CARA BAYAR SAMAN BLACKLIST JPJ (CARA SELESAIKAN SAMAN )

CARA BAYAR SAMAN BLACKLIST JPJ (CARA SELESAIKAN SAMAN )

CARA BAYAR SAMAN BLACKLIST JPJ (CARA SELESAIKAN SAMAN )

Kalau kena saman blacklist JPJ memang kena selesaikan cepat-cepat. Bukan apa, takut nanti anda tidak dapat renew insurans atau roadtax sebab kesalahan yang lalu. Bila dah lama tak bayar, anda akan dikenakan senarai hitam dalam sistem JPJ.

 

Untuk mengelakkan hal seumpama itu berlaku, jom sama – sama semak cara bayar saman blacklist JPJ dan tengok samada boleh dikompaun ataupun tidak.

 

APA SAMAN BLACKLIST?

 

Selalunya, saman blacklist ni dikeluarkan apbila ada sekatan jalan raya JPJ/PDRM. Antara contoh kesalahan adalah seperti :

  • Tiada lesen memandu/lesen tamat tempoh
  • Roadtax dan insurans tamat tempoh
  • Tidak menggunakan seatbelt / topi keledar

Sekiranya anda ditahan dan dikenakan surat Saman POL.257 atau Saman JPJ(P) 22, cepatlah bertindak untuk membuat pembayaran kerana sekiranya lewat, nama anda akan dikenakan senarai hitam.

 

CARA BAYAR SAMAN BLACKLIST JPJ

 

Berikut pula adalah cara-cara bayar saman untuk panduan anda :

 

  1. Kaunter JPJ
  • Sekiranya anda Apabila anda terkena saman blacklist JPJ, anda perlu hadir bersama pihak yang menuntut ke pejabat JPJ di mana kenderaan tersebut disita. Untuk mendapatkan kembali kenderaan Anda, bawa dokumen berikut:
  1. Salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.
  2. Saman JPJ (P) 22 dan laporan PG2 harus diserahkan bersamaan bagi saman yang ada notis PG1.
    • Setelah itu, buat bayaran secara tunai atau melalui penghantaran pos/bank berdaftar setelah kadar kompaun diketahui. Anda pun dapat membayar saman melalui talian atau e-services. Tiada rayuan dibenarkan untuk memohon pengurangan kadar kompaun. Dalam setiap kes, JPJ telah menetapkan kadar kompaun yang berpatutan.

 

  1. MyEG
  • Layari laman web MyEG di https://www.myeg.com.my/.
  • Kemudian daftar akaun untuk mengakses perkhidmatan, bagi pengguna yang sudah memiliki akaun, sila login dengan butiran yang telah berdaftar sebelumnya.
  • Masuk ke e-Services, pilih saman yang akan anda semak, samada PDRM, JPJ, atau AES.
  • Masukkan butiran yang diperlukan dan teruskan ke pembayaran online, apabila anda ingin langsung membuat pembayaran.

 

  1. Portal RILEK
    • Layari http://www.rilek.com.my/.
    • Kemudian daftar sebagai pengguna jika anda ialah pengguna baharu.
    • Log masuk dengan nama dan kata laluan yang telah didaftarkan.
    • Klik menu search by dan pilih semak untuk menyemak saman JPJ atau PDRM.
    • Masukkan butiran maklumat dan klik next.
    • Portal akan memberikan maklumat saman dan menyediakan pembayaran online melalui perbankan internet seperti RHB, Public Bank, CIMB Clicks, dan sebagainya.

 

Anda juga boleh menyemak dan membayar saman PDRM melalui MYBAYAR SAMAN. Klik untuk maklumat lanjut.

 

SOALAN LAZIM

 

Boleh ke renew roadtax jika ada saman blacklist?

Ya, anda tidak boleh memperbaharui roadtax dan insurans sekiranya nama anda telah disenarai hitam.

 

Berapakah jumlah kompaun yang dikenakan jika saman blacklist?

Sebagai contoh, sekiranya anda tidak memakai tali pinggan keselamatan, boleh dikenakan kompaun RM300.

 

Saya terkena saman speedtrap/AES. Adakah akan diblacklist?

Saman speedtrap/AES tidak dikenakan blacklist, tetapi anda boleh dikenakan saman tertunggak di bawah Seksyen 53 APK 1987 sekiranya didapati mempunyai saman-saman tertunggak.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

 

Sekiranya anda mempunyai maklumat lanjut dan pertanyaan sila layari portal rasmi JPJ di https://www.jpj.gov.my atau hubungi mereka ditalian 03-8000 8000. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

 

 

 

 

 

 

 

5 thoughts on “CARA BAYAR SAMAN BLACKLIST JPJ (CARA SELESAIKAN SAMAN )”

  1. Selamat tengah malam tuan,saya mau bertanya, bagaimana kalau saya lesen di senarai hitam,, berapa kos bayaran,tuan,.sebab saya mau buat lesen..tq

    Balas
  2. Assalamualaikum tuan.. Nama saya blacklist disebabkan gagal hadir untuk pemeriksaan jpj kerana cermin gelap.. Masalahnya sekarang kereta bukan kereta saya dan saya dah lost contact dengan owner kereta 2…saya nak hidupkan roadtx kereta xboleh.. Apa perlu saya buat ya

    Balas

Leave a Comment