Permohonan Bantuan Permulaan IPT MAINPP(Dalam & Luar Negara)

Permohonan Bantuan Permulaan IPT MAINPP(Dalam & Luar Negara)

Bantuan Permulaan IPT MAINPP

Perhatian kepada anak negeri Pulau Pinang yang layak, anda dipelawa untuk memohon bantuan permulaan ke IPT bagi sesi 2022 di bawah kelolaan MAINPP.

Berikut adalah info lanjut tentang bantuan tersebut yang perlu anda tahu.

Apa Itu Bantuan Permulaan IPT MAINPP

Membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam Negara

Bantuan Permulaan IPT MAINPP

Tarikh Permohonan 

  • Tarikh buka permohonan: Di buka sepanjang tahun

Kadar Bantuan Permulaan IPT MAINPP

Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  1. Sijil / Matrikulasi: RM600
  2. Diploma : RM800
  3. Ijazah : RM1,000
  4. IPT Luar Negara RM2000

Syarat Permohonan

Syarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang berminat untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka untuk kemasukan permulaan ke IPT sahaja.
  2. Permohonan dibuka sepanjang tahun.
  3. Permohonan adalah sah dalam tempoh 6 bulan pertama daripada tarikh surat tawaran.

Syarat Khusus

Untuk pelajar yang menyambung pengajian di dalam negara, pemohon perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:

  1. Pemohon adalah pemastautin di Negeri Pulau Pinang.
  2. Permohonan yang dibuat hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran.
  3. Pemohon belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.
  4. Permohonan hanya untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
  5. Telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.
  6. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada tempoh setahun. Untuk kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

Pemohon yang menyambung pengajian di luar negara juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:

  1. Pemohon adalah pemastautin Negeri Pulau Pinang.
  2. Permohonan yang dibuat pada tahun semasa sahaja dan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima. Untuk kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.
  3. Untuk pelajar yang bukan di bawah STAM negeri, Zakat Pulau Pinang akan merujuk terus kepada passport pelajar. Hanya lampiran bahagian yang tertera maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk passport semasa dan bagi passport lama, pelajar perlu mengemukakan salinan muka surat terakhir yang telah dicop.
  4. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat
  5. Tempoh kursus pengajian hendaklah sekurang-kurangnya setahun.

Cara Permohonan

  1. Untuk memohon, permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

    1. Sila layari laman web zakatpenang2u.com.
    2. Klik butang ‘Log Masuk’
    3. Klik bahagian ‘Daftar Akaun Anda.’
    4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
    5. Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
    6. Isi maklumat peribadi yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
    7. Klik bahagian kemaskini Bantuan Permulaan Ke IPT.
    8. Buat permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

Anda juga boleh layari pautan ini

Telefon: 04-549 8088 / 125/ 155

E-mel: [email protected]

ATAU

Zakat Pulau Pinang

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,

14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466

 

Artikel Lain : Permohonan Skim Agihan Awal Ke IPT Zakat Kedah

Leave a Comment