Cara Daftar STPM Online 2024(Calon Sekolah Swasta & Persendirian)

Cara Daftar STPM Online 2024(Calon Sekolah Swasta & Persendirian)

Cara Daftar STPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pendaftaran bagi pelajar sekolah swasta dan persendirian yang ingin mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2023. Pendaftaran STPM 2023 bagi SEMUA JENIS CALON boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kami akan membantu anda dengan menyediakan panduan yang ringkas dan mudah berkenaan cara daftar STPM secara online, semoga membantu.

 

Apa Itu STPM

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau ringkasnya STPM adalah merupakan peperiksaan prauniversiti yang diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa terutamanya Universiti di negara-negara Komanwel dan Amerika Syarikat. STPM juga dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia yang juga menyediakan Malaysian University English Test

 

Tarikh Pendaftaran STPM Online

Calon boleh daftar STPM secara online bagi tahun 2023 secara online sepanjang tempoh pendaftaran berlansung pada :

  • Tarikh Buka : 3 Januari 2023 (Selasa)
  • Tarikh Tutup : 24 Januari 2023 (Selasa)

 

Cara Daftar STPM Online

Berikut adalah merupakancara daftar STPM tahun 2023 secara online bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta serta persendirian iaitu:

  1. Layari laman web https://daftarstpm.mpm.edu.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Pendaftaran SPM.’
  3. Pilih jenis pengenalan diri dan masukkan no kad pengenalan.
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  5. Muat naik maklumat peperiksaan.
  6. Klik butang ‘Hantar Pendaftaran.’

 

Syarat Kelayakan Untuk Menduduki Peperiksaan STPM

Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut, termasuk lulus Bahasa Melayu* dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

  • Sijil Pelajaran Malaysia tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya
  • Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)
  • Malaysia Certificate of Education
  • Federation of Malaya Certificate of Education
  • Cambridge School Certificate
  • GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)
  • Mendapat keputusan:
    • Sekurang-kurangnya gred C bagi tiga mata pelajaran.
    • Sekurang-kurangnya gred C bagi dua matapelajaran dan lulus empat mata pelajaran.

 

Kadar Bayaran Peperiksaan STPM

  • ○ Bayaran asas : RM120.00
  • ○ Bayaran setiap mata pelajaran : RM90.00
  • ○ Caj mengulang peperiksaan bertulis per kertas : RM50.00

Nota :

  • Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan (calon jenis 1, 7, dan 8) dikecualikan daripada membayar yuran peperiksaan (Bayaran asas dan bayaran setiap mata pelajaran).
  • Bagi calon sekolah swasta (calon jenis 2) dan calon persendirian individu (calon jenis 3), bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet.

 

Kurikulum Mata Pelajaran STPM

Berikut adalah merupakan antara mata pelajaran yang ditawarkan iaitu:

KodMata Pelajaran
900Pengajian Am
910Bahasa Melayu
911Bahasa Cina
912Bahasa Tamil
913Bahasa Arab
920Literature in English
922Kesusasteraan Melayu Komunikatif
930Syariah
931Usuluddin
940Sejarah
942Geografi
944Ekonomi
946Pengajian Perniagaan
948Perakaunan
950Mathematics (M)
954Mathematics (T)
958Information and Communications Technology (ICT)
960Physics
962Chemistry
964Biology
966Sains Sukan
970Seni Visual
932Tahfiz Al-Quran

NOTA: Hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.

 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran STPM tahun 2023, sila emel ke [email protected]

Semoga perkongsian cara daftar STPM secara online ini dapat membantu urusan anda.

Artikel Lain : Rayuan Ke Tingkatan 6

Leave a Comment