eSARANA KPM:LOGIN PIBG PIBK & KSIB ( Sarana Sekolah /Ibubapa)

eSARANA KPM:LOGIN PIBG PIBK & KSIB ( Sarana Sekolah /Ibubapa)

eSARANA KPM

Kepada Guru dan ibu bapa, semestinya anda pernah mendengar e-Sarana PIBG. Bagaimaca cara Log Masuk dan cara menggunakan sistem eSarana KPM? Di sini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU eSARANA KPM

eSarana KPM atau sarana membawa erti (segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu. – Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Sarana ibubapa ialah suatu alat untuk digunakan oleh ibubapa bagi membangunkan, memantap dan memperkasa penglibatan ibubapa dalam pembelajaran anak-anak.

Sarana sekolah pula ialah alat yang digunakan oleh sekolah untuk meningkatkan kerjasama antara sekolah, ibubapa dan komuniti bagi tujuan menggalakkan penglibatan ibubapa dan komuniti secara aktif dalam pembelajaran murid.

 

APA ITU PIBG DAN KSIB

KSIB

  • Kumpulan Sokongan Ibubapa di Sekolah yang berperanan sebagai saluran kerjasama dan komunikan bagi merapatkan hubungan antara ibu bapa, murid, sekolah, alumni, komuniti, agensi awam dan swasta. Mereka memastikan penglibatan KSIB dalam membantu merealisasikan anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM 2013 – 2025. Iaitu bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas berpandukan perlembagaan PIBG yang sedia ada.

