Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor 2023
Para wanita di negeri Selangor dipelawa untuk memohon biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) bagi Program Pembelajaran Sepanjang Hayat. Mereka yang berkelayakan akan menikmati biasiswa yang lumayan untuk melanjutkan pelajaran.
Kerajaan Negeri memperuntuk RM200,000 setahun untuk program tersebut bagi membantu wanita negeri ini menyambung pelajaran di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana.
Biasiswa yang dilaksana dengan kerjasama Open University Malaysia (OUM) khusus untuk mereka yang terpilih dan berada di pelbagai peringkat kepimpinan serta lapangan.
Kami akan membantu anda berkongsi tentang cara permohonan tersebut.
Apa Itu Biasiswa Wanita Berdaya Selangor 2022
Biasiswa bermatlamat menyediakan wanita berilmu pengetahuan serta berkompetensi tinggi menerusi pendidikan berterusan, senada dengan aspirasi Dasar Wanita Selangor dalam titik tumpuan tiga iaitu kepimpinan dan perwakilan
Syarat Kelayakan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor 2022
Berikut adalah syarat-syarat permohonan tersebut:
Kategori Orang Awam
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di Selangor.
- Wanita berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
- Minat dan aktif dalam kerja kemasyarakatan.
- Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web Open University Malaysia)*
Kategori Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)
- Mengikuti program AKW sehingga tamat pengajian.
- Berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
- Menamatkan pengajian di AKW dan telah bergraduasi.
- Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web Open University Malaysia)*
*Pengkhususan kepada kursus-kursus Sains Sosial, Gender, Sumber Manusia, Perniagaan, dan Sains Politik.
Senarai Kursus
Berikut adalah kursus yang ditawarkan biasiswa :
Diploma
– Diploma in Management
– Diploma in Human Resources Management
Degree
– Bachelor of Marketing with Honours
– Bachelor of Business Administration with Honours
– Bachelor of Management with Honours
– Bachelor of Human Resource Management with Honours
– Bachelor Of Political Science With Honours
– Bachelor Of Liberal Studies With Honours
Master
– Master of Project Management
– Master of Management
– Master of Business Administration
– Master of Human Resource Management
Tarikh Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor 2022
Anda kini boleh mula membuat permohonan untuk Ambilan Mei 2022
Tarikh Tutup: 15 MAC 2022
Cara Permohonan
- Baca dengan teliti borang sebelum diisi dan kemudian beri butir-butir yang dikehendaki dengan lengkap menggunakan HURUF BESAR.
- Salinan KAD PENGENALAN, GAMBAR BERUKURAN PASPOT sertaRESUME hendaklah di e-mel ke [email protected] (Tulis NAMA PENUH – PPSH KOHORT 2 di subject e-mel)
KENYATAAN PERIBADI PERMOHONAN BIASISWA WANITA BERDAYA SELANGOR: Mengapakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran? Mengapa biasiswa tajaan WBS wajar diberikan kepada anda? Apakah yang ingin anda sumbangkan kepada masyarakat? (Minima 150 patah perkataan)
- Permohonan yang tidak lengkaptidak akan diproses.
- Medium perhubungan utama ialah melalui E-MEL. Pastikan anda memeriksa e-mel untuk mengetahui keputusan permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan laman web rasmi ini
Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd.
IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam Ground Floor, Jalan Pahat L 15/L, Section 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
+603 5545 4879
Artikel lain: Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2022