MyEduloan Login:Semakan Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA

MyEduloan Login:Semakan Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA

MyEduloan Login

MyEduloan, singkatan untuk Sistem Pengurusan Pinjaman Pendidikan MARA, ialah portal dalam talian yang dibangunkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memudahkan pengurusan permohonan pinjaman pelajaran yang ditawarkan oleh mereka.

Secara ringkasnya, MyEduloan berperanan sebagai pusat tunggal untuk permohonan pinjaman dan semakan status permohonan yang telah dibuat.

Penggunaan portal ini selaras dengan kemajuan teknologi, membolehkan akses dan pelaksanaan proses secara mudah melalui peranti pintar.

MARA akan mengumumkan dari semasa ke semasa mengenai program pinjaman yang tersedia.

Kadar pinjaman pendidikan MARA ditentukan berdasarkan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun jumlah pinjaman atau bantuan bergantung kepada peruntukan kewangan MARA.

Bagi pemohon baru, langkah-langkah pendaftaran akaun MyEduloan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman MyEduloan di https://educationloan.mara.gov.my/.
  2. Klik pada butang “Daftar Sekarang!”
  3. Isi maklumat pemohon yang diminta.
  4. Semak emel yang didaftarkan untuk mendapatkan kod pengesahan emel.
  5. Lengkapkan pengesahan emel mengikut panduan yang diberikan.

Penting: Sekiranya terdapat masalah dengan pengesahan emel, hubungi [email protected] untuk bantuan.

Untuk log masuk:

Setelah berjaya mendaftar, log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Setelah log masuk, paparan Permohonan Online akan muncul sebelum membuat permohonan.

Proses membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. MARA akan mengumumkan pinjaman atau bantuan pelajaran yang dibuka untuk permohonan.
  2. Pemohon hanya boleh memohon satu program pada satu-satu masa. Teliti syarat-syarat untuk setiap program yang dibuka.
  3. Pilih program yang diminati dengan mengklik butang “Klik Di Sini.”
  4. Isi butiran permohonan seperti yang diminta.

Panduan pengguna MyEduloan boleh dirujuk https://educationloan.mara.gov.my/

 

Artikel Lain

eBaki MARA(Login Semakan Baki Pinjaman MARA Online)

1 thought on “MyEduloan Login:Semakan Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA”

Leave a Comment