WAKTU OPERASI UTC SELURUH MALAYSIA 2023 (Kemaskini Terkini/Terbaru)
UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta.
Pusat Transformasi Bandar (UTC) menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor Swasta yang ditempatkan di dalam satu pusat atau bangunan. UTC juga akan berperanan sebagai pusat setempat bagi aktiviti belia, NGO serta komuniti usahawan. Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai peneraju utama UTC di seluruh negara.
WAKTU OPERASI BAHARU BAGI PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) MULAI 20 JUN 2022
Notis Pemanjangan Waktu Operasi UTC
SENARAI WAKTU OPERASI UTC KUALA LUMPUR DAN SELANGOR
CAWANGAN | ISNIN – KHAMIS | JUMAAT | SABTU & AHAD |
Keramat | 1 tengah hari – 10 malam | 2.45 petang – 8 malam | 8 pagi – 5 petang |
Shah Alam | 1 tengah hari – 10 malam | 2.45 petang – 8 malam | 8 pagi – 5 petang |
Pudu | 1 tengah hari – 10 malam | 2.45 petang – 8 malam | 8 pagi – 5 petang |
Sentul | 1 tengah hari – 10 malam | 2.45 petang – 8 malam | 8 pagi – 5 petang |
Seremban | 1 tengah hari – 10 malam | 2.45 petang – 8 malam | 8 pagi – 5 petang |
SENARAI WAKTU OPERASI UTC Kelantan, Johor, Terengganu & Kedah
CAWANGAN | AHAD – KHAMIS | JUMAAT – SABTU |
Kuala Terengganu | 1 tengah hari – 10 malam | 2.45 petang – 8 malam |
Kota Bharu | 1 tengah hari – 10 malam | 2.45 petang – 8 malam |
Alor Setar | 1 tengah hari – 10 malam | 2.45 petang – 8 malam |
Johor Bahru | 1 tengah hari – 10 malam | 2.45 petang – 8 malam |
WAKTU OPERASI UTC Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak Perlis, Perak
CAWANGAN | WAKTU OPERASI (SETIAP HARI) |
Keningau | 8 pagi sehingga 5 petang |
Kota Kinabalu | 8 pagi sehingga 5 petang |
Tawau | 8 pagi sehingga 5 petang |
Miri | 8 pagi sehingga 5 petang |
Sibu | 8 pagi sehingga 5 petang |
Kuching | 8 pagi sehingga 5 petang |
Kuantan | 8 pagi sehingga 5 petang |
Melaka | 8 pagi sehingga 5 petang |
Ipoh | 8 pagi sehingga 5 petang |
Berdasarkan carian kami, UTC Kota Kinabalu turut memuat naik waktu operasi utc yang terkini seperti berikut :
KEMASKINI :7 ogos 2021
BERIKUT ADALAH SENARAI PERKHIDMATAN PERLU (ESSENTIAL SERVICE) YANG BEROPERASI SEPANJANG ARAHAN PERINTAH KAWALAN (PKP) bermula 12 JULAI HINGGA TAMAT TEMPOH PEMULIHAN.
1) POS MALAYSIA
- Isnin – Ahad KECUALI Cuti Umum
- 8.00 pagi – 4.30 petang
- Penangguhan sementara urusniaga JPJ kecuali Insurans dan urusniaga lain masih dijalankan seperti biasa
- 088-2372082
2) KLINIK
- Isnin – Ahad KECUALI Cuti Umum
- 8.00 pagi – 4.15 (panggilan akhir)
- Kesihatan : 088-236813
- Pergigian : 088-538680 ( Cabut gigi sahaja, lain urusan sila ke klinik berdekatan)
3) PERBADANAN PINJAMAN SABAH
- Isnin – Jumaat KECUALI Cuti Umum
- 8.00 pagi – 12.00 Tengah Hari
- Temujanji diperlukan ●088-313600 / 0138627783 / 0198857783
4) MAJLIS AMANAH RAKYAT
- Isnin – Jumaat ( 8:00 Pagi – 1:00 Petang)
- Sabtu – Ahad ( 8:00 Pagi – 1:00 Petang)
- Temujanji diperlukan ●088-538674
5) AR – RAHNU YaPEIM
- Isnin – Sabtu KECUALI Cuti Umum ●9.00 pagi – 5.00 petang
- Bagi pelanggan yang memerlukan Khidmat Bayaran Ansuran Pembiayaan & Upah Simpan, bayaran boleh dibuat secara atas talian (online) ●Hotline : 1-309-88-1230 ●088-239926
6) JABATAN AIR
- Isnin – Khamis (8.00 pagi – 1.00 petang, Masa Pembayaran 8.00 pagi – 12.30 Tengah Hari ) ●Jumaat (8.00 Pagi – 11.30 Pagi, Masa Pembayaran 8.00 pagi - 11.30 pagi)
- Sabtu – Ahad (8.00 Pagi – 12.00 Tengah hari ●088-250294
7) IMIGRESEN
- Isnin – Ahad KECUALI Cuti Umum ●8.00 pagi – 5.00 Petang
- Semua PERMOHONAN adalah melalui SISTEM TEMUJANJI ONLINE IMIGRESEN (STO) sahaja http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/home.php
- 088-270593/596/597
8) TELEKOM
- Isnin – Ahad KECUALI Cuti Umum ●8.00 pagi – 5.00 petang
- 088 – 262888
9) JABATAN KEBAJIKAN NEGERI SABAH
- Isnin – Jumaat KECUALI Cuti Umum ●8.00 pagi – 4.00 petang
- Temujanji diperlukan ●088 -538707
10) JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN)
- Isnin – Jumaat (URUSAN PEJABAT 8:00 Pagi – 4:00 Petang) KECUALI Cuti Umum
- Sabtu 8:00 Pagi – 12.00 Tengahari
- Isnin – Khamis (waktu rehat 1:00 Petang – 2:00 Petang ) ●Jumaat (11:30 Pagi – 2:00 Petang)
- Temujanji diperlukan https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/
- 088 – 234 160 / 170
11) DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (DBKK)
- Isnin – Jumaat ●8.00 pagi – 5.00 petang
- 088 – 238743
12) POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
- Isnin – Ahad ●8:00 Pagi – 5:00 Petang
- 088 – 310284
15) BIRO PENGADUAN AWAM (BPA)
- Isnin – Jumaat ●8:00 Pagi – 5:00 Petang
- 088 – 280300/264/281
16) JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)
- Isnin – Ahad ●8:00 Pagi – 4:30 Petang
- KENDERAAN PERDAGANGAN SAHAJA (LESEN&ROADTAX) ●TUKAR HAK MILIK KENDERAAN ●LAIN-LAIN URUSAN SEPERTI (ROADTAX PERSENDIRIAN & LESEN D/DA) HANYA BOLEH DIPERBAHARUI DI MYSIKAP
- 088 – 250221
** Bagi pelanggan yang telah memperbaharui di MYSIKAP, Ingin dimaklumkan bahawa, pelanggan masih belum boleh mengambil Dokumen Asal (Roadtax/lesen) di pejabat ketika ini. Sila hubungi Pihak JPJ terlebih dahulu.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi arahan PKP dan terus mengamalkan SOP berkaitan bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Segala Kesulitan amat dikesali
Harap Maklum
Semoga perkongsian waktu operasi UTC ini memberikan manfaat kepada anda semua.
Artikel Lain : Waktu Operasi JPJ Seluruh Malaysia