SEMAKAN CABUTAN WOW SIMPAN SSPN 2023 (CHECK KEPUTUSAN PEMENANG)
PTPTN sentiasa menyediakan promosi istimewa untuk menggalakan penabungan Pendidikan dalam kalangan masyarakat Malaysia disamping memberikan penghargaan kepada pendeposit yang setia melalui cabutan-cabutan hadiah yang ditawarkan.
Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 yang dilancarkan menawarkan hadiah wang tunai bernilai hampir RM500,000 kepada 138 pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).
Apa Itu Cabutan Wow Sspn 2023
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 yang bertujuan untuk mendorong budaya menabung di kalangan rakyat Malaysia dan juga merupakan tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
Kempen Cabutan Wow! 25 Tahun PTPTPN
kempen dengan keseluruhan hadiah bernilai hampir RM1 juta menanti 350 orang pemenang.
Cabutan itu terdiri daripada tiga kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri.
Sebuah kereta Mercedes Benz AMG Line itu merupakan cabutan bertuah bagi kategori Cabutan Tahunan Jubli Perak. Manakala, hadiah kedua pula berupa wang tunai berjumlah RM100,000 serta hadiah ketiga berupa wang tunai bernilai RM50,000.
Hadiah sagu hati berupa motosikal Honda Dash 125 bakal menanti 22 pemenang.
Bagi kategori Cabutan Babyku Simpan, hadiah berupa wang tunai RM250,000 menanti 250 pemenang. Manakala, Hadiah Cabutan Siri berupa wang tunai hampir RM200,000, menanti 75 pemenang.
tempoh promosi bagi Cabutan Tahunan Jubli Perak dan Cabutan Khas Babyku Simpan bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember, manakala bagi Cabutan Siri adalah dari 1 April hingga 31 Disember tahun ini.
Syarat Penyertaan Cabutan WOW Simpan SSPN Plus 2023
Bagi menyertai kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023, pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.
Setiap RM100 yang disimpan bagi Simpan SSPN Prime dalam tempoh kempen akan layak satu cabutan manakala setiap RM50 bagi Simpan SSPN Plus pula layak dua cabutan secara automatik.
Pendeposit Simpan SSPN Prime yang menyimpan RM100 melalui myPTPTN akan mendapat lima cabutan manakala pendeposit Simpan SSPN Plus yang menyimpan RM50 melalui myPTPTN mendapat 10 cabutan.
Syarat-syarat untuk menyertai promosi ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen;
- Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh:-
- Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
- Kakitangan panel pengendali takaful dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) seperti berikut:-
- Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT)
- Great Eastern Takaful Berhad (GETB)
- Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB)
- Pendeposit perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan;
- Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih RM50 (simpanan + takaful) melayakkan satu (1) cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan;
- Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) sehingga tarikh cabutan.
Hadiah Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023
Menawarkan hadiah wang tunai dengan nilai keseluruhan hampir RM500,000 kepada 138 pemenang seperti berikut:
Hadiah Cabutan Tahunan:
- Utama: RM150,000 – 1 pemenang
- Kedua: RM50,000 – 1 pemenang
- Ketiga: RM10,000 – 1 pemenang
- Saguharti: RM2,023 – 20 pemenang
Hadiah Cabutan Siri:
- WOW! Gong Xi Ang Pow: RM2,023 – 23 pemenang
- WOW! Syoknya Raya: RM2,023 – 23 pemenang
- WOW! Merdeka: RM2,023 – 23 pemenang
- WOW! Superheroes: RM2,023 – 23 pemenang
- WOW! Y.E.S 2023: RM2,023 – 23 pemenang
Tempoh Promosi Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023
Tempoh kempen adalah seperti berikut:
KATEGORI | CABUTAN | TEMPOH KEMPEN | TEMPOH PENGEKALAN |
Cabutan Siri | WOW! Gong Xi Ang Pow | 1 Jan – 28 Feb 2023 | 1 Mac – 30 April 2023 |
WOW! Syoknya Raya | 1 Mac – 31 Mei 2023 | 1 Jun – 30 Julai 2023 | |
WOW! Merdeka | 1 Jun – 31 Ogos 2023 | 1 September – 31 Oktober 2023 | |
WOW! Superheroes | 1 September – 31 Oktober 2023 | 1 November – 31 Disember 2023 | |
WOW! Y.E.S 2023 | 1 November – 31 Disember 2023 | Tiada | |
Cabutan Tahunan | 1 Januari – 31 Disember 2023 | Tiada |
Nota: Tempoh Pengekalan adalah tempoh di mana pendeposit tidak boleh membuat pengeluaran simpanan semasa tempoh tersebut daripada mana-mana akaun yang didepositkan dalam tempoh kempen untuk melayakkan cabutan.
Soalan Lazim (FAQ) Cabutan Wow SSPN
Adakah permohonan perlu dibuat untuk melayakkan pendeposit menyertai Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2023?
- Tidak perlu kerana kelayakan Cabutan WOW Simpan SSPN Plus 2023 ini adalah automatik bagi pendeposit yang layak.
Bilakah tarikh cabutan akan dibuat?
- Secara tentatifnya, tarikh cabutan adalah 20 hari selepas tamat tempoh setiap cabutan. Walau bagaimanapun, tarikh ini mungkin akan berubah mengikut keperluan dan keadaan semasa.
Bagaimanakah makluman kepada pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2023 akan dibuat?
- Pemenang akan dimaklumkan melalui surat/ emel/ panggilan telefon atau kaedah penyampaian lain yang bersesuaian. Nama-nama pemenang juga akan dipaparkan di laman portal rasmi PTPTN: www.ptptn.gov.my
Artikel Lain : Cara Tambah Deposit Duit Simpanan SSPN