CARA BUAT TIKTOK ADS (Setup Iklan Ke WhatsApp & Web)

CARA BUAT TIKTOK ADS (Setup Iklan Ke WhatsApp & Web)

CARA BUAT TIKTOK ADS

Aplikasi tiktok kini sangat meluas penggunaannya tidak kira mengikut peringkat usia. Ini kerana terdapat kelebihan tersendiri melalui aplikasi ini. Kepada peniaga yang menggunakan tiktok semestinya ingin iklankan akaun tiktok anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk buat tiktok ads bagi setup iklan ke Whatsapp dan web, semoga membantu.

 

APA ITU TIKTOKS ADS

TikTok Ads ialah alat yang disediakan oleh TikTok supaya pengguna TikTok boleh mengiklankan video mereka ke julat yang lebih luas. Sama seperti alat Iklan dari media sosial lain, Iklan TikTok berguna untuk menjadikan jangkauan video lebih luas supaya ia boleh mendapat lebih banyak tontonan. Malah untuk jenama, Iklan TikTok boleh digunakan untuk mempromosikan produk mereka. Iklan TikTok boleh disusun mengikut keutamaan, umur, lokasi, dan juga jantina supaya iklan yang masuk akan lebih disasarkan.

 

JENIS IKLAN TIKTOK ADS

Berikut adalah merupakan antara jenis iklan:

  1. Brand takeover
    • Iklan yang akan muncul apabila pengguna atau pengguna baru sahaja membuka aplikasi TikTok. Kemunculan iklan jenama pengambilalihan ini akan muncul dalam skrin penuh dengan tempoh 3 hingga 5 minit.
  2. Hashtag challenge
    • iklan TikTok yang akan muncul pada halaman penemuan dan bukannya halaman utama. Jika anda memilih jenis iklan ini, iklan akan muncul di kedudukan teratas jadi jika pengguna mencari dengan hashtag pada halaman penemuan, iklan tersebut akan dipaparkan.
  3. In-feed video
    • Iklan yang akan muncul dalam FYP pengguna atau selepas menatal beberapa kali. Kandungan iklan jenis ini juga akan muncul bercampur dengan kandungan TikTok lain yang muncul pada halaman FYP pengguna.
  4. Top view
    • Iklan yang boleh dilihat oleh pengguna atau pengguna di bahagian atas suapan akaun mereka. Pengiklanan jenis ini di TikTok sangat bermanfaat untuk pengiklan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran jenama produk di mata pengguna atau pengguna.
  5. Branded augmented reality (AR)
    • Pengiklan mencipta pelekat atau penapis. Jika pelekat dan penapis digunakan secara meluas oleh pengguna atau pengguna, maka kesedaran jenama akan meningkat.

 

CARA BUAT TIKTOK ADS

Berikut adalah merupakan cara untuk mengiklankan jenama, anda mesti menggunakan Pengurus TikTok iaitu:

  1. Pilih objektif yang dikehendaki
    • Untuk bermula, jangan lupa log masuk ke Pengurus TikTok dan klik butang “Kempen”.
    • Di dalam butang ini, anda akan menemui pilihan objektif yang diingini, seperti capaian, trafik, pemasangan apl, tontonan video, penjanaan petunjuk, penukaran, jualan katalog.
  2. Namakan kempen dan tetapkan belanjawan
    • Berikan nama kempen yang dikehendaki dengan maksimum 512 aksara.
    • Jika pengguna tidak mempunyai had belanjawan, mereka boleh memilih “Tiada Had” dalam tetapan.
    • Jika terdapat belanjawan yang anda ingin tetapkan, pengguna boleh menetapkan belanjawan harian untuk tempoh yang dikehendaki.
  3. Namakan kumpulan iklan dan peletakan
    • Setiap kempen mempunyai 1-999 kumpulan iklan dan boleh dinamakan sebanyak 512 aksara. Peletakan iklan juga boleh diatur mengikut apa yang anda mahukan.
  4. Tetapkan sasaran penonton
    • Untuk menjadikan iklan diterima dalam sasaran yang sesuai, tetapkan khalayak sasaran yang dikehendaki. Pengguna boleh menetapkan jantina, umur, lokasi, bahasa, tabiat, gajet yang digunakan.

