PERMOHONAN BIASISWA MARA(Mara Scholarship For Degree)

PERMOHONAN BIASISWA MARA(Mara Scholarship For Degree)

BIASISWA MARA

Setiap tahun, mara scholarship / biasiswa mara ke luar negara ini diperuntukkan untuk kalangan pelajar cemerlang yang akan sambung belajar di antara dalam senarai universiti terbaik di malaysia mahupun universiti di luar negara untuk peringkat ijazah sarjana muda, sarjana (master) sehingga ke peringkat doktor falsafah (PHD). Kepada pelajar yang berkelayakan, disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU BIASISWA MARA

Biasiswa MARA bermatlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.

Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

 

KADAR BIASISWA MARA

Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.

 

SYARAT KELAYAKAN BIASISWAMARA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan ini iaitu:

  1. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  2. Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  3. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  4. Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  5. Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
  6. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
  7. Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon :
    • Dalam Negara
      • Diploma: tidak melebihi 35 tahun
      • Ijazah: tidak melebihi 40 tahun
      • Sarjana: tidak melebihi 45 tahun
      • PhD: tidak melebihi 45 tahun
    • Luar Negara
      • Diploma: –
      • Ijazah: tidak melebihi 30 tahun
      • Sarjana: tidak melebihi 35 tahun
      • PhD: tidak melebihi 40 tahun

 

CARA PERMOHONAN BIASISWA MARA

Kepada anda yang ingin membuat permohonan biasiswa ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Portal Rasmi MARA secara online: https://myeduloan.mara.gov.my/
  2. Pastikan isikan maklumat borang permohonan dengan tepat dan lengkap.
  3. Semua dokumen salinan hendaklah disahkan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Biasiswaa MARA, anda boleh melayari pautan  Pendidikan Pembiayaan Pelajaran 

 

ARTIKEL LAIN

JADUAL BAYARAN DUIT ELAUN MARA  (Semakan Tarikh Bila Masuk Bank)

1 thought on “PERMOHONAN BIASISWA MARA(Mara Scholarship For Degree)”

Leave a Comment