SPLKPM LOGIN: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)
Berikut dikongsikan panduan bergambar bagaimana untuk mengisi pembelajaran kendiri dalam sistem SPLKPM Login 2021.
SPLKPM login atau Sistem Pengurusan Latihan KPM merupakan portal yang dibangunkan khas oleh KPM bagi mengakses Sistem Pengurusan Latihan Guru atau SPLG.
SPLKPM login sedikit berbeza berbanding sistem eOperasi di mana sistem ini lebih memfokuskan latihan yang diterima guru sama ada kursus, PLC, bimbingan dan pementoran, ulasan buku, lawatan kerja, bengkel, seminar atau kolokium, kajian tindakan dan penyelidikan, portal e-guru, perkongsian ilmu serta penulisan dan penerbitan.
Baca Juga: EGTukar KPM (Permohonan Pertukaran Guru epgo.moe.gov.my )
Panduan SPLKPM Login
Langkah 1
Akses portal SPLKPM melalui https://splkpm.moe.gov.my/
Anda ingin kemaskini data murid? Klik Login APDM Kemaskini Data Murid 2021.
Langkah 2
Pilih “Modul Individu” SPL KPM
Baca Juga: eOperasi: Login Sistem Kemaskini Maklumat Guru KPM 2021
Langkah 3
Masukkan ID dan password
Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik “Lupa Kata Laluan” untuk set semula password.
Baca Juga: HRMIS 2.0 Login:Log Masuk Portal hrmis2.eghrmis.gov.my
Langkah 4
Pilih “Pembelajaran Kendiri” pada menu sebelah kiri. Kemudian pilih “Senarai Pembelajaran Kendiri”.
Baca juga:Login Google Classroom KPM
Langkah 5
Tutup menu dan pilih “e-Pembelajaran”
Baca Juga: SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT KPM 2021
Langkah 6
Pilih “Tambah Aktiviti”
Langkah 7
Lengkapkan butiran dan simpan.
Baca Juga: LOGIN ePRASEKOLAH:PENDAFTARAN & SEMAKAN PRASEKOLAH ONLINE SESI 2022
Bantuan Penyelaras Negeri
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah ketika SPLKPM Login / mengisi maklumat,sila hubungi penyelaras SPL KPM negeri masing-masing.
Untuk senarai penyelaras termasuk nombor telefon bantuan, anda boleh rujuk di sini.
Baca Juga: CARA PERMOHONAN BKP,KWAPM,BIASISWA SUKAN & EMK
Manual Pengguna SPLKPM
Terdapat pelbagai rujukan manual pengguna yang telah disediakan oleh KPM.
Untuk senarai penuh, anda boleh rujuk manual pengguna di sini.
Baca Juga: APDM 2021:Tutorial Kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM
Modul Individu SPLG
Modul idividu SPLKPM dibangunkan bagi kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana dibwah Kementerian Pendidikan untuk merekod aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Modul individu anda boleh baca di sini.
LDP/ PPB yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.
Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu mengemaskini profil masing menerusi pangkalan data SPL KPM. Manakala Pegawai & AKP yang berada sekolah perlu mengemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan Data eOperasi.
Semua Individu juga diminta menjawab TNA atau matrik kompitensi yang disediakan bagi nmembolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.
Baca juga: BTAR 2021: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Modul SULDP / Penyelaras SPLKPM Login
Modul ini dibangunkan bagi membolehkan perekodan LDP/ PPB dilaksanakan oleh penganjur LDP/ PPB. Kaedah ini diharap mampu menyelaras pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing.
Maklumat asas Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu dikemaskini oleh SULDP/ Penyelaras latihan bagi membolehkan induvidu mengakses ke aplikasi SPLKPM dan eProfil.
SULDP/ Penyelaras juga boleh melihat analisis LDP yang dihadiri di organisasi, menjana sijil on-line, matrik kompitensi & TNA, tawaran kursus serta modul kewangan.
Baca Juga: PERMOHONAN PIDN JPA:PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA 2021
Senarai Kursus SPLKPM Login Online
Berikut adalah cadangan kursus online yang boleh anda ambil untuk mendapatkan mata kredit.
SPLKPM AKPK Hemah Bicara Hemat Belanja
Kursus Literasi Kewangan Secara Dalam Talian AKPK – Hemah Bicara Hemat Belanja adalah kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).
Semua warga KPM perlu melaksanakan kursus ini sehingga selesai.
