PERMOHONAN PROJEK BANTUAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

PERMOHONAN PROJEK BANTUAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

BANTUAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Kepada murid yang terdiri daripada golongan miskin yang berjaya ke Sekolah Berasraama Penuh (SBP) tahun 2023, boleh membuat pormohonan Bantuan Projek Khas Murid Sekolah Berasramaa Penuh (PKSBP). Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan BANTUAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH, semoga membantu

 

APA ITU BANTUAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Bantuan ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2003 yang bertujuan untuk meringankan kos yang ditanggung oleh murid miskin yang bersekolah di Sekolah Berasramaa Penuh (SBP)


OBJEKTIF BANTUAN SBP

Berikut adalah merupakan objektif bantuan khas ini diwujudkan iaitu:

  • Sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar.
  • Memastikan pelajar golongan pertengahan juga mendapat perhatian sewajarnya.
  • Berperanan sebagai pembela pelajar miskin agar berpeluang mengikuti sistem persekolahan negara sehingga tamat.
  • Memberi sokongan moral kepada ibubapa / keluarga / penjaga dalam membantu memperkasakan tahap pendidikan anak-anak.

 

TUJUAN BANTUAN SBP

Bantuan ini bertujuan agar  dapat meringankan beban untuk perbelanjaan pelajar seperti yang berikut:

  • Yuran persekolahan
  • Yuran peperiksaan
  • Yuran asrama
  • Penyediaan keperluan asas sepanjang bersekolah di SBP

 

SYARAT PEMILIHAN SBP

Berikut adalah merupakan syarat pemilihan yang telah ditetapkan iaitu:

  • Murid warganegara Malaysia Tingkatan 1 hingga 5 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
  • Pendapatan ibu bapa/penjaga di paras miskin / berpendapatan rendah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional Semasa.

 

KADAR BANTUAN SBP

Berikut adalah merupakan kadar bantuan yang telah ditetapkan mengikut tingkatan iaitu:

  • Tingkatan 1 : RM700.00 seorang murid setahun.
  • Tingkatan 2 : RM300.00 seorang murid setahun.
  • Tingkatan 3 : RM350.00 seorang murid setahun.
  • Tingkatan 4 : RM500.00 seorang murid setahun.
  • Tingkatan 5 : RM450.00 seorang murid setahun.

 

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN SBP

Tarikh permohonan adalah berdasarkan takwim / surat pemakluman yang dikeluarkan oleh BPSBP pada setiap tahun. Anda boleh merrujuk dengan pihak sekolah mengenai tempoh permohonan ini.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Kepada murid yang memenuhi syarat pemilihan yang ditetapkan, boleh membuat permohonan melalui pihak sekolah tempat belajar dengan mengisikan borang permohonan Borang PB1 dan borang PB2 dengan lengkap serta mengemukakan kembali permohonan tersebut kepada pihak sekolah.

NOTA: Murid yang telah mendapat bantuan ini  akan terus menerima bantuan pada setiap tahun selagimemenuhi kriteria kelayakan sepanjang persekolahan.

 

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SBP

Bantuan disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasramaa Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) untuk disalurkan ke SBP.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau hubungi sekolah SBP tempat belajar.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment