Senarai Nombor Telefon APM Hotline 24 Jam (JPAM) Setiap Negeri

Senarai Nombor Telefon APM Hotline 24 Jam (JPAM) Setiap Negeri

Nombor Telefon APM JPAM

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)  ditukar menjadi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkuat kuasa 1 September 2016.

Penjenamaan semula JPAM kepada APM sejajar dengan tugas dan peranan pasukan tersebut yang kini mempunyai keanggotaan melebih satu juta sukarelawan di seluruh negara

Sekiranya anda memerlukan bantuan APM JPAM,kami teleh senarai nombor telefon untuk anda hubungi.

Peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

  • Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
  • Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
  • Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
  • Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
  • Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
  • Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara.
  • Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
  • Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
  • Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.

Sebarang Info berkenaan APM : https://www.civildefence.gov.my/en/

 

Senarai Nombor Telefon APM JPAM 

Berikut adalah talian hotline yang dikendalikan 24 jam setiap hari yang dibahagikan kepada setiap negeri dan anda boleh menghubungi setiap satu nombor telefon tersebut berpandukan kepada negeri atau daerah di mana anda sedang berada yang memerlukan pertolongan APM atau JPAM.

APM Hotline Kuala Lumpur

Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Lumpur

03-26871400

APM Hotline Selangor

Pusat Kawalan Operasi Daerah Klang

03-33710820

APM Hotline Melaka

Pusat Kawalan Operasi Melaka Tengah

06-2324028

APM Hotline Negeri Sembilan

Pusat Kawalan Operasi Daerah Seremban

06-7645755

APM Hotline Pahang

Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuantan

09-5171991

APM Hotline Terengganu

Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Terengganu

09-6668246

09-6672991

APM Hotline Johor

Pusat Kawalan Operasi Daerah Johor Bharu

07-2349706

07-2349708

07-2349709

APM Hotline Kelantan

Pusat Kawalan Operasi Daerah Kota Bharu

09-7474091

APM Hotline Pulau Pinang (Penang)

Pusat Kawalan Operasi Daerah Timur Laut

(Georgetown)

04-2263876

APM Hotline Kedah

Pusat Kawalan Operasi Daerah Alor Setar

04-7323810

04-7323801

APM Hotline Perak

Pusat Kawalan Operasi Daerah Kinta Ipoh

(Pusat Kawalan Operasi Negeri)

05-5278715

APM Hotline Perlis

Pusat Kawalan Operasi Daerah Kangar

04-9777991

04-9778991

APM Hotline Sabah

Pusat Kawalan Operasi Daerah Kota Kinabalu

088-232440

088-232453

APM Hotline Sarawak

Pusat Kawalan Operasi Daerah Petrajaya

082-433896

082-370205

Semoga perkongsian berkenaan senarai nombor telefon APM JPAM ini dapat membantu anda.

Artikel Lain : Waktu operasi UTC Malaysia 2022

Leave a Comment