Cara Reload Touch n Go eWallet Guna Maybank2u

Cara Reload Touch n Go eWallet Guna Maybank2u

 

Reload Touch n Go Maybank2u

Begini ceritanya. Kalau sebelum ini anda akan reload kad TnG anda itu di stesen minyak petrol yang berdekataan betul? Tetapi tahukah anda yang pihak Touch ‘n Go telah memperkenalkan aplikasi smartphone milik TnG yang membolehkan anda untuk terus tambah nilai TnG eWallet melalui apps eWallet TnG berkenaan.

Kini dengan kemajuan aplikasi atas talian, anda boleh menggunakan Maybank untuk reload nilai dalam Tounch n Go anda. Kami akan kongsikan cara reload Touch n Go Maybank2u dengan mudah.

Reload Tambah Nilai TnG eWallet

Ada orang tanya bagaimana hendak reload kad TnG melalui app eWallet berkenaan. Sebenarnya anda tidak perlu reload kad TnG anda pun. Cukup dengan anda hanya melakukan tambah nilai TnG eWallet anda. Dan ketika semasa anda menggunakan kad TouchnGo, ianya akan terus menolak (deduct) kredit yang ada di dalam akaun TnG eWallet anda. Jelas? Jadi sudah tentu ianya bakal memudahkan anda. Jelas?

Perkara pertama sekali adalah, anda perlu mempunyai kad debit, kad kredit mahupun akaun online banking. Kerana transaksi untuk melakukan tambah nilai TnG eWallet ini memerlukan anda mempunyai akaun online banking. Kalau tiba tiba mesin epay di stesen minyak untuk anda topup kad TnG anda rosak rosak atau offline, jadi dengan adanya eWallet Touch N Go ini sangat sangat membantu ketika anda memerlukan betul?

 

Cara Reload Touch n Go eWallet Guna Maybank2u

Berikut adalah langkah-langkah cara reload Touch n Go menggunakan Maybank2u :

  • Sila jalankan (open) aplikasi TnG eWallet
  • Sila klik “Reload eWallet”
  • Sila pilih amaun atau masukkan nilai reload yang anda inginkan dan kemudiam sila klik “Reload eWallet”
  • Sila pilih ingin topup menggunakan kad debit/kad kredit atau FPX (online banking)
  • Buka Aplikasi Maybank2u anda
  • Sila selesaikan pembayaran sehingga selesai
  • Jika berjaya, akaun eWallet TnG akan akan mempunyai nilai yang bertambah
  • Done

 

Reload Touch n Go Maybank2u

Proses untuk tambah nilai kad TnG melalui eWallet sebenarnya mudah sahaja. Cumanya panduan ini adalah bagi anda yang mungkin kurang terbiasa dengan langkah langkah membuat pembelian secara online di internet. Jadi saya kongsikan dengan anda di sini.

Sedikit panduan tambahan kepada anda. Sebenarnya pihak Touch N Go mahu menjadikan sistem pembayaran kad TnG mereka mampu untuk digunakan dibanyak tempat. Mudah cerita mahu memudahkan urusan pengguna untuk lebih banyak servis. Mungkin selepas ini anda boleh gunakan eWallet TnG untuk membayar pelbagai bil dan membeli belah dengan mudah.

Kelebihan Guna Touch n Go eWallet

 

  1. PayDirect – Anda boleh menggunakan baki yang tersedia dalam eWallet untuk bayaran tol. PayDirect akan membuat penolakan baki secara automatik melalui eWallet anda. Baki di dalam eWallet mestilah mencukupi untuk menggunakan PayDirect ini. Sekiranya baki tidak mencukupi, sistem akan menolak terus baki yang terdapat di dalam kad Touch ‘N Go.
  2. Penggunaan PayDirect membolehkan pengguna menikmati rebat tol sebanyak 20% di plaza tol yang menyokong fungsi PayDirect. Setiap transaksi boleh disemak melalui app eWallet.
  3. Transaksi pembayaran tol menggunakan RFiD juga membenarkan pengguna lebuh raya menikmati diskaun tol.
  4. Sebagai pengguna kad Touch ‘N Go, sesetengah pengguna turut mengalami kesukaran untuk menyemak baki kad. Melalui aplikasi ini, baki eWallet dank ad fizikal boleh disemak dengan lebih mudah melalui telefon bimbit.
  5. Membayar caj parkingdengan mudah di hampir kesemua tempat meletakkan kenderaan.
  6. Membeli tiket kapal terbang domestik serta antarabangsa, malah tiket wayang juga boleh dibeli menggunakan eWallet ini.
  7. Pengguna boleh berbelanja di KK Super Mart atau makan di restoran – restoran terpilih dan membayar bil menggunakan eWallet dengan hanya membuat imbasan kod QR yang dipaparkan semasa membuat pembayaran.

 

Pengguna yang menggunakan Touch ‘N Go eWallet ini akan menerima rebet sehingga 20 % daripada penggunaan semasa. Malah, anda boleh mendapat cashback minimum sehingga RM 0.50 bagi setiap transaksi pembayaran tol.

Selain itu juga, pelbagai outlet yang menggunakan perkhidmatan eWallet ini turut memberikan cashback yang menarik kepada para pelanggan Touch ‘N Go eWallet. Perkhidmatan eWallet ini ternyata cukup memudahkan serta memberi faedah yang banyak untuk para penggunanya.

Semoga perkongsian  cara reload Touch n Go guna Maybank2u ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Artikel Lain : Cara Tukar Limit Kad Debit Maybank

1 thought on “Cara Reload Touch n Go eWallet Guna Maybank2u”

Leave a Comment