Cara Buat Link Telegram (Direct Message/Join Channel)

Cara Buat Link Telegram (Direct Message/Join Channel)

Cara Buat Link Telegram

Begitu mudah untuk membuat link khas dalam telegram. Hanya perlu klik pada link anda terus dapat Direct Message kepada rakan anda yang lain. Anda juga boleh berkongsi link tersebut untuk menjemput  mereka menyertai Channel milik anda.

Kami juga akan berkongsi cara buat link tanpa perlu beri nombor handphone anda kepada orang lain. Hanya perlu beri link kepada mereka, anda terus boleh message rkan anda tersebut. Link telegram tersebut juga boleh terus share di platform lain seperti facebokk, Instagram dan lain-lain.

 

Apa Itu Telegram

Telegram ialah sistem pemesejan segera (IM) berasaskan awan merentas platform yang menyediakan pehidmatan seperti panggilan video yang disulitkan hujung ke hujung, VoIP, perkongsian fail dan beberapa ciri lain.

Ia telah dilancarkan untuk iOS pada 14 Ogos 2013 dan Android pada Oktober 2013 sebelum diperrluas ke platform lain seperti Windows, macOS dan Linux.

Pada Januari 2021, Telegram melepasi 500 juta pengguna aktif bulanan dan ia merupakan aplikasi yang paling banyak dimuat turun di seluruh dunia pada Januari 2021 dengan 1 bilion muat turun di seluruh dunia setakat akhir Ogos 2021.

 

Kelebihan Penggunaan Telegram

  1. Penggunaan Username
  2. Ytranslatebot
  3. File Transfer
  4. Skeddy
  5. Fungsi Search
  6. Game
  7. PhotosetterBot
  8. Channel telegram

 

Kelebihan Channel Telegram

Fungsi “Group” di Telegram adalah satu kumpulan di mana anda boleh menambah sehingga 200,000 ahli. Setiap ahli kumpulan boleh menghantar mesej dalam Group tersebut.

Tetapi “Channel” Telegram pula ialah platform untuk menyiarkan mesej kepada khalayak yang besar di mana tiada had yang ditetapkan untuk sesiapa sahaja mengikuti Channel tersebut.

 

Cara Buat Link Telegram Join Channel Telegram

Bagi memudahkan pemilik Channel mengajak orang ramai menyertai Channel mereka, anda boleh membuat lin khas bagi memudahkan orang ramai untuk menyertai Channel tersebut.

Pemilik Channel boleh copy dan paste sahaja link tersebut di posting mereka di media sosial. Pengguna yang mengklik link tersebut akan dibawa terus ke Channel tersebut di Telegram.

Secara umumnya, apabila anda mendaftarkan Channel anda, link untuk Channal tersebut secara automatiknya akan ada. Berikut langkah untuk cara buat link telegram tersebut:

  1. Buka Channel anda
  2. Klik pada ikon titik tiga pada sebelah atas dan kanan skrin ada
  3. Klik pada View Channel Info
  4. Kemudian, anda dapat melihat link khas untuk Channel anda yang boleh disalin dan dikongs di media sosial anda. Format link tersebut adalah “t.me/channelsaya” (dimana “channelsaya” ada nama Channel anda

 

Cara Buat Link  Telegram Tanpa Save Nombor Talefon

Bagi memudahkan orang lain menghantar Direct Message kepada anda, anda boleh mendapatkan custom link bagi akaun Telegram anda.

Pengguna yang mengklik link tersebut boleh menghantar terus mesej ke anda melalui aplikasi Telegram tanpa perlu menyimpan nombor telefon anda terlebih dahulu.

 

  1. Buka aplikasi Telegram di telefon pintar anda
  2. Buka menu (lihat ikon tiga jalur pada bahagian atas kiri)
  3. Kik pada Settings
  4. Klik pada Username. Sekiranya belum menetapkan Username, boleh letak Username terlebih dahulu.
  5. Pada bahagian bawah, anda boleh lihat link dalam format https://t.me/username yang boleh di copy dan dikongsi di akaun media sosial anda

Semoga perkongsian Cara Buat Link Telegram ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

 

  Artikel Lain: Cara Guna Telegram DI Komputer Laptop

1 thought on “Cara Buat Link Telegram (Direct Message/Join Channel)”

Leave a Comment