Cara View dan Download Bank Statement Maybank2u (Penyata Kewangan)

Cara View dan Download Bank Statement Maybank2u (Penyata Kewangan)

Cara View dan Download Bank Statement Maybank2u

Bagi yang sering berurusan dengan pihak bank, pastinya kita memerlukan penyata kewangan sebagai rujukan pada masa hadapan. Pihak bank sebelum ini turut menghantar penyata bank secara berkala ke alamat rumah pelanggan.

Namun, dengan adanya teknologi yang maju pada hari ini telah membolehkan pelanggan mendapatkan penyata bank secara dalam talian yang lebih cepat dan menjimatkan masa. Pelanggan juga tidak perlu hadir ke cawangan bank semata – mata untuk mendapatkan penyata bank Maybank. Anda kini boleh download bank statement Maybank2u dengan mudah dan pantas.

Cara Download Bank Statement Maybank2u Di Website

  1. Layari laman web rasmi Maybank
  2. Log masuk ke akaun menggunakan username dan pastikan Security Phrase yang dipaparkan adalah milik anda, kemudian tekan butang Yes
  3. Masukkan kata laluan dan tekan butang Login
  4. Skrin akan memaparkan maklumat akaun anda dan klik pada tab Saving Account
  5. Klik butang VIEW STATEMENTS pada bahagian bawah

Download Bank Statement Maybank2u

  1. Pilih dan klik pada tarikh penyata bank yang diperlukan (terletak di bahagian atas menu)
  2. Skrin akan memaparkan penyata bank untuk tempoh tiga bulan
  3. Klik ikon anak panah ke bawah yang terletak di bahagian untuk memuat turun penyata bank tersebut

Download Bank Statement Maybank2u

  1. Penyata bank tersebut akan dimuat turun dan anda boleh mencetaknya kemudian untuk disimpan sebagai rujukan pada masa hadapan

 

Cara Download BankStatement Maybank2u Guna Email

Maybank mengeluarkan penyata bank untuk tiga bulan terkini dalam setahun iaitu pada penghujung suku tahunan. Ia dikeluarkan pada bulan Mac, Jun, September dan juga Disember. Sebagai pelanggan Maybank, anda boleh tetapkan akaun Maybank2u untuk menerima penyata bank secara berkala melalui emel. Caranya adalah seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi Maybank di https://www.maybank2u.com.my
  2. Log masuk ke akaun menggunakan username dan pastikan Security Phrase yang dipaparkan adalah milik anda, kemudian tekan butang Yes
  3. Masukkan kata laluan dan tekan butang Login
  4. Klik butang Settings di bahagian atas
  5. Kemudian, klik pada tab Account
  6. Pada Email Statement Delivery, klik butang Add Email
  7. Pilih jenis akaun bank anda dan pada ruangan Email Distribution, masukkan alamat emel anda
  8. Klik pada butang I would like to create my own password
  9. Masukkan kata laluan untuk emel penyata bank anda
  10. Sahkan kata laluan yang telah dimasukkan dan tekan butangSAVE
  11. Tekan butang CONFIRMuntuk meneruskan transaksi
  • Skrin akan memaparkan nota Email is successful added sekiranya telah berjaya mendaftarkan alamat emel untuk penyata bank anda
  • Anda akan menerima penyata bank melalui emel yang dihantar melalui emel rasmi [email protected]
  • Sekiranya anda menerima penyata bank dari pihak Maybank, anda perlu memasukkan kata laluan yang telah didaftarkan untuk membuka lampiran penyata bank yang dihantar
  • Kemudian, anda boleh mencetak atau menyimpan lampiran penyata bank tersebut ke dalam komputer peribadi atau telefon pintar sebagai rujukan masa hadapan

Semoga dengan perkongsian cara Download Bank Statement Maybank2u ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain :Cara Bayar Bil Guna Maybank2u

Leave a Comment