CARA BUAT SLIDE PEMBENTANGAN (Menarik Cantik Mudah)

CARA BUAT SLIDE PEMBENTANGAN (Menarik Cantik Mudah)

CARA BUAT SLIDE

 

Kepada anda yang ingin membuat pembentangan, seharusnya akan mencipta satu slide supaya memudahkan anda semasa sesi pembentangan nanti. Bagi membuat slide anda menarik, semestinya anda akan mencari aplikasi yang bersesuaian. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara buat slide pembentangan yang menarik dan mudah secara online, semoga membantu.

 

WEBSITE BUAT SLIDE ONLINE

Berikut adalah merupakan antara website yang sellau digunakan untuk membuat slide secara online iaitu:

  1. slides.com
    • Slaid Google dan templat PowerPoint percuma untuk meningkatkan persembahan anda
  2. canva.com
    • Canva ialah sebuah tool untuk reka bentuk, grafik dan sebagainya

 

CARA BUAT SLIDE GUNA SLIDESGO.COM

Berikut adalah cara menggunakan web ini untuk membuat slide anda supaya cepat dan nampak menarik:

  1. Layari pautan slidesgo.com
  2. Pilih template yang anda ingin mengikut kategori pilihan anda iaitu:
    1. Popular
    2. Education
    3. Business
    4. Marketing
    5. Medical
    6. Multipurpose
  3. Pilih dan Muat Turun, Download a power point template Seterusnya buka file yang telah dimuat turun Tadi
  4. Kemudian akan keluar template power point macam biasa dan anda boleh gunakannya untuk memasukkan maklumat pembentangan anda mengikut tulisan yang anda inginkan. Anda juga dapat tambah gambar yang diperlukan berkaitan pembentangan.

NOTA: Anda dicadangkan untuk menggunakan komputer atau laptop sesama muat turun slide yang diinginkan

 

CARA BUAT SLIDE GUNA CANVA.COM

Berikut adalah cara menggunakan web ini untuk membuat slide anda supaya cepat dan nampak menarik:

  1. Layari pautan https://www.canva.com/
  2. Pada paparan utama, klik pada menu Presentation untuk mencipta slide baharu.
  3. Seterusnya pilih mana-mana rekaan template yang menjadi pilihan anda lalu klik padanya dan masukkan kandungan topik yang ingin dibentangkan secara terperinci.
  4. Pada bahagian Share, anda boleh kongsikan pautan slide tersebut kepada ahli yang terlibat untuk membuat suntingan secara langsung menerusinya. Setiap suntingan yang dibuat akan disimpan secara automatik dan anda juga boleh meninggalkan nota untuk dilihat sewaktu sesi pembentangan.
  5. Slide yang sudah siap itu kemudiannya boleh diakses secara terus di laman Canva mahupun dimuat turun sekiranya diperlukan.

 

NOTA: Antara kelebihan membuat slide menerusi Canva sudah pastilah akses kepada sejumlah rekaan template profesional yang dikemas kini dari semasa ke semasa. Malah, terdapat pelbagai jenis slide yang ditawarkan seperti permainan bagi menambah pengalaman interaktif sewaktu dibentangkan.

 

ARTIKEL LAIN

CARA GUNA CANVA (Edit Poster Flyers Logo Thumbnail Iklan Sepanduk Gambar)

 

Leave a Comment