UJIAN SARINGAN HIV PRAPERKAHWINAN(Cara Buat Ujian Untuk Bakal Pengantin/Borang/Senarai Klinik)

UJIAN SARINGAN HIV PRAPERKAHWINAN(Cara Buat Ujian Untuk Bakal Pengantin/Borang/Senarai Klinik)

UJIAN SARINGAN HIV PRAPERKAHWINAN

Setiap individu yang bakal berkahwin diwajibkan mengambil ujian saringan HIV praperkahwinan. Anda dan pasangan hendaklah membuat persediaan untuk menjalani ujian saringan tersebut.

Keputusan ujian saringan HIV ini hanya sah selama 6 bulan sahaja dari tarikh ujian saringan HIV ini dilakukan. Pastikan anda merancang dengan teliti tarikh perkahwinan anda, sebaiknya dalam tempoh sah laku keputusan ujian tersebut.

Keputusan ujian saringan HIV ini diperlukan untuk melengkapkan borang kebenaran berkahwin. Permohonan anda untuk berkahwin akan ditolak sekiranya tidak membuat ujian saringan tersebut. Kami akan berkongsi prosedur ujian saringan HIV praperkahwinan tersebut.

Ujian Saringan HIV Praperkahwinan Bakal Pengantin

 Klinik kerajaan menyediakan perkhidmatan ujian saringan praperkahwinan. Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain.

Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

 

Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Melalui MySejahtera

  1. Buka apps MySejahtera
  2. Klik button “more”
  3. Klik “Digital Healthcare”
  4. Klik “Clinic Appointment Booking”
  5. Pilih untuk guna Qmed, Encoremed,
  6. BookDoc atau Sistem Temu Janji Klinik KKM.

Nak pilih sistem yang mana satu?

  • BookDoc – Perlis, Perak, Penang, Melaka, Kelantan, Sarawak & W. Persekutuan
  • Qmed – Selangor, Johor, Sabah, N9, Kelantan , Terengganu , Kedah & W. Persekutuan.
  • EncoreMed – Untuk di Kawasan KL sahaja iaitu ; KK Batu Muda, KK Jinjang,KK Petaling Bahagia, KK Sentul & KK Tanglin.

UJIAN SARINGAN HIV PRAPERKAHWINAN

Prosedur Ujian Saringan HIV Praperkahwinan Di Klinik

Anda hendaklah menyemak terlebih dahulu sama ada negeri anda ada menyediakan borang khusus untuk HIV atau tidak. Contohnya Kelantan dan Johor ada borang HIV tersendiri yang boleh didapati daripada laman web nikah masing2 atau pejabat agama.  kalau negeri di bawah SPPIM (Sistem Pengurusan Perkahwinan contohnya negeri sembilan, melaka, perlis, kedah, perak  dan Kuala Lumpur, anda boleh gunakan borang HIV yang dicetak dari sistem SPPIM . Untuk negeri yang tidak di bawah sistem SSPIM boleh dapatkan borang seperti di bawah klinik kesihatan kerajaan berharga RM1 sahaja. Calon dari Sabah dan Sarawak pun boleh guna borang HIV test yang general ini.

Langkah 1 : Kenalpasti Klinik

Untuk memudahkan kerja, telefon klinik tersebut untuk tanya tentang ujian saringan HIV. Lain klinik, lain prosedur dan masa. Sesetengah klinik, ada yang kena buat appointment terlebih dahulu dan ada juga yang terus walk in. Masa untuk ujian HIV juga berbeza mengikut lokasi. Ada klinik yang buat 2 sesi iaitu bermula 8.00 pagi-12.00 tengahari dan 2.00 petang – 4.00 petang. Ada sesetengah Klinik buat ujian HIV hanya ada sesi petang sahaja.

Langkah 2 : Isi Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Di Klinik, pergi ke kaunter pendaftaran dan bagitahu nurse yang bertugas untuk buat ujian HIV. Berikan kad pengenalan anda dan nurse akan bagi borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan dan borang kebenaran memberi keputusan ujian saringan HIV (mengikut negeri) yang dikepilkan sekali untuk korang isi. Bayaran yang dikenakan adalah RM 1.

Langkah 3 : Ujian Saringan HIV Melalui Rapid Test

Dah siap isi borang, serahkan borang tersebut ke kaunter yang diarahkan oleh nurse bertugas. tadi. Tunggu nama korang dipanggil. Untuk ujian HIV, nurse akan menggunakan Rapid Test Kit dan keputusan boleh diketahui dalam masa 5-20 minit. Darah akan diambil dari jari tengah dengan menggunakan lancet needle.

Langkah 4 : Keputusan Ujian HIV Reaktif Atau Tidak Reaktif

Korang akan terus dimaklumkan tentang keputusan tersebut dan diberi satu sampul surat untuk diserahkan kepada pendaftar perkahwinan nanti. Bagi yang keputusannya tidak reaktif (negatif), anda boleh pulang dan dibenarkan untuk meneruskan perkahwinan.

