JADUAL BAYARAN DUIT ELAUN MARA 2024(Semakan Tarikh Bila Masuk Bank)

JADUAL BAYARAN DUIT ELAUN MARA 2024(Semakan Tarikh Bila Masuk Bank)

JADUAL BAYARAN DUIT ELAUN MARA

 

Pinjaman biasiswa mara adalah salah satu kemudahan yang diberikan kepada para pelajar yang layak. Perhatian buat para pelajar pemohon pinjaman biasiswa mara. Semestinya anda ingin mengetahui jadual bayaran duit elaun MARA.

Disini kami kongsikan maklumat berkaitan jadual bayaran duit elaun MARA tahun 2024 buat panduan anda, semoga membantu.

APA ITU MARA

MARA merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan  bagi membangunkan golongan bumiputera dalam negara.

Salah satu inisiatif yang diusahakan adalah menyediakan kemudahan pinjaman  pelajaran yang berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar bumiputera yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. .

Bermula daripada peringkat persediaan Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat pengajian Doktor Falsafah di institusi pengajian tinggi dalam negara ataupun luar negara tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA.

Kepada pelajar yang ingin mengetahui baki pinjaman mara online (ebaki) Anda boleh mengakses sistem check baki pinjaman MARA tersebut disini.

 

JADUAL BAYARAN DUIT ELAUN MARA

Berikut kami kongsikan soalan lazim mengenai jadual bayaran duit elaun MARA:

  1. Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran pada 14hb (contoh), tapi sekarang sudah 20hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya.
    1. Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya.

 

  1. Saya sudah menerima elaun pertama saya, tapi ia hanya elaun untuk 6 bulan sahaja. Bilakah saya akan terima elaun bulan yang selebihnya?
    1. Elaun pertama dijana memang ditetapkan pada kadar 6 bulan pertama tempoh tajaan. Elaun selebihnya sehingga tempoh semasa akan dijana pada hujung bulan berikutnya.

 

  1. Saya lihat di e-Baki saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup (DLES) dan yuran (DLYD), tetapi kenapa di akaun bank cuma ada bayaran elaun sara hidup.
    1. Pembayaran elaun sara hidup (DLES) adalah terus kepada akaun bank pelajar manakala bermula 1 September 2016 pembayaran yuran (DLYD) pelajar tajaan MARA di IPMa dan IPTS adalah terus kepada institusi pengajian masing-masing.

SOALAN LAZIM

  1. Saya menerima amaun yuran (DLYD) di akaun bank saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
    1. Bermula 1 September 2016, pembayaran yuran (DLYD) adalah terus kepada akaun bank bagi kumpulan pelajar tajaan MARA di IPTA, Sarjana, Doktor Falsafah dan Professional ACCA. Adalah menjadi tanggung jawab setiap pelajar membuat pembayaran yuran kepada institusi pengajian masing-masing.

 

  1. Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran elaun sara hidup pertama saya RM4,200 (contoh), tetapi kenapa di akaun bank saya, hanya menerima RM3,600 (kurang RM600)?
    1. Amaun potongan RM600 adalah potongan untuk bayaran balik Pinjaman Pendahuluan MARA yang ditolak terus dari elaun sara hidup sebanyak RM100 sebulan. Memandangkan elaun sara hidup pertama dibayar untuk tempoh 6 bulan, maka potongan pendahuluan juga dibuat untuk tempoh 6 bulan (RM100 x 6 bulan). Potongan RM100 akan terus berjalan sehingga habis baki Pinjaman Pendahuluan MARA.

 

  1. Tajaan MARA saya lambat diluluskan oleh itu saya telah membuat pembayaran yuran semester terdahulu menggunakan wang simpanan KWSP ibubapa saya. Bagaimana saya boleh menuntut semula yuran berkenaan kerana ia juga dalam tempoh tajaan MARA?
    1. Tuntutan pembayaran yuran boleh dibuat dengan menghantar surat tuntutan dan resit asal pembayaran kepada alamat di bawah:-
      1. Pengarah Penganjuran Pelajaran MARA, Unit Bayaran (u/p Puan Ros-Azrina binti Borhan), Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

 

  1. Saya masih menerima elaun melalui cek. Saya ingin pembayaran terus ke akaun bank.
    1. Sila emelkan salinan buku bank / online banking / penyata bank yang mempunyai maklumat Nama dan No. Akaun Bank kepada Bahagian Kewangan MARA: Emel: [email protected] / [email protected]

 

Artikel Lain : Permohonan Ke MRSM

21 thoughts on “JADUAL BAYARAN DUIT ELAUN MARA 2024(Semakan Tarikh Bila Masuk Bank)”

  1. Assalamualaikum cikgu , saya nak tanya . Saya pelajar unikl intake Jan 2022 dan pointer saya layak untuk jadi penerima iesp tetapi permohonan iesp dibuka pada bulan April 2022 . Persoalannya , saya kena bayar dahulu yuran pengajian sem 1 atau tunggu proses permohonan berjaya ?

    Balas
    • nak tunggu untuk pelepasan IESP lama dik skrg ni.. jangkaan lulusan pun dalam lebih 3 bulan jugak. tapi kalau nasib baik, lebih kurang 3 bulan boleh lepas.. suggestion saya tunggu proses permohonan berjaya dahulu.

      Balas
    • Tak perlu just settlekan duit hostel je . Mara akan tanggung untuk sem 1 jikalau awak mohon waktu awak sem 1 , melainkan awak mohon pada sem 2 mara tidak akan bayar untuk sem satu tersebut

      Balas
  2. salam, saya ada satu pertanyaan , saya telah memohon pinjaman mara program tesp. saya telah mendapat tawaran dan telah pun menghantar dokumen penerimaan. persoalaan saya berapa lamakah akan diambil untuk saya boleh memperoleh wang pinjaman tersebut, kerana saya ada yuran yang perlu dijelaskan untuk final exam yang sudah hampir.

    Balas
  3. Aslm,saya ada sedikit pertanyaan,bagaimanakah bayaran elaun selanjutnya jika (extend sem 2 2021,tetapi bayaran diterima,dan saya telah masuk kembali ikm untuk repeat kembali sem 2) adakah elaun tetap dibayar untuk sem 3 sekarang atau harus tunggu habisnya sem 2 dahulu..

    Balas
  4. Aslm,saya ada sedikit pertanyaan,bagaimanakah bayaran elaun selanjutnya jika (extend sem 2, 2021,tetapi bayaran diterima,dan saya telah masuk kembali ikm untuk repeat kembali sem 2) adakah elaun tetap dibayar untuk sem 3 sekarang atau harus tunggu habisnya sem 2 dahulu..

    Balas
  5. salam saya nak tanya berkenaan Elaun Buku (DLBP) dan Elaun Perkakas (DLPD). Bagaimana caranya untuk saya mendapatkan Elaun ini? setahu saya elaun ini tidak akan diberi jika tidak dimohon. betulke dan bagaimana untuk mohon?

    Balas
  6. sy pelajar baru ikm.belum lagi mula dpt elaun, tp baru2 ini permohonan dermasiswa b40 JPA sy diluluskan. Bakal diterima pd 12/2022. utk thn hadapan elaun bulanan mara ni dikekalkan atau diberhentikan?

    Balas
  7. Nak Tanya, saya kena repeat 2 semester Dan ia akan melebihi perjanjian asal mara Dan unikl. Apa yang perlu dibuat untuk extend kalau ada sesiapa yang tahu

    Balas

Leave a Comment