Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 (public.moe.gov.my)
Adalah dimaklumkan bahawa keputusan penempatan tahun 1 bagi sesi 2022/2023 telah diumunkan. Anda boleh mula membuat semakan berkenaan penempatan dan pendaftaran anak anda.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara membuat semakan penempatan Tahun 1 tersebut.
Cara Semak Penempatan Tahun 1 Sesi 2022 / 2023
Proses pengesahan dan semakan penempatan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:
Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.
- Layari laman web : public.moe.gov.my atau sini
- Tekan butang Log masuk
- Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
- Setelah itu, pilih Semakan Penempatan
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Tarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1
- Tarikh surat keputusan penempatan : 1 Ogos 2022
- Tempoh rayuan : 1 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022
- Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 31 Ogos 2022
- Tarikh keputusan rayuan : 1 Oktober 2022
NOTA:
- Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.
- Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.
Panduan Ibu-Bapa Bagi Semakan Pendaftaran Tahun 1
Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.
PERAKUAN PENEMPATAN
- Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
- Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
- Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
Cara Permohonan Rayuan Pendaftaran
Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi penempatan yang diterima, sila rujuk panduan di bawah:
- Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
- Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
- Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
- Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
TINDAKAN SEKOLAH
- MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
- Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
- Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan proses kerja tersebut.
Syarat Login Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023
- Murid Tahun 1 Sesi 2022 : Lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016
- Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
Dokumen Yang Diperlukan
- Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
- Sijil Lahir murid
- Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
- Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
- Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
- Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
Tarikh Permohonan
- Tarikh Mula Pendaftaran Murid Tahun 1 : 1 Mac 2021
- Tarikh Tutup Pendaftaran Murid Tahun 1: 30 April 2021
- Tarikh Rayuan Pendaftaran Murid Tahun 1: 1 Ogos – 31 Ogos 2021
- Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2021
Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023
Cara pendaftaran adalah seperti berikut:
- Pergi portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
- Klik Pengguna Baru
- Tekan Daftar Pengguna
- Klik Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Maklumat Lanjut Tentang Login Pendaftaran Murid Tahun 1
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Login Pendaftaran Murid Tahun 1 & penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.
Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut: public.moe.gov.my
Artikel Lain : Cara Daftar Murid Tahun 1 2022/2023