Cara Tambah Deposit Duit Simpan SSPN

Cara Tambah Deposit Duit Simpan SSPN

Duit SSPN

 

Cara menambah deposit duit SSPN-i/SSPN-i Plus melalui online banking, jika dulu kita terpaksa ke kaunter bank untuk menambah deposit SSPN untuk simpanan anak-anak kita, namun tetapi pada hari ini semuanya menjadi mudah dan cepat.

Untuk pendaftaran online e-SSPN anda boleh buat di SINI.

Bagi anda yang tiada masa untuk mengambil nombor dan beratur untuk berurusan di Bank bagi menambah deposit SSPN anak-anak anda, sekarang ini anda boleh membuat penambahan duit deposit SSPN-i/SSPN-i Plus anak-anak anda melalui laman sewangan PTPTN yang baharu.

Pendeposit boleh membuat penambahan deposit terus ke akaun SSPN-i tanpa limit transaksi harian lebih memudahkan.

Bagi penambahan deposit SSPN-i boleh klik button penambahan deposit SSPN-i di bawah, dan selepas selesai transaksi di online, screenshot resit dan lampirkan kepada Pegawai PTPTN melalui whatsapp untuk mendapatkan penyata yang sudah dikemaskini dengan amaun yang baru didepositkan melalui online

Klik link berikut untuk wasup deposit anda: Whatsapp Pegawai PTPTN

Bagi anda yang belum membuka akaun SSPN untuk anak anda sekarang boleh buka akaun SSPN secara online.

Kempen Cabutan Wow! 25 Tahun PTPTPN

kempen ini dengan keseluruhan hadiah bernilai hampir RM1 juta menanti 350 orang pemenang.

Cabutan itu terdiri daripada tiga kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri.

Sebuah kereta Mercedes Benz AMG Line itu merupakan cabutan bertuah bagi kategori Cabutan Tahunan Jubli Perak. Manakala, hadiah kedua pula berupa wang tunai berjumlah RM100,000 serta hadiah ketiga berupa wang tunai bernilai RM50,000.

Hadiah sagu hati berupa motosikal Honda Dash 125 bakal menanti 22 pemenang.

Bagi kategori Cabutan Babyku Simpan, hadiah berupa wang tunai RM250,000 menanti 250 pemenang. Manakala, Hadiah Cabutan Siri berupa wang tunai hampir RM200,000, menanti 75 pemenang.

tempoh promosi bagi Cabutan Tahunan Jubli Perak dan Cabutan Khas Babyku Simpan bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember, manakala bagi Cabutan Siri adalah dari 1 April hingga 31 Disember tahun ini.

Cara Tambah Duit Deposit SSPN-i/SSPN-i Plus

Cara tambah duit deposit SSPN-i/SSPN-i Plus adalah seperti berikut:

Sila masuk ke laman sewangan/website PTPTN >> http://www.ptptn.gov.my/

Sila pilih sama ada ingin menambah duit deposit SSPN-i ataupun SSPN-i Plus

Setelah anda membuat pilihan, pautan seperti ini akan keluar, dan sila pilih penambahan deposit.

sila click “penambahan Deposit” untuk transaksi seterusnya..

anda perlu masukan Nombor SSPN-i atau SSPN-i Plus dan juga amaun(RM) yang ingin didepositkan dan setelah itu sila tekan hantar untuk proses seterusnya

selepas tu, anda perlu masukan butiran bank anda untuk membuat bayaran kepada PTPTN secara Online.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang deposit duit SSPN-i/SSPN-i Plus hubungi:

 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,

Tingkat Bawah, Menara PTPTN,

Blok D, Megan Avenue II,

No.12, Jalan Yap Kwan Seng,

50450 Kuala Lumpur.

 

Careline: 03 – 2193 3000

Faks: 03 – 2193 1263.

 

1 thought on “Cara Tambah Deposit Duit Simpan SSPN”

Leave a Comment