CARA SEMBUNYIKAN GAMBAR (Hide Photo Di iPhone & iPad)

CARA SEMBUNYIKAN GAMBAR (Hide Photo Di iPhone & iPad)

CARA SEMBUNYIKAN GAMBAR

Pengguna produk Apple semestinya mementingak isu “Privacy”. Dengan kemaskini terbaru, pengguna iphone dan ipad boleh sembunyikan gambar yang terdapat dalam galeri peranti anda tersebut. Kini anda tidak lagi perlu risau jika ada orang lain yang cuba-cuba melihat gambar tertentu dalam peranti anda.

Kami akan kongsikan panduan cara hide gambar photo di dalam peranti Apple anda.

 

Info Penting

Jika peranti anda masih belum dikemaskini dan tidak menerima sebarang notifikasi, anda boleh kemaskini  secara manual. OS 15 boleh dipasang sehingga iPhone 6s, iPhone SE gen-1 dan iPod 7 gen-7. iPadOS 15 pula boleh dipasang sehingga iPad Pro gen-1, iPad Air gen-2 dan iPad gen-5.

Artikel Lain : Cara kecilkan Saiz Gambar PDF/JPEG/PNG

Cara Hide Gambar/Photo

Berikut adalah cara hide gambar atau photo di dalam peranti anda:

Dengan menggunakan ciri Hide pada iPhone atau iPad, anda boleh sembunyikan foto dengan mudah. Berikut merupakan caranya:

  1. Buka Photos
  2. Pilih gambar yang anda ingin sembunyikan
  3. Sebagai alternatif, anda boleh tekan selectpada bahagian atas dan pilih beberapa gambar yang anda mahu
  4. Tekan butang sharedi bawah kiri dan pilih Hide
  5. Tekan Hide Photo

cara hide gambar photo

 

Gambar yang anda pilih tadi tidak akan dipaparkan dalam Camera Roll lagi, tetapi anda boleh aksesnya dengan mudah dengan melalui fail Hidden. Buka sahaja Photos, kemudian scroll ke bawah dan anda akan jumpa fail bernama Hidden di bawah Utilities.

cara hide gambar photo

 

Jika anda bimbang orang lain terjumpa album Hidden anda, Apple juga membolehkan anda sembunyikan album Hidden itu. Untuk lakukannya, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Buka tetapan
  2. Pilih Photos
  3. Scrollke bawah dan matikan pilihan Hidden Album

aa

Apabila anda sudah sembunyikan album Hidden, ia tidak akan terlihat lagi di bawah Utilities. Untuk kembalikan semula album Hidden, langkahnya sama seperti matikan fail ini tadi. Anda perlu ke tetapan semula, pilih Photos, scroll ke bawah dan hidupkan pilihan Hidden Album.

 

Cara Hide Gambar/Photo Menggunakan Aplikasi Note 

Berikut adalah cara mudah untuk hide gambar/photo menggunakan Note:

  • Buka aplikasi “photos”pada iPhone anda.
  • Cari gambar yang anda ingin sembunyikan.
  • Klik ikon “share” di sudut kiri bawah.
  • Pilih “Hide”
  • Klik “Hide Photo”
  • Jika anda ingin melihat kembali gambar yang disembunyikan, cari album “hidden”

Tetapi, ianya tentu tidak cukup privacy kan? Sebab masih dapat dilihat jika seseorang itu membuka album tersebut.Jadi, sekarang ini saya akan memberitahu anda satu rahsia supaya gambar tersebut tidak dapat dilihat oleh orang lain kecuali anda sendiri.

  • Pilih gambar yang ingin disembunyikan.
  • Klik “Add to notes”.
  • Anda boleh namakan note tersebut kemudian klik “Saves”.
  • Kemudian, buka aplikasi “Notes”.
  • Klik pada icon “Share”.
  • Klik pada “Lock Notes”
  • Isikan kata laluan yang diperlukan mengikut kehendak anda.
  • Klik ikon “lock” yang terdapat di atas sebelah kanan.
  • Gambar tersebut telah pun dikunci dan hanya orang tertentu sahaja yang dapat membukanya.

Anda boleh dapatkan info lanjut berkenaan peranti Apple disini.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

 

 

Leave a Comment