Portal ODL ( Login Platform Pembelajaran Online Reskilling & Upskilling)

Portal ODL ( Login Platform Pembelajaran Online Reskilling & Upskilling)

portal ODL

Perhatian kepada semua warganegara Malaysia, anda kini dapat meningkatkan lagi kemahiran anda dengan mengikuti sesi pembelajaran secara atas talian.

Terdapat pelbagai agensi swasta serta kerajaan yang menawarkan kursus serta kemahiran yang bersesuaian dengan semua golongan.

Kami akan membantu anda untuk turut menyertai kursus yang ditawarkan oleh portal tersebut.

Apa Itu Portal ODL

On-Demand Learning (ODL) adalah Portal terbaharu yang yang dibangunkan hasil kerjasama strategik antara AirAsia Academy bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

portal ODL

Apa itu Reskilling & Upskilling

  • Upskill Malaysia adalah platform ‘single window’ nasional yang menyediakan maklumat menyeluruh mengenai semua program latihan dan pembangunan kemahiran yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan agensinya.
  • Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, platform dalam talian bersepadu ini diaktifkan untuk mewujudkan ekosistem yang memupuk peningkatan kemahiran berterusan, cross-skilling, multi-skilling dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan rakyat Malaysia.
  • Objektif Reskilling & Upskilling:
    • Membantu rakyat Malaysia mencari program latihan yang berkaitan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.
    • Meningkatkan daya saing pencari kerja, dan meyiapsiagakan mereka untuk kerjaya jangka panjang dalam industri yang mempunyai permintaan tinggi.
    • Mengurus serta memantau program oleh Kementerian dan Agensi yang terlibat dalam inisiatif Reskilling & Upskilling secara berpusat, tersusun dan bersepadu.

Kandungan Portal ODL

Platform ini telah direka untuk pengguna pelbagai peringkat umur yang ingin mempelajari sesuatu yang baharu setiap hari.

Di dalam portal ini, terdapat lebih daripada 16,000 video daripada pelbagai kandungan teknologi dan bukan teknologi dan jumlah itu dijangka bakal melebihi 20,000 menjelang akhir tahun 2022.

Ia juga memuatkan konten yang telah diterbitkan oleh AirAsia Academy dengan memanfaatkan pangkalan data yang besar untuk konten-konten berkaitan tentang teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan analisis data.

Pelan Langganan

Konten portal ini ditawarkan melalui tiga pelan langganan:

  • Pelan langganan 1 tahun: RM28/bulan
  • Pelan Langganan 3 bulan: RM48/bulan
  • Pelan langganan 1 bulan: RM69/bulan

Kursus Yang Ditawarkan

Individu yang berminat boleh melayari lamn web https://airasiaacademy.com untuk kursus-kursus yang disediakan oleh AirAsia Academy.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai portal ODL, sila layari laman web https://airasiaacademy.com.

Artikel Lain : Permohonan Latihan Kemahiran & Elaun RM1000

Leave a Comment