Setelah tamat kursus, individu akan memperolehi 6 jam latihan (1 hari berkursus) dan diberikan 6 mata kredit (untuk PPP) melalui Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM)
- Perlu SPLKPM Login terlebih dahulu di https://splkpm.moe.gov.my
- Klik Senarai Kursus
- Dalam Senarai Kursus yang ada, pilih AKPK – Hemah Bicara Hemah Belanja
- Anda kini berada dalam paparan kursus online AKPK
- Klik Join Now
- Masukkan Email, Kata Laluan dan Nama Penuh
- Tekan butang Start Learning
- Masukkan Access Code HBKPM bagi warga KPM
- Tekan butang Join Now
- Masukkan maklumat yang dipinta seperti nama dan tempat bertugas
- Tekang butang Join HBHB
- Anda kini berada dalam paparan Selamat Datang
- Lihat panduan kursus
- Lihat syarat kursus dan 3 modul yang perlu dilaksanakan
- Laksana kurus secara online sehingga selesai
- Anda akan terima sijil tamat kursus
- Akses semula ke dalam SPL KPM dan rekodkan kursus melalui Modul Individu dalam aktiviti e-Pembelajaran.
- Anda boleh ambil kursus online Rumahku dari AKPK untuk mempelajari selok-belok pembelian rumah.
Baca juga:Login Google Classroom KPM
SPLKPM Rumahku AKPK
Anda boleh ambil kursus online Rumahku dari AKPK untuk mempelajari selok-belok pembelian rumah.
Klik sini: https://learn.akpk.org.my/courses/rumahku/
SPLKPM Kursus STEM
Kursus ini ialah pendekatan mudah untuk guru, dalam mengikuti kursus STEM melalui aplikasi dalam telefon pintar.
- Perlu login Schoology terlebih dahulu di https://schoology.com
- Pergi ke bahagian Menu
- Pada menu courses, pergi ke kursus STEM: Pendekatan Mudah Untuk Guru
- Pilih folder PANDUAN untuk langkah-langkah mendapatkan maklumat tentang kursus
- Pilih folder KANDUNGAN untuk memulakan proses pembelajaran
- Folder 1.0 Celik STEM mempunyai empat sub topik yang perlu diselesaikan mengikut urutan.
- Jika sudah selesai, sila ke folder berikutnya iaitu 2.0 STEM Dalam Kehidupan Seharian
- Sebelum tamat, sila lengkapkan soal selidik dalam folder PENUTUP
Baca Juga: CARA MOHON ePENAWARAN:BIASISWA KPM JPA (epenawaran.moe.gov.my)
SPLKPM EPSA
Anda juga boleh ambil kursus online e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) melalui SPLKPM Login.
Klik sini: https://www.epsa.gov.my
SPLKPM Webinar
Tidak dilupakan, anda juga boleh tonton webinar melalui SPLKPM Login. Lihat sesi Live yang ada.
Baca Juga: BANTUAN MAIDAM IPTA:BANTUAN PENGAJIAN PELAJAR IPT TERENGGANU
SPLKPM Ulasan Buku (BOOK REVIEW)
Anda juga boleh buat ulasan buku SPLKPM Login, iaitu sinopsis mana-mana buku yang dibaca.
Perlu login SPLKPM untuk isi maklumat untuk buat book review termasuk:
- Tajuk buku
- Penulis buku
- Bahasa buku
- Bilangan mukasurat
- Sinopsis buku
- Tarikh pembacaan
- Pembentangan
Perlu diingatkan, anda perlu isi Borang Sinopsis Individu di Sekolah sebagai bukti pembacaan anda.
Borang Keberhasilan
Anda juga perlu menigisi Borang Keberhasilan dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi tahun terkini 2020. Janga lupa, ia akan bawa 10% markah.
Siap-siap untuk masukkan dalam semasa SPLKPM Login.
Login Pendaftaran Tahun 1 Klik: LOGIN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2022 KPM ONLINE(public.moe.gov.my)
Maklumat Lanjut SPLKPM Login
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan Login SPLKPM hubungi:
PENYELARAS SPL KPM NEGERI
- ADMIN JPN JOHOR 07-2311402
- ADMIN JPN KEDAH 04-7404209
- ADMIN JPN KELANTAN 09-7418377
- ADMIN JPN MELAKA 06-2327179
- ADMIN JPNNEGERI SEMBILAN 06-7653201
- ADMIN JPN PAHANG 09-5715700
- ADMIN JPN PERAK 05-5015026
- ADMIN JPN PERLIS 04-9737663
- ADMIN JPN PULAU PINANG 04-5757640
- ADMIN JPN SABAH 08-8537010
- ADMIN JPN SARAWAK 08-2473410
- ADMIN JPN SELANGOR 03-55121958
- ADMIN JPN TERENGGANU 09-6213329
- ADMIN JPN WP KUALA LUMPUR 03-62036287
- ADMIN JPN WP LABUAN 087-583351
- ADMIN JPN WP PUTRAJAYA 03-8890307
3 thoughts on “SPLKPM LOGIN: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)”