Cara Dapatkan Print Semula Resit transaksi Maybank2u

Cara Dapatkan Print Semula Resit transaksi Maybank2u

Cara Dapatkan Print Semula Resit transaksi Maybank2u

Bila kita kelam-kabut buat transaksi online, kadang-kadang kita lupa nak save perkara penting, iatu resit. Resit sangat penting apabila buat mana-mana transaksi online kerana itu satu-satunya cara untuk menunjukkan bukti pembelian itu sahih. Resit berbeza dengan notifikasi pembayaran di mana, notifikasi transaksi selalunya datang dalam bentuk mesej ataupun di senaraikan secara ringkas di history transaksi kita.

Resit online banking selalunya datang dalam bentuk pdf. yang auto generate setiap kali lepas kita buat apa-apa transaksi, tapi kena pastikan you guys tekan butang download untuk dapatkan resit tu. Kalau tak tekan butang download tu yang jadi susah nak dapatkan semula resit tu bagi mereka yang tak tahu. Bagi mereka yang tahu senang je sebenarnya. Kami akan kongsikan cara Print Resit Transaksi Maybank2u yang mudah dan selamat.

 

Cara Print Semula Resit Transaksi Maybank2u

Berikut adalah Langkah-langkah untuk Print Resit Transaksi Maybank2u yang boleh anda ikuti:

  1. Layari laman web Maybank2u dan terus login.
  2. Lepas dah login, nanti klik pada Savings Account-i.

Print Resit Transaksi Maybank2u

  1. Kemudian scroll ke bawah sikit, dan klik pada All Transaction History.
  2. Nanti dia akan keluar beberapa pilihan lagi. Kita klik pada M2U Transaction.

Print Resit Transaksi Maybank2u

  1. Seterusnya di sini kita akan pilih pembayaran yang kita buat dan untuk print semual resit tersebut, kita klik pada icon download seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

c3

  1. Nanti sistem Maybank akan generate resit dalam bentuk PDF. Di sini kita boleh download dan barulah boleh print semula resit tersebut.

 

Tips Jauhi Penipuan Resit Transaksi Maybank2u

Viral di laman sosial cara-cara pembeli secara Online menipu cara pembayaran. Contoh dibawah menunjukkan cara-cara pembeli online akan menipu penjual dengan menunjukkan bukti pembayaran (Resit Maybank) secara “Future Transfer” or “Scheduled Transfer” instead of “Direct Transfer”.

  1. Buat SCHEDULED PAYMENT
  2. Pilih tarikh bayaran 3 hari akan datang
Contoh : Pembeli beritahu akan bank in hari ni 9 Oktober 2018. Tapi masa pembayaran atas talian dibuat, dia pilih SCHEDULED PAYMENT dan pilih tarikh 12 Oktober 2018.
  3. Ini bermakna penjual akan menerima bayaran tersebut pada 12hb Oktober. Bukan 9hb Oktober.
  4. Selepas selesai transaksi, resit akan di ‘screenshot’ dan pembeli tersebut akan hantar resit tersebut kepada penjual sebagai bukti pembayaran.
  5. Disini masalah bermula, resit yang pihak bank keluarkan sama dengan ‘normal transfer’. Tiada cacat cela. Tiada langsung mengatakan transaksi ini adalah SCHEDULED TRANSFER.
  6. Paling tak menyenangkan atas resit ada perkataan SUCCESSFUL.
  7. Penjual terima resit. Nampak asli dan terus pos barang tanpa menyemak baki akaun.
  8. Bila pembeli dah dapat ‘tracking’ number barang, dia akan batalkan SCHEDULED PAYMENT tersebut.
  9. Makanya melopong penjual berkenaan bila mana barang dah di pos.
  10. Kerana walaupun transaksi dibuat pada 9 Oktober resit pun nyatakan transaksi dibuat pada 9 Oktober. Tapi duit tak masuk sebab SCHEDULED PAYMENT boleh di batalkan pada bila masa sahaja.
  11. Lagi haru ialah walaupun baki dalam akaun kita tinggal RM2, kita masih boleh buat SHEDULED PAYMENT. Jadi penipu bebas letak apa-apa amaun yang dia nak.
  12. Tanpa perlu batalkan transaksi tersebut pun, bila tiba hari yang dijadualkan, bila sistem semak baki akaun tak cukup, maka transaksi tersebut akan automatik batal.
  13. Maka seronoklah penipu dapat barang tanpa perlu buat bayaran.

SEMAK AKAUN SELALU!

Semoga perkongsian cara Print Resit Transaksi Maybank2u dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel lain : Cara Download Bank Statement Maybank2u

 

 

Leave a Comment