Cara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u (Semak Baki)

Cara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u (Semak Baki)

Cara bayar aeon credit maybank2u

Sebagai seorang pengguna kad kredit, anda perlu membuat pembayaran kad kredit anda pada masa yang tepat dan sentiasa peka bagi menjaga skor kredit anda.

Tutorial ini menunjukkan cara bayar kad kredit AEON melalui Maybank2U sebagai alternatif kepada cara bayaran menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) AEON.  Pastinya amat mudah bayar Aeon Credit menggunakan Maybank2u.

 

Cara Bayar Aeon Credit Card Guna Maybank2u 

Berikut adalah Langkah-langkah cara bayar Aeon Credit Maybank2u yang boleh anda ikuti:

  1. Log masuk ke akaun Maybank2U anda menggunakan web browser. (Setakat artikel ini ditulis, anda tidak boleh membuat bayaran kad kredit atau pembiayaan AEON menggunakan aplikasi mudah alih)
  2. Tekan pautan “Pay & Transfer” seperti gambar yang dilampirkan.

aeon1

  1. Pilih “AEON Credit Service (M) Bhd” pada ruang New Payment

aeon2

  1. Masukkan nilai yang dibayar, nombor agreement atau kad kredit dan nombor telefon anda kemudian tekan butang “Pay”.

 

Bayar Aeon Credit Maybank2u

  1. Buat pengesahan TAC melalui SMS atau Secure2U dan tekan butang “Confirm”.

Bayar Aeon Credit Maybank2u

Nota tambahan:

  • Anda akan dikenakan “Bank Transfer Fee” sebanyak RM0.10 untuk pembayaran melalui M2U.
  • Sekiranya anda ingin perlu membuat pembayaran sebanyak RM100, anda perlu buat pindahan tambahan 10 sen.

 

 

Cara Semak Tunggakan Aeon Kredit

Sebelum membuat bayar aeon kredit melalui Maybank2u, sebaiknya anda membuat semakan tuggakan terlebih dahulu.

Semakan terus dengan login ke akaun anda di laman web utama boleh dilakukan jika anda mempunyai akaun di laman AEON kredit melalui pautan di bawah ini:

https://www.aeoncredit.com.my/login

Pendaftaran hendaklah dilakukan terlebih dahulu di Register Member AEON Credit sekiranya anda belum mempunyai akaun di laman AEON kredit.

Anda boleh login aeon credit seperti biasa dan semak baki pinjaman aeon credit anda di laman tersebut selepas membuat pendaftaran. Semasa membuat pendaftaran akaun, anda memerlukan nombor kad pengenalan.

Semakan Pinjaman Aeon Credit Melalui SMS

Ikuti langkah berikut untuk membuat semakan loan AEON secara SMS untuk check balance dan baki

  1. Langkah 1: Anda masuk dalam aplikasi Messaging anda dan mesej baru dibuka pada telefon bimbit yang sedia ada.
  2. Langkah 2: Taip AEON akan menetapkan Code ringkas. Sebagai contoh : AEONKeyword (4-digit terakhir No. IC)

Berikut adalah panduan bagi inquiry Credit Card :

Keyword :

  • Status Permohonan : AEON CCSTS 9876*
  • Baki Tunggakan : AEON CCBAL 9876*
  • Amaun Bayaran Minima : AEON CCMIN 9876*
  • Limit Yang Ada : AEON CCAVA 9876*
  • Untuk mengaktifkan kad : AEON CCACT 4321**9876*

**4321 = 4 digit terakhir nombor kad kredit
*9876 = 4 digit terakhir passport atau nombor IC
AEON-XPRESS Eady Payment / Personal Financing Inquiry

Keyword :

  1. Status Permohonan : AEON STS 9876*
  2. Baki Tunggakan : AEON BAKI 9876*
  3. Amaun Bayaran : AEON BAYAR 9876*
  4. Tarikh Bayaran Terakhir : AEON AKHIR 9876*

Kadar dan Caj :

  1. RM0.15 dicaj bagi satu SMS iaitu ia adalah caj biasa.
  2. Untuk setiap SMS gagal yang diterima, anda akan dicaj kadar SMS yang standard.
3. Kadar SMS yang standard adalah berdasarkan kepada khidmat rangkaian.

Langkah 3

Mesej code anda perlu dihantarkan ke 63633.

Itu sahaja caranya, mudah bukan? Sangat mudah untuk anda lakukan.

Kini, baki pinjaman AEON Credit boleh disemak di rumah sahaja. Semoga perkongsian cara Bayar Aeon Credit menggunakan  Maybank2u memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain : Cara Bayar Loan Kereta Maybank

1 thought on “Cara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u (Semak Baki)”

Leave a Comment