 

CARA BUAT SETTING ASAS TIKTOK ADS

Untuk setting pengiklanan anda, berikut adalah murpakan caranya:

  1. Layari pautan ads.tiktok.com dan klik Cipta Sekarang.
  2. Isikan segala maklumat untuk pendaftaran dan klik daftar. (lebih disyorkankepada syarikat yang betul sama ada Enterprise atau Sdn Bhd)
  3. Masukkan email dan password. Anda boleh gunakan akaun TikTok yang sudah ada kalau anda mahu.
  4. Sekarang kita akan create pixel untuk mendapatkan tracking yang lebih tepat. Pergi Assets dan klik Events.
  5. Pilih Web Events dan klik Manage.
  6. Klik Set Up Web Events untuk memulakan proses installation.
  7. Berikan nama pixel dan pilih Connection Method. Saya menggunakan TikTok pixel.
  8. Kalau anda menggunakan wordpress atau onpay, pilih Manually Install Pixel Code. Kalau anda menggunakan shopify, boleh pilih pilihan automatik.
  9. Kemudian pilih Event builder dan klik Next.
  10. Ini langkah penting. Salin (copy) code ini. Tinggalkan tab TikTok ini sekejap. Buka tab baru dan buka website wordpress anda.
  11. Anda perlu memasukkan kod tadi ke ruang header di website. Sekiranya anda tidak tahu macam mana nak masukkan kod ini, gunakan plugin.
  12. Masukkan kod tadi di ruangan Any Device Type dan klik save. Selepas itu kembali ke TikTok Ads Manager.
  13. . Skroll down ke bawah dan klik Enable Automatic Advanced Matching. Kemudian klik next.
  14. Pilih Enter URL Keywords.
  15. Sekarang anda kena masukkan kata kunci URL yang membolehkan TikTok kesan apa yang berlaku di website anda. Contohnya untuk event Add To Cart, TikTok dapat kesan event ini berlaku apabila ada perkataan “checkout”.
  16. Untuk event purchase, kata kuncinya adalah “order-received”.
  17. Kata kunci “checkout” dan “order-received” adalah default setting untuk pengguna WooCommerce. Kalau anda tak pasti website anda macam mana, senang saja. Cuba lakukan test purchase di website anda dan salin URL dari checkout hingga ke purchase.
  18. Klik menu Campaign dan pilih Create, Kemudian pilih Custom Mode
  19. Anda akan paparan mirip Facebook Ads. Pilih objektif anda. Saya menggunakan website conversion.
  20. Beri nama kempen anda. Kemudian klik continue.
  21. Berikan nama Ad Group. Pilih pixel tadi dan pilih event optimization. Saya menggunakan Complete Payment. Kalau anda baru pertama kali guna pixel ini, boleh juga gunakan Add To Cart.
  22. Untuk placement, pastikan anda pilih TikTok sahaja.
  23. Kalau anda mempunyai banyak video dan mahu TikTok tentukan video mana yang kena dengan selera audience, tandakan option ini. Recommended: Tandakan option ini. Biarkan TikTok optimized dahulu.
  24. Untuk target demografi, anda juga ada 2 pilihan. Sama ada anda tentukan sendiri atau TikTok cari.
  25. Masukkan budget anda. Saya biasanya akan mulakan dengan budget awal antara RM30-50/day.
  26. Di bahagian ini anda ada beberapa pilihan. Biasanya antara conversion dan value. Tapi kalau anda baru mula, biasanya hanya pilihan conversion yang aktif.
  27. Upload atau pilih video iklan anda. Kemudian masukkan copywriting simple.
  28. Masukkan URL landing page website anda dan pastikan pixel yang betul dipilih. Kemudian klik submit. Done

 

CARA OPTIMUNKAN IKLAN TIKTOK

Terdapat dua pilihan untuk targeting iaitu:

  • Automatic Targeting
  • Custom Targeting

 

CARA GUNA TIKTOK CREATIVE CENTRE

Untuk menjadikan iklan-iklan anda yang perform based on objectives, berikut adlaah caranya:

  1. Layari website TikTok Creative Centre.
  2. Skroll down ke bawah. Cari bahagian ads. Kemudian klik view more.
  3. Di sini ada banyak pilihan untuk anda buat carian.
  4. Biasanya akan pilih Objective = Conversion, Duration = Last 30days.
  5. Kalau anda ingin go deep lagi, klik saja pada iklan yang anda ingin tahu.
  6. TikTok berikan macam-macam data untuk anda.

 

CARA BOOSTER TIKTOK ADS (Copywriting Hacks)

copywriting boleh jadi pemangkin (booster) kepada klik. Ini adalah senarai perkataan copywriting yang berpotensi membantu kadar klik iklan anda yang kebanyakkan fokus pada tawaran iaitu:

  • COD
  • Barang sampai baru bayar
  • Free shipping
  • Diskaun X%
  • Jimat RM X
  • Buy 1 get one/two/three…

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT DUIT DENGAN TIKTOK (Berapa Dapat Gaji Bulanan)

Leave a Comment