CARA MENULIS AKTIVITI DALAM RPH (PAK21)

CARA MENULIS AKTIVITI DALAM RPH (PAK21)

CARA MENULIS AKTIVITI RPH

Kepada para guru yang ingin membuat kelas pembelajaran yang lebih sistematik, seharusnya akan menyediakan RPH. Bagi penyedian RPH, semestinya mengikut panduan sebetulnya agar perancagan yang dibuat mudah untuk difahami. Disini kami kan kongsikan kepada anda cara menulis aktiviti dalam RPH (PAK21), semoga membantu.

 

APA ITU RPH

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)merupakan satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru professional yang perlu disediaakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Rancangan yang dibina untuk setiap waktu pengajaran dalam masa 30minit yang mengandungi maklumat pengajaran,langkah pengajaran,masa, aktiviti dan catatan.

RPH perlulah selaras dengan standard pembelajaran yang dipilih yang boleh dirujuk daripada dokumen yang dihasilkan oleh KPM iaitu DSKP, sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran tahunan (RPT).

 

KANDUNGAN DALAM RPH

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) mestilah terjemahan daripada Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT). RPH berdasarkan SPI Bil. 3/1999 harus mengandungi:

  • OBJEKTIF
  • Cara untuk mencapai objektif (AKTIVITI)
  • Kenyataan sejauh mana objektif tercapai (REFLEKSI)

NOTA: RPH PAK21 masih berpandukan SPI tersebut.

 

CARA MENULIS AKTIVITI RPH

Berikut adalah merupakan panduan asas dalam penulisan aktiviti di RPH:

  • Menepati kehendak sp/hpk yang dipilih.
    1. Membentuk objektif yang perlu dicapai oleh setiap murid di dalam kelas.
  • Selaras dengan objektif yang dirancang.
    • Aktiviti yang dirancang harus membawa murid mencapai objektif yang dirancang.
  • Penulisan mesti bermula dengan perkataan murid atau dalam bahasa mudah ayat pasif.
    • Contoh: Murid dipertontonkan tayangan video pendek berkaitan seorang ibu mengajar anaknya menyelesaikan masalah sendiri.
  • Pentaksiran yang dirancang iaitu band/tahap penguasaan dicatatkan di dalam kurungan pada bahagian aktiviti yang menunjukkan pentaksiran berlaku.
    • Contoh: Secara berkumpulan, murid berbincang dan bertukar-tukar pandangan tentang amalan kejiranan yang terdapat dalam cerita yang dipertontonkan berserta faedahnya melalui aktiviti Talking Chip. Penilaian rakan dibuat bagi kesantunan bahasa yang digunakan dalam perbincangan. (DT* – TP4). * DT bermaksud kemahiran dengar tutur
  • Aktiviti PAK21 dan elemen kbat perlu ada dalam penulisan aktiviti.
    • Contoh: Murid melaksanakan aktiviti Stray Stay untuk berkongsi hasil perbincangan dengan rakan kumpulan lain.
  • Kaedah yang digunakan harus sesuai dengan aktiviti.
    • Contoh: Melaksanakan aktiviti yang lebih kurang sama seperti melaksanakan aktiviti Flying Carpet untuk semakan kemudian melaksanakan Gallery Walk untuk perkongsian. Lebih baik, dilaksanakan aktiviti Gallery Walk dan murid diminta menyemak jawapan rakan dan memberikan penghargaan pada setiap kumpulan.

 

KESALAHAN PENULISAN DALAM RPH

Berikut adalah merupakan beberapa contoh kesilapan dalam penulisan iaitu:

KESALAHAN (Hanya Menulis Perkataan)PEMBETULAN
Soal jawab.Murid dan guru bersoal jawab tentang video yang ditonton.
PerbincanganMurid dalam kumpulan meneroka maklumat daripada pelbagai sumber berdasarkan kad arahan.
PeneranganMurid dan guru membuat penambahbaikan dan penjelasan lanjut berserta soal jawab.
LatihanMurid dalam kumpulan menyelesaikan masalah mengikut aras.
Sumbang saranMurid dan guru membuat semakan dan peneguhan.

 

CONTOH ITEM DI DALAM RPH ABAD 21

Berikut adalah merupakan antara contoh yang disarankan iaitu:

CONTOH ITEM

Minggu/ Tarikh/ HariKelas/ Masa/ Mata Pelajaran
Bidang PembelajaranObjektif/ Kriteria Kejayaan
AktivitiABM/ BBM
Elemen Merentas KurikulumTahap Pemikiran/ KBAT
Peta Pemikiran ITHINKPenilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Tahap PenguasaanPenilaian
Impak/ RefleksiKehadiran

 

ARTIKEL LAIN

Cara Menulis Kriteria Kejayaan Dalam RPH (Elemen Kecil Objektif Pembelajaran)

Leave a Comment