CARA BAYAR PINJAMAN MARA ONLINE (Pinjaman Pendidikan)

CARA BAYAR PINJAMAN MARA ONLINE (Pinjaman Pendidikan)

CARA BAYAR PINJAMAN MARA ONLINE

Pinjaman biasiswa mara adalah salah satu kemudahan yang diberikan kepada para pelajar yang layak. Perhatian buat para pelajar pemohon pinjaman biasiswa mara. Kami akan kongsikan cara untuk anda bayar balik pinjaman MARA secara online melalui perbankkan internet dan JomPAY.

Cara bayar pinjaman MARA online ini dapat memudahkan para peminjam yang ingin membayar pinjaman mereka dengan hanya menggunakan perbankan internet dan juga JomPay yang dilihat sangat membantu mereka tanpa perlu ke kaunter unuk membuat pembayaran setiap bulan.

APA ITU MARA

MARA merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan  bagi membangunkan golongan bumiputera dalam negara. Salah satu inisiatif yang diusahakan adalah menyediakan kemudahan pinjaman  pelajaran yang berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar bumiputera yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. . Bermula daripada peringkat persediaan Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat pengajian Doktor Falsafah di institusi pengajian tinggi dalam negara ataupun luar negara tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA.

Cara Bayar Pinjaman MARA Secara General

  1. Semak Baki Pinjaman Yang Perlu Dibayar dan Jadual Bayaran Balik

Sebagai peminjam MARA, anda pasti akan menerima email dan/atau surat daripada MARA tentang jumlah hutang yang perlu dibayar untuk bulan tersebut.

Email yang dihantar adalah daripada: DB Administrator <[email protected]>. (Anda boleh search di email anda)

 

 

  1. Pilih Perbankan Internet Pilihan

 

Bayaran balik pinjaman MARA boleh dibuat melalui kemudahan bank-bank berikut:

  • Bank Islam: https://www.bankislam.biz/ *charge RM 1.00
  • Maybank: https://www.maybank2u.com.my/ *charge RM 1.00
  • CIMB: https://www.cimbclicks.com.my/ *charge RM 0.50
  • Bank Rakyat: https://www2.irakyat.com.my/ *charge RM 0.50
  • Ambank Group: https://ambank.amonline.com.my/ *charge RM 1.00
  • Public Bank: https://www2.pbebank.com/ *charge RM 1.00
  • RHB: https://logon.rhb.com.my/ *charge RM 1.00
  • AffinBank: https://rib.affinonline.com/rib/pb/logon *charge PERCUMA
  • JomPAY *charge PERCUMA

 

  1. Login ke Online Bank & Pilih Pay

 

Setelah login ke perbankan internet plihan anda, tekan pada “Pay”. Pilih Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Masukkan Details Anda

Di ruang bayaran, masukkan details anda seperti berikut:

  • No Akaun MARA – Nombor ini boleh didadapati di email/surat yang dihantar oleh MARA
  • No Kad Pengenalan
  • Jumlah yang ingin dibayar – Jumlah ini boleh didapati melalui portal Jadual Bayar Balik Bayaran seperti di Langkah 1
  1. Selesaikan Pembayaran

Step ini bergantung kepada perbankan internet pilihan anda.

Kebiasaanya, anda perlu klik “Proceed to Payment”, masukkan nombor TAC, dan selesai.

 

Cara Bayar Pinjaman MARA Online Melalui JomPAY

Berikut adalah cara bagaimana anda ingin membayar balik pinjaman MARA secara online mellaui JomPay secara asas ataupun general.

  1. Login ke perbankan internet pilihan anda
  2. Pilih “Pay” dan pilih “JomPay”
  3. Masukkan Details Seperti Di Bawah
  • Biller Code: 7195
  • Ref-1: <Nombor akaun MARA anda>
  • Ref-2: <Nombor Kad Pengenalan anda> Bayar Pinjaman Mara Online

Cara Bayar Pinjaman MARA Online  Melalui JomPAY MayBank2u

Berikut adalah cara bagaimana anda ingin membayar balik pinjaman MARA secara online melalui JomPay melalui aplikasi Maybak2u.

  1. Login ke MayBank2u
  1. Klik “Pay & Transfer”
  2. Pada section “Pay To”, pilih JomPAY
  3. Masukkan nombor JomPAY: 7195 dan tekan “Enter”
  4. Masukkan Details Anda
  • Pada Ref-1, masukkan nombor akaun MARA anda. Nombor ini boleh didapati melalui email atau surat yang dihantar oleh MARA.
  • Pada Ref-2, masukkan nombor IC anda.
  • Pada Pay Amount, masukkan jumlah yang perlu dibayar berdasarkan Jadual Bayaran Balik yang disediakan oleh Mara.
  • Pada Effective Date, ianya dimasukkan secara automatik oleh perbankan internet anda. Pilih tarikh hari yang ingin dibayar.
  • Tick pada “I hereby agree to the Terms and Conditions.”
  1. Request TAC
  2. Masukkan nombor TAC yang dihantar ke handphone anda dan selesai! Bayar Pinjaman Mara Online

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang cara untuk anda bayar balik pinjaman MARA secara online anda boleh hubungi pejabat MARA di:https://www.mara.gov.my/

 

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain : Jadual Bayaran Elaun MARA

Leave a Comment