ZEST-i MAYBANK(Cara Buka Akaun Guna MAE Semak Keputusan Pemenang Cabutan)

ZEST-i MAYBANK(Cara Buka Akaun Guna MAE Semak Keputusan Pemenang Cabutan)

ZEST-i MAYBANK

Terkini Maybank telah memperkenalkan akaun pelaburan patuh Syariah yang terbuka kepada semua iaitu Zest-i. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuka akaun dan semakan keputusan Pemenang Cabutan, semoga membantu

 

APA ITU ZEST-i MAYBANK

Zest-i merupakan satu Akaun pelaburan patuh Syariah ini terbuka kepada semua dan menawarkan kemudahan simpanan wang yang memberikan potensi untuk memperoleh keuntungan bulanan serta berpeluang untuk  memenangi hadiah hebat sepanjang tahun.

 

CIRI-CIRI ZEST-i MAYBANK

Berikut adalah merupakan ciri-ciri pelaburan ini iaitu:

  • Menangi hadiah sepanjang tahun: Labur serendah RM200 untuk berpeluang menangi hadiah tahunan, setengah tahun, suku tahunan dan bulanan!
  • Peroleh potensi keuntungan*Anda akan memperoleh kadar keuntungan indikatif berdasarkan nisbah perkongsian untung.
  • Pengurusan akaun yang mudah: Uruskan akaun dengan mudah melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u.
  • Akses ATM yang meluas: Akses akaun anda di lebih 2,900 ATM Maybank dan ATM antarabangsa.

 

SENARAI HADIAH CABUTAN ZEST-i MAYBANK

Berikut adalah merupakan antara hadiah yang ditawarkan bagi kempen kali ini adalah seperti berikut:

  • Hadiah Utama: BMW iX xDrive40
  • Hadiah Pertama: 1kg Emas Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)
  • 20x Hadiah Kedua: Umrah/Percutian VVIP
  • 8x Hadiah Ketiga:
  • 10g Emas Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)

NOTA: untuk melihat hadian bulanan, boleh rujuk di pautan Hadiah-Hadiah Zest-i

 

KELAYAKAN PERMOHONAN ZEST-i MAYBANK

Jika anda termasuk dalam mana-mana kategori yang disenaraikan di bawah, anda layak memohon Zest-i Account:

  • Individu dalam kategori Akaun Amanah yang berumur bawah 18 tahun
  • Individu berumur 18 tahun ke atas;
  • Pemastautin Tetap Malaysia,
  • Bukan Pemastautin Malaysia (dengan permit kerja);
  • Pemegang akaun bersama

 

CARA BUKA AKAUN ZEST-i MAYBANK

Berikut adalah merupakan cara pembukaan akaun iaitu:

Pelanggan Sedia Ada

  1. Layari pautan Applying for Zest-i
  2. Lengkapkan maklumat kemudian daftar
  3. Selesai

Pelanggan Baru

  1. Layari pautan Applying for Zest-i
  2. Klik ‘Apply Now’
  3. Isikan butiran anda
  4. Lengkapkan ‘Suitability Assessment Form’
  5. Isikan butiran akaun anda dan pilih cawangan pilihan anda
  6. Semak dan sahkan semua maklumat
  7. Kemudian ciptakan akaun Maybank2U anda
  8. Buat janji temu dengan cawangan pilihan anda dalam masa 10 hari bekerja untuk melengkapkan pengaktifan akaun anda.
  9. Selesai

Guna Aplikasi MAE

  1. Buka aplikasi MAE dan log masuk akaun anda
  2. Pada paparan utama di bahagia Quick Action, pilih pada View All
  3. Kemudian klik pada Apply dan pilih Zest-i
  4. Lengkapkan maklumat kemudian daftar
  5. Selesai

KADAR PELABURAN ZEST-i MAYBANK

Anda hanya perlu melabur sekurang-kurangnya RM50 untuk permulaan.

 

CARA PELABURAN ZEST-i MAYBANK

Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membuka akaun pelaburan Maybank Zest-isecara dalam talian dengan nilai minimum sebanyak RM50.

Pelaburan seterusnya adalah minimum RM200 untuk kelayakan mereka memenangi hadiah bulanan, RM300 untuk hadiah suku tahunan dan RM400 untuk hadiah setengah tahun serta RM500 untuk cabutan hadiah utama.

 

CARA SEMAKAN PEMENANG CABUTAN ZEST-i MAYBANK

Untuk menyemak senarai pemenang cabutan Zest-i anda hanya perlu klik pautan di bawah:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan semakan cabutan Maybank Zast-i sila layari portal rasmi Maybank atau kunjungi cawangan maybank berhampiran anda.

ARTIKEL LAIN

Baca Juga: CARA AKTIFKAN SPayLater (Bayaran Secara Ansuran Di Shopee)

Leave a Comment