PERMOHONAN DISKAUN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 2023
Menerusi pembentangan Belanjawan 2023 yang bertemakan Malaysia MADANI, kepeda peminjam PTPTN antara yang telah dibentangkan merupakan berita yang menggembirakan antaranya pemberian diskaun bayaran balik kepada peminjam PTPTN. Disini kami akan kongsikan kepada anda info mengenai inisiaif ini, semoga membantu.
TUJUAN DISKAUN PEMBAYARAN BALIK PTPTN
Inisiatif tersebut bertujuan bagi memudahkan pembayaran semula serta memupuk tanggungjawab dalam kalangan peminjam PTPTN. Langkah ini secara tidak langsung akan membantu kelangsungan pinjaman pendidikan kepada generasi yang akan datang.
Semoga dengan pemberian insentif ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam dan memberi lebih tanggungjawab untuk proses pembayaran balik bagi memberi peluang pendidikan untuk generasi pada masa hadapan.
TEMPOH DISKAUN PEMBAYARAN BALIK PTPTN
- Pertama : Diskaun sehingga 20% akan dilaksanakan bermula 1 Mac untuk tempoh 3 bulan
- Kedua : Penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM1800 selama 6 bulan bermula pada 1 Mac
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai diskaun PTPTN, layari https://www.ptptn.gov.my
CARA PERMOHONAN DISKAUN BAYARAN PTPTN
- Akan dikemaskini
CONTOH PENGGUNAAN DIRECT DEBIT ONLINE PTPTN
Untuk memudahkan anda memahami tentang penggunaan direct debit, cuba baca dan fahami satu contoh urusan penggunaan direct debit untuk membayar PTPTN :
Permohonan Direct Debit Online PTPTN
- Direct Debit adalah kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit SSPNi yang mana peminjam / pendeposit memberi kebenaran kepada PTPTN membuat sejumlah potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan / Akaun Semasa mereka.
Syarat-Syarat Permohonan Direct Debit PTPTN
- Permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang masih aktif.
Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansurans bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20.
Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan direct debit mestilah berstatus aktif.
Cara Memohon Direct Debit PTPTN
- Daftar permohonan Direct Debit
- Klik pada ikon Permohonan Direct Debit
Permohonan Direct Debit Pinjaman
- – Klik mohon Direct Debit Pinjaman
- – Masukkan nombor kad pengenalan > klik link Penyata Pinjaman yang dipaparkan.
ARTIKEL LAIN
Cara Reset Password myPTPTN (Tak Boleh Login, Terlupa)