.

Penyertaan terbuka kepada semua individu yang berumur antara 18-60 tahun.

Pendaftaran ini adalah sebagai pengguna halaman web e-recruIT dan halaman-halaman web berkaitan dengannya.

Pendaftaran ini bertujuan untuk membolehkan anda memohon jawatan di USM, mengemaskini maklumat permohonan anda dan menyemak status permohonan anda.

Pastikan maklumat yang diberi adalah BENAR dan sekiranya maklumat itu didapati palsu, permohonan anda akan DIBATALKAN dan jika anda telah ditawarkan jawatan, perkhidmatan anda akan DITAMATKAN serta-merta dan anda boleh dikenakan TINDAKAN undang-undang.

Pastikan maklumat pada borang permohonan anda adalah BENAR. Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan-1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabitkan boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda dua ribu Ringgit Malaysia atau kedua-duanya sekali.

Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan boleh membuat permohonan secara ‘online’ selaras dengan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2004: Permohonan Jawatan Secara Online Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat.

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN e-Recruit USM

1) BUKA PAUTAN https://erecruit.usm.my/html/

2) ISIKAN NAMA DAN EMAIL DI RUANG YANG DISEDIAKAN

3) BUKA EMAIL YANG DIDAFTARKAN

4) ISIKAN BUTIRAN PENGGUNA YANG DIBERIKAN DALAM EMAIL

Setelah berjaya mengaktifkan akaun, anda boleh mula membuat permohonan.

Sila rujuk langkah seterusnya di bawah.

 

Cara Permohonan Jawatan Kosong USM 2022

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI ERECRUIT USM:

1) Sila login dan daftar sebagai pengguna portal eRecruit USM melalui pautan berikut: https://erecruit.usm.my/html/

2) Isikan maklumat / butiran peribadi pada profil anda.

3) Semak jawatan yang ingin dipohon dan baca syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Pemohon TIDAK PERLU menghantar sebarang cetakan maklumat yang telah diisi melalui Sistem Erecruit kepada Pihak Bahagian Sumber Manusia USM;
  • Tarikh Permohonan adalah pada 18/04/2022 sehingga 27/04/2022 ;
  • Sukacita diingatkan bahawa maklumat yang diisi adalah LENGKAP dan BETUL dari segi EJAAN, PERKATAAN DAN NOMBOR;
  • Ditegaskan bahawa hanya maklumat permohonan yang LENGKAP dan BETUL serta memenuhi syarat skim perkhidmatan sahaja akan dipilih dalam proses penyaringan;
  • Ditegaskan bahawa hanya calon yang melepasi ujian saringan sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga;
  • Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan maka permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA .

PERHATIAN :
– Sila pastikan permohonan jawatan dipilih bertepatan dengan kehendak dan kelayakan anda sebelum iklan ditutup.
– Sekiranya maklumat tidak lengkap, permohonan akan ditolak.
– Hanya 2 jawatan sahaja dibenarkan dimohon.
– Untuk pembatalan permohonan jawatan sila “UNCHECK” ke semua kampus dan klik “Simpan”.

Permohonan Online : https://erecruit.usm.my/html/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Artikel Lain : Semakan Jawatan Kosong SPA9

Leave a Comment