PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA KKDW

PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA KKDW

BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA KKDW

Kepada pelajar yang tinggal di luar bandar yang ingin melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan boleh membuat permohonan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Bantuan Pendidikan BAKTIDESA. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan dan Syarat kelayakan, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA KKDW

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dimulakan pada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan satu (1) mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar di LUAR BANDAR yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.

 

SENARAI INSTITUSI PENDIDIKAN BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA KKDW

Berikut adalah merupakan institut pendidikan yang diiktiraf menerusi bantuan ini iaitu:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • MRSM
  • Sekolah Harian/Agama Berasrama
  • Pusat Matrikulasi
  • Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan)
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA 

Syarat-syarat yang melayakkan pelajar untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan belum berkahwin;
  2. Jumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 bagi Wilayah (luar Bandar) di bawah;
    • Katagori Miskin
      • Isi Rumah (RM): RM2,199
      • Per Kapita (RM): RM567
    • Katagori Miskin Tegar
      • Isi Rumah (RM): RM1,142
      • Per Kapita (RM): RM290
  3.  Telah ditawar/diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa;
  4. Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan; dan
  5. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh surat tawaran diterima.

 

KADAR BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA KKDW

Kadar bantuan bagi setiap peringkat pengajian adalah sepertimana di Jadual:

JENIS BANTUANPERINGKAT PENGAJIANKADAR BANTUAN
Bantuan Persediaan Kemasukan ke Sekolah/Institusi PengajianSBP,MRSM,Sek.Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi,   Pusat Pengajian (Latihan/ Pendidikan bertaraf Sijil)RM500.00
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah PertamaRM1,000.00

 

CARA BAYARAN BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA KKDW

Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara ‘one off’ sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA KKDW

Kepada anda yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan , berikut adlaah caranya:

  1. Muat turun borang permohonan BORANG BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA 
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut dengan lengkap
  3. Hantarkan borang permohonan bersama dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
    • URUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA KKDW, Bahagian Korporat & Pembangunan Kemahiran, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Aras 24, No 47,Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 PUTRAJAYA.

NOTA: Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar bersama dokumen-dokumen wajib yang telah disahkan. (Dua (2) salinan)

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut untuk dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon;
  • Salinan Surat Tawaran;
  • Salinan Pengesahan Pendaftaran;
  • Salinan Penyata Bulanan/Slip Gaji Ibubapa; dan
  • Salinan muka hadapan Buku Akaun/Penyata
  • Akaun Bank pemohon yang masih aktif.

NOTA: Semua Salinan dokumen di bawah hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Kumpulan A dan ke atas) atau Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Sidang/MPKK/Pengerusi JKKR/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Temenggong/Kapitan/Pemanca (Mukim kawasan tempat tinggal)/Pengerusi Persatuan Penduduk/Pengerusi JKKK/Ahli Parlimen/ADUN/Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendam.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, anda boleh melayari pautan https://ebantuan.rurallink.gov.my/v2/.

ARTIKEL BERKAITAN

Leave a Comment