Bagi keputusan yang reaktif (positif), bakal pengantin akan diberi sesi kaunseling serta ujian pengesahan yang mana 5 ml darah akan diambil. Biasanya keputusan ujian pengesahan HIV boleh diketahui dalam tempoh 2 minggu. Bakal pengantin diberi temujanji untuk datang semula ke klinik kesihatan dalam tempoh 2-3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling samada untuk meneruskan perkahwinan atau tidak.

 

Ujian HIV menggunakan HIV Rapid Test Kit

Di klinik  menyediakan dua cara untuk mengesan jangkitan HIV iaitu sama ada dengan melakukan ujian menggunakan HIV Rapid test kit ataupun ujian darah yang akan dihantar ke makmal.

Untuk ujian menggunakan HIV rapid test kit ni, prosedurnya adalah seperti berikut:

1) Jari anda akan dibersihkan terlebih dahulu menggunakan “Alcohol prep pad” yang tersedia pada setiap kit

2) Kemudian tekan “lancet” pada hujung jari yang telah dibersihkan untuk mengeluarkan sedikit darah

3) Beberapa titisan darah yang keluar dari hujung jari akan diambil menggunakan “mikro pipette”

4) Kemudian titisan darah akan diletakkan pada tempat menguji sampel darah tersebut

5) Pencair akan ditambah dalam 2-4 titis

6) Tunggu beberapa minit untuk mendapatkan keputusan

 

Pendaftaran Ujian Saringan HIV Praperkahwinan Di Klinik

  • Di kaunter pendaftaran klinik, anda hendaklah serahkan kad penganalan atau passport bagi warga asing.
  • Nyatakan tujuan anda : saringan HIV pra perkahwinan
  • Bayaran RM1 untuk warganegara Malaysia manakala RM90 untuk bukan warga negara.
  • Borang persetujuan menjalani ujian saringan HIV ini adalah mengikut jabatan agama islam negeri. Jika anda nikah di Selangor, borang akan disediakan oleh klinik negeri Selangor.
  • Jika anda nikah di luar selangor, anda perlu mengambil borang tersebut di Jabatan Agama Islam tersebut terlebih dahulu. Bolej rujuk disini : https://sppim.gov.my/sppim/home

 

Soalan Lazim

  1. Sekiranya saya ingin berkahwin pada bulan Jun 2021, bilakan saya sepatutnya menjalankan Ujian Saringan HIV ini?

Bakal Pengantin dinasihatkan untuk hadir ke klinik kesihatan untuk menjalani Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan ini dalam tempoh 2-3 bulan sebelum berkahwin. Keputusan ujian tidak lagi boleh digunapakai selepas 6 bulan.

  1. Bagaimana pula dengan keputusan ujian saringan HIV pra perkahwinan yang dibuat di luar negara, adakan keputusan ini diterima?

Tidak diterima. Pemohon perlu membuat ujian saringan semula di klinik kesihatan

  1. Sekiranya pemohon atau bakal pengantin telah membuat ujian saringan HIV di fasiliti swasta/makmal swasta/ fasiliti selain klinik kesihatan yang dihadiri pada waktu tersebut, bolehkah laporan keputusan ujian tersebut digunakan bagi mengisi Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan?

Laporan Ujian HIV tersebut tidak boleh digunapakai bagi memenuhi borang pra perkahwinan bagi mengelakkan pemalsuan keputusan.

Ujian saringan HIV perlu dibuat semula di klinik kesihatan.

Semoga perkongsian prosedur ujian saringan HIV praperkahwinan ini dapat membantu anda dan pasangan membuat persiapan yang rapi sebelum melansungkan perkahwinan. Semoga perkahwinan anda berjalan lancer dan bahagian sampai bila-bila.

 

Artikel lain : Senarai Tarikh Cuti Panjang

 

 

9 thoughts on “UJIAN SARINGAN HIV PRAPERKAHWINAN(Cara Buat Ujian Untuk Bakal Pengantin/Borang/Senarai Klinik)”

  1. salam saya nak bertanya boleh ke kalau saya buat ujian diklinik swasta memandangkan klinik kerajaan penuh dan tak boleh buat booking

    Balas
  2. saya salehuddin bn wari ingin buat test hiv segera sbb klinik kesehatat semua penuh kalau ade pon hujung bulan sedangkn sya nk langsungkn nikah awl bulan 3 ?

    Balas
  3. Mcm mn nk dapat kan borang HIV Sebb klinik nk Borong yang tahun ni punya dah cari tapi tak jumpe² yang jumpa pom yang 2020 punye ya Allah

    Balas
  4. Salam nak tanya. Kalau status laki dah lulus dalam sistem and pihak perempuan dah buat hiv test tapi no IC perempuan salah udpate dalam sistem, borang tu still valid lagi ke or kena isi borang balik dalam sppim

    Balas
  5. Saya dah buat hiv test Di Perak…bolehkah saya memohon kebenaran berkahwin Di Selangor memandangkan sy baru ditukarkan jabatan

    Balas

Leave a Comment