CONTOH MYPORTFOLIO GURU (Panduan & Template)

CONTOH MYPORTFOLIO GURU (Panduan & Template)

CONTOH MYPORTFOLIO GURU

Terkini, kepada semua penjawat awam dikehendak untuk membuat MyPorfolio. Ini termasuklah kepada semua guru-guru. Apa itu MyPorfolio? Bagaimana cara untuk buat MyPorfolio? Smeestinya banyak persoalan yang akan tertera. Disini kami akan kongsikan kepada Guru-guru contoh MyPorfolio bagi guru beserta panduan dan templete, semoga membantu.

 

APA ITU MyPORTFOLIO

MyPortfolio ini merupakan penjenamaan semula Fail Meja yang sebelum ini, jika dilihat pekeliling Fail Meja adalah PKPA Bil 8/1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.

Selaras dengan perkembangan semasa, revolusi perindustrian keempat, ia telah dikaji semula dan ditambah baik, maka Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan.

 

TUJUAN MyPORFOLIO

myPortfolio secara prinsipnya berupaya bertindak sebagai radas dalam bidang pengurusan sumber manusia sektor awam seperti pelan penggantian (succession planning), pementoran (mentoring), bimbingan khusus (coaching), dan latihan (training). Sebagai contoh, myPortfolio boleh dimanfaatkan dalam program pementoran (mentoring).

Ini boleh dilakukan dengan mengenal pasti mentor dan mentee melalui kandungan Deskripsi Tugas dengan tujuan bagi memindahkan pengetahuan kerja, tacit knowledge dan sokongan kepada perkembangan kerjaya mentee.

 

CIRI-CIRI MyPORTFOLIO

Berikut adalah merupakan ciri-ciri asas MyPortfolio iaitu:

  • MyPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
  • Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai MyPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
  • MyPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
  • MyPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.

 

KOMPENEN MyPORFOLIO

Berikut adalah merupakan komponen yang terdapat pada MyPortfolio iaitu:

  • Carta Organisasi
  • Carta Fungsi
  • Aktiviti-aktiviti Bagi Fungsi
  • Deskripsi Tugas
  • Proses Kerja
  • Carta Alir
  • Senarai Semak
  • Senarai Undang-undang, Peraturan dan Punca Kuasa
  • Senarai Borang
  • Senarai Jawatankuasa Yang Dianggotai

 

CONTOH TEMPLET MyPORTFOLIO GURU

Satu kumpulan taskforce telah diwujudkan bagi untuk menyediakan templet MyPorfolio bagi guru dan ianya boleh disunting, ia sekaligus memudahkan lagi proses penyediaannya. Kepada guru boleh memuat turun Template myPortfolio Guru melalui pautan di bawah:

NOTA: Kepada guru, anda dinasihat untuk menggunakan template dari pautan di atas sahaja, ia adalah link yang telah diberikan oleh pegawai penyedia template.

Template ini juga telah dibina mengikut jenis guru di sekolah iaitu:

  • Guru Akademik Biasa
  • Pengetua dan Guru Besar
  • Penolong Kanan Pentadbiran
  • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
  • Penolong Kanan Kokurikulum
  • Penolong Kanan Petang
  • Penolong Kanan Pendidikan Khas
  • Penolong Kanan Tingkatan 6
  • Guru Kaunseling
  • Guru Media
  • Guru Kanan Mata Pelajaran
  • Anggota Kumpulan Pelaksana
  • Penolong Kanan Sukan

 

PANDUAN PENYEDIAN MyPORFOLIO GURU

Setelah anda memuat turun templet tersebut, berikut adalah merupakan panduan pengisian mengikut komponen:

  • Carta Organisasi
    • Gantikan dengan carta organisasi sekolah masing-masing.
    • Hanya nama jawatan, tidak perlu nama penyandang dan gred.
    • Masukkan nama sekolah.
    • Kuningkan kedudukan jawatan anda.
  • Aktiviti-Aktiviti bagi Fungsi
    • Masukkan mengikut aktiviti fungsi di unit anda berada
  • Deskripsi tugas
    • Warna merah – perlu diisi
    • Warna hijau – boleh diubahsuai
    • Warna kuning – Gred jawatan, bukan gred penyandang
  • Proses Kerja, Carta Alir dan Senarai Semak
    • Boleh diubahsuai jika perlu
  • Senarai Undang-undang, Peraturan dan Punca Kuasa
    • Ditambah jika ada yang berkenaan
  • Senarai Borang
    • Perlu tambah senarai borang yang digunapakai
  • Senarai Jawatan kuasa dianggotai
    • Perlu ditambah sekiranya berkaitan

Setelah anda kemaskini maklumat yang terdapat dalam templat tersebut, simpan terlebih dahulu, tidak perlu cetak lagi.

Penyediaan myportfolio ini boleh dilakukan secara berkumpulan bagi memudahkan prosesnya, namun perlu dipastikan jawatan yang dipegang sama.

Nota: Guru kaunseling templatenya berbeza dengan guru akademik biasa. Oleh itu pastikan anda memuat turun templat yang betul.

 

ARTIKEL LAIN

HRMIS 2.0 Login 2022 (Cara Log Masuk Portal hrmis2.eghrmis.gov.my)

Leave a Comment