CARA BAYAR PTPTN GUNA DUIT KWSP(Semak Diskaun)

CARA BAYAR PTPTN GUNA DUIT KWSP(Semak Diskaun)

BAYAR PTPTN GUNA KWSP

Peminjam PTPTN kini boleh menggunakan duit KWSP untuk membuat pembayaran pinjaman tersebut. Anda juga boleh menikmati tawaran diskaun sehingga 15% sekiranya ingin menyelesaikan pinjaman tersebut.Kami akan kongsikan cara bayar pinjaman PTPTN tersebut guna KWSP dengan mudah dan ringkas. Anda boleh ikuti perkongsian kami ini.

Guna KWSP Untuk Bayar PTPTN

Permohonan pengeluaran Akaun II KWSP bagi bayaran balik pinjaman PTPTN hendaklah dibuat secara online melalui e-Pengeluaran di laman web KWSP.

BAYAR PTPTN GUNA KWSP

Syarat-syarat Bayar PTPT Guna KWSP

 Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
  2. Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.

 

Cara Permohonan Bayar PTPTN Guna KWSP

Untuk membuat permohonan bayar PTPTN menggunakan duit KWSP, sila ikuti langkah berikut:

  1. Daftar / Log masuk ke i-Akaun KWSP
  2. Klik Tab Pengeluaran > Pilih e-Pengeluaran > Klik permohonan baru
  3. Semak status permohonan yang akan dihantar melalui SMS / mesej sekuriti di inbox i-Akaun
  4. Hadir ke Pejabat Cawangan KWSP untuk proses pengesahan cap ibu jari bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

 

Diskaun PTPTN 2022

Selaras dengan pengumuman pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.

Diskaun yang diberikan adalah merangkumi :

  • Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual

PTPTN sentiasa prihatin kepada peminjam dan semoga diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi.

Tempoh diskaun bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Info Lanjut 

Anda boleh berunding bersama Eksekutif Pemasaran PTPTN yang terlatih untuk membuat semakan baki akaun pinjaman bagi bayaran penuh pinjaman anda.

Maklumat lanjut:

  1. Live Chat: ptptn.gov.my
  2. Eksekutif Pemasaran:https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
  3. e-Aduan: https://eaduan.ptptn.gov.my/
  4. Media Sosial: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

 

Artikel Lain : Diskaun Bayaran PTPTN 

1 thought on “CARA BAYAR PTPTN GUNA DUIT KWSP(Semak Diskaun)”

Leave a Comment