myasnb.com.my(Cara Daftar Login ASB Online)
Jika anda belum tahu, sekarang sudah boleh buat pengeluaran ASB secara online di myasnb.com.my. Jadi, bagi anda yang sudah ada akaun tapi bersesak-sesak untuk keluarkan di cawangan ASNB, Maybank atau CIMB, jemput baca cara daftar myASNB ini.
Izinkan kami berkongsi.
Sebelum Daftar myASNB Online Ingin kami maklumankan, sila kemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu sebelum daftar myASNB secara online.
Kemaskini yang paling penting sebelum daftar myASNB ialah nombor telefon terkini yang masih aktif.
Nombor telefon yang aktif adalah sangat penting untuk urusan pendaftaran ini. Ini kerana proses pendaftaran akan melibatkan penghantaran TAC secara SMS ke nombor telefon.
Jadi, apabila selesai mengemaskini maklumat peribadi, anda bolehlah mendaftar di portal myASNB.
Tambahan lagi, untuk menggunakan mobile app myASNB, anda perlu juga perlu menyelesaikan proses pendaftaran ASB online terlebih dahulu.
Cara Daftar myASNB Online myasnb.com.my
Caranya adalah dengan melakukan langkah-langkah mudah seperti berikut:
- Layari portal rasmi myASNB di sini: https://www.myasnb.com.my
- Klik pada DAFTAR AKAUN.
- Baca informasi berkaitan ASNB yang tertera dan klik DAFTAR DI SINI.
- Baca langkah-langkah berkaitan pendaftaran portal myASNB yang tertera.
- Selesai membaca, tekan butang TERUSKAN.
- Klik pada kotak yang disediakan dan tekan SETUJU.
- Teruskan cara daftar myASNB online dengan klik pada maklumat asas yang diperlukan
- Masukkan maklumat yang diminta seperti jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani
- Perlu diingatkan di sini, walaupun anda langgan banyak produk ASNB, anda hanya perlu pilih salah satu sahaja di sini
- Klik SETERUSNYA.
- Anda akan diminta untuk buat pengesahan TAC.
- Klik pada PERMINTAAN TAC.
- Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan.
- Isi nombor TAC yang diberi. Klik SETERUSNYA.
- Masukkan maklumat pendaftaran iaitu ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat e-mel dan frasa rahsia.
- Pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan.
- Apabila selesai memasukkan semua maklumat, klik TAMAT.
Sekarang cara daftar ASB online telah separa selesai.
Anda telah berjaya melakukan pendaftaran di portal myASNB dengan kata laluan (password) sementara
Sila salin dan simpan kata laluan sementara yang diberikan.
Login myASNB Selepas Pendaftaran ASNB myasnb.com.my
Pastikan anda ikuti cara daftar myASNB betul-betul seperti di atas. Ini kerana, anda hanya boleh login ke portal myASNB selepas proses pendaftaran selesai tanpa apa-apa masalah.
- Layari portal rasmi myASNB di sini: https://www.myasnb.com.my
- Kemudian, klik LOG MASUK.
- Masukkan ID pengguna yang anda daftarkan tadi, klik TERUSKAN.
- Frasa rahsia yang anda daftarkan tadi akan dipaparkan.
- Pastikan sama dan masukkan jawapan. Masukkan juga kata laluan sementara yang diberikan.
- Klik TERUSKAN.
- Anda diminta untuk menukar kata laluan sementara yang diberi kepada kata laluan pilihan anda sendiri untuk tujuan keselamatan.
- Klik TUKAR KATA LALUAN dan masukkan kata laluan.
- Pastikan kata laluan tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakaniaitu kombinasi huruf besar, huruf kecil, simbol, nombor 6 hingga 12 askara.
- Setelah kemaskini password, kini cara daftar myASNB secara online telah selesai sepenuhnya.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Nuntuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara daftar dan login myASNB layari: https://www.myasnb.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]
Baca Juga: CHECK BAKI ASB ONLINE:SEMAKAN BALANCE MyASB & MAYBANK2U