Cara Daftar Tahun 1 Sesi 2024/2025 KPM Online (Register public.moe.gov.my)
Murid warganegara dan bukan warganegara yang layak, yang genap berumur enam tahun pada tahun semasa persekolahan layak memohon ke Tahun 1. Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada sesi 2024/2025, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online. Kami akan membantu anda dengan berkongsi cara daftar tahun 1 yang mudah dan ringkas.
Kelayakan Daftar Tahun 1
Berikut adalah kelayakan untuk daftar tahun 1 :
- Kana-kanak Warganegara Malaysia sahaja
- Kemasukan Tahun 2024: Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2017 hingga 01.01.2018
- Kemasukan Tahun 2025: Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2018 hingga 01.01.2019
Cara Daftar Tahun 1
Cara daftar ke Tahun 1 ada 2 mod, iaitu:
- Secara atas talian (online) melalui portal: https://public.moe.gov.my/
- Secara manual – pendaftaran di sekolah.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara membuat permohonan pendaftaran Tahun 1 secara online bagi sesi 2024/ 2025 yang akan dibuka mulai (akan dikemaskini kemudian).
Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2024/2025
Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan sesi tahun 2023/2024, semakan penempatan boleh dibuat mulai (akan dikemaskini kemudian)
PENGESAHAN PENEMPATAN boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau dalam talian di pautan https://public.moe.gov.my/
Tarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1
- Tarikh surat keputusan penempatan : (akan dikemaskini kemudian)
- Tempoh rayuan : (akan dikemaskini kemudian)
- Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : (akan dikemaskini kemudian)
- Tarikh keputusan rayuan : (akan dikemaskini kemudian)
NOTA:
- Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.
- Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.
Tarikh Daftar Murid Tahun 1 Online
Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2022 dan 2023 secara online melalui laman web SPS KPM boleh dilakukan mulai (akan dikemaskini kemudian)
Pendaftaran manual perlu dirujuk pada pihak sekolah.
Dokumen Yang Diperlukan
- Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
- Sijil Lahir murid
- Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
- Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
- Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
- Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
Cara Daftar Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 KPM Online
KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.
Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri.
Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.
Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.
- Layari laman web https://public.moe.gov.my/
- Tekan butang Pengguna Baru
- Sila Daftar Pengguna dan tekan Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan (seperti dalam rajah di bawah)
- Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1
- Setelah itu, pilih Permohonan Baharu
- Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan
- Sila isikan:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk makluman, jika pengguna membuat pilihan ‘YA’ pada ruangan Status OKU pada MAKLUMAT MURID, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam Maklumat Permohonan. Jika tidak, pilihan jenis sekolah tersebut tidak akan wujud.
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
*Rujuk & muat turun Manual Pengguna Pendaftaran Tahun 1 KPM.
Terlupa Kata Laluan
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
- Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
- Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
- Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)
Maklumat Lanjut
Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna(ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui pautan INI.
https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi
ARTIKEL LAIN
ePrasekolah KPM : Cara Daftar Prasekolah 2024/2025 Online