BKSM KEDAH 2023 (Permohonan Biasiswa Kecil Sekolah Menengah)
Kepada para pelajar sekolah menengan di Negeri Kedah, kini kerajaan Kedah telah membuka permohonan bantuan untuk pelajar sekolah menengah menerusi Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) 2023. Disini kami akan kongsikan cara permohonan, semoga membantu.
APA ITU BKSM KEDAH
Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) merupakan bantuan kewangan secara one-off diberikan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan di Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh Kedah. Pemberian biasiswa ini dapat membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah meneruskan pendidikan mereka menerusi biasiswa ini.
SYARAT KELAYAKAN BKSM KEDAH
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan ini iaitu:
- Lima orang pelajar untuk setiap sekolah.
- Pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
- Pendapatan isi rumah RM 3000.00 dan ke bawah.
- Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan Akhir Tahun 2022 (jika tiada calon yang memenuhi syarat 4A, pihak sekolah boleh mencalonkan pelajar yang berpotensi untuk berjaya dengan mengemukakan Surat Rayuan).
- Pelajar tiada penaja lain.
- Pelajar bersih dari tindakan disiplin.
- Pelajar aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
KADAR BANTUAN BKSM KEDAH
Berikut adalah merupakan kadar bantuan yang akan diberikan secara one-off mengikut tingkatan iaitu:
TINGKATAN | JUMLAH SETAHUN |
1-3 | RM600.00 |
4-5 | RM715.00 |
TARIKH PERMOHONAN BKSM KEDAH
Permohonan boleh dibuat kepada pihak sekolah dan pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan sebelum 20 April 2023.
CARA PERMOHONAN BKSM KEDAH
Pencalonan pelajar dikemukakan kepada SPPNK melalui Guru Biasiswa Sekolah. Pihak sekolah boleh membuat permohonan seperti berikut:
- Layari pautan melalui laman web https://eservices.kedah.gov.my/ibksm.
- Masukan ID Pengguna (Kad Pengenalan Guru Biasiswa Atau Pentadbir Sistem Tanpa Sengkang)
- Masukan Kata Laluan : ibksm2022
- Klik Butang Masuk
- Sila Pastikan Nama Pentadbir Sistem Betul
- Muat Turun Borang Pengesahan Pendapatan Sekiranya Ibu Bapa/Penjaga Tidak Mempunya Slip Gaji/Penyata Pencen
- Klik Butang “Tambah Permohonan” Untuk Mengisi Permohonan Baru
- Maklumat Sekolah
- Sila Pastikan Maklumat Sekolah Betul
- Lengkapkan Maklumat Bahagian A – Maklumat Pelajar
- Maklumat Prestasi Akademik Dan Maklumat Aktiviti KoKurikulum
- Lengkapkan Bahagian B – Maklumat Prestasi Akademik
- Klik Butang “Tambah Rekod” Untuk Menambah Mata Pelajaran
- Klik Butang “Buang Rekod” Untuk Membuang Mata Pelajaran
- Maklumat Bank Dan Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga
- Lengkapkan Bahagian D – Maklumat Bank
- Lengkapkan Bahagian E – Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga
- Muat Naik Dokumen Sokongan Dan Pengesahan Pihak Sekolah
- Lengkapkan Bahagian F – Muat Naik Dokumen Sokongan
- Tandakan ( / ) Pada Kotak Yang Disediakan Bahagian G – Pengesahan Pihak Sekolah
- Klik “Butang Simpan Permohonan” untuk Kemaskini Semula Permohonan
- Klik “Butang Hantar Permohonan” Untuk Hantar Permohonan
- Semak Senarai Permohonan Dan Kemaskini Permohonan
- Semak Senarai Permohonan
- Klik “Butang Tambah Permohonan” Permohonan Untuk Menambah Permohonan Baru
MAKLUMAT LANJUT
Untuk daparkan maklumat lanjut mengenai Info lanjut mengenai Biasiswa Kecil Sekolah Menengah Kedah, anda boleh melayari pautan https://eservices.kedah.gov.my/ibksm.
ARTIKEL BERKAITAN:
- TARIKH BAYARAN BONUS KERAJAAN NEGERI (SELANGOR KEDAH PERLIS )
- WAKTU OPERASI UTC SELURUH MALAYSIA 2023 (Kemaskini Terkini/Terbaru)
- JADUAL KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2023 (IPMA)
- SENARAI RANKING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)