PERMOHONAN SEBAGAI PEMERHATI PILIHANRAYA PRU-15 SPR

PERMOHONAN SEBAGAI PEMERHATI PILIHANRAYA PRU-15 SPR

PEMERHATI PILIHANRAYA SPR

Kepada individu atau mana-mana pihak yang ingin membuat permohonan pemerhati pilihanraya pada PRU ke-15, kini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuka permohonan tersebut. Disini kami akan kongsikan cara permohonan pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, semoga membantu.

 

APA ITU PEMERHATI PILIHANRAYA PRU15 SPR

Pemerhati pilihanraya dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses pilihan raya seperti proses penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi dan pengiraan undi, penjumlahan undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya.

 

TUJUAN PEMERHATI PILIHANRAYA PRU15 SPR

  • Berikut adalah merupakan antara tujuan pemerhati ini:
  • Membina keyakinan awam terhadap ketelusan dan integriti penjalanan pilihan raya yang dilaksanakan oleh SPR;
  • Membina kepercayaan dalam proses demokrasi;
  • Menghalang dari berlakunya manipulasi dan penipuan melalui pemerhatian pihak ketiga yang tidak memihak kepada mana-mana pihak dengan melakukan semak dan imbang; dan
  • Membawa penambahbaikan kepada proses pilihan raya berdasarkan laporan dan cadangan dari pemerhati.

 

SIAPA YANG BOLEH JADI PERMERHATI PILIHANRAYA PRU15 SPR

Golongan pemerhati dibuka kepada:

  • Agensi Kerajaan;
  • Organisasi NGO / CSO berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (terhad kepada syarikat yang tidak berorientasikan keuntungan);
  • Berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

 

TARIKH PERMOHONAN PEMERHATI PILIHANRAYA PRU15 SPR

Permohonan mula dibuka pada hari ini 11 Oktober 2022 dan ditutup pada 21 Oktober 2022

 

SYARAT KELAYAKAN PEMERHATI PILIHANRAYA PRU15 SPR

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
  2. Tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah;
  3. Tidak bankrap;
  4. Tidak memegang jawatan dalam mana-mana parti politik;
  5. Dapat bekerjasama dan mengamalkan sikap berkecuali;
  6. WAJIB menghadiri latihan yang disediakan; dan
  7. Membuat pemerhatian dalam satu Parlimen SAHAJA iaitu di dalam bahagian pilihan raya parlimen yang didaftarkan. Sebagai contoh individu yang berdaftar sebagai pemilih di P.102 Bangi hanya boleh menjadi pemerhati di bahagian pilihan raya P.102 Bangi SAHAJA.

 

CARA SEMAK BAHAGIAN PILIHANRAYA (Tempat Mengundi)

Anda boleh emmbuat semakan bahagian pilihanraya anda seperti berikut:

  • Layari pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/
  • Masukkan No kad pengenalan anda dan kod Catcha yang tertera, kemudian klik semak
  • Paparan akan menunjukan lokasi bahagian pilihanraya anda

 

SKOP TUGAS PEMERHATI PILIHANRAYA PRU15 SPR

Berikut adalah merupakan antara skop tugas sebagai pemerhati iaitu:

  • Proses Penamaan Calon;
  • Proses Pengeluaran Kertas Undi Pos;
  • Kempen Pilihan Raya;
  • Proses Undi Awal;
  • Proses Semakan Isi Peti Undi Biasa;
  • Proses Pengundian Biasa;
  • Proses Pengiraan Undi Awal;
  • Proses Pengiraan Undi Pos;
  • Proses Pengiraan Undi; dan
  • Proses Penjumlahan Rasmi Undi.

Nota:  Tiada ganjaran kewangan akan diberikan. Latihan dan taklimat disediakan kepada pemerhati yang dilantik

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan antara dokumen yang diperlukan sebagai pemerhati iaitu:

  1. Muat turun borang seperti berikut:
  2. Salinan sijil pendaftaran SSM/ROS
  3. Laporan aktiviti
  4. Profil pertubuhan
  5. Perlembagaan pertubuhan (berdaftar di bawah ROS)
  6. Surat permohonan
  7. Maklumat penyandang jawatan-jawatan utama dalam organisasi

Nota : Pengecualian dokumen 1,2,3 dan 4 kepada agensi kerajaan yang menyertai program ini.

 

CARA PERMOHONAN SEBAGAI PEMERHATI PILIHANRAYA PRU15 SPR

Sekiranya anda berminat memohon sebagai pemerhati, berikut adalah merupakan cara permohonannnya:

  1. Muat turun borang yang diperlukan
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada borang tersebut dengan lengkap dan tepat
  3. Emelkan semua dokumen yang telah lengkap di isi kepada [email protected]
  4. Pemohon perlu memastikan setiap emel yang dihantar mengandungi saiz dokumen tidak melebihi 10 MB.

NOTA : Sebarang permohonan yang diterima lewat selepas tarikh tutup permohonan tidak akan diproses.

 

ARTIKEL LAIN

BINGKAS 2022 (Login Semakan Status Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor )

Leave a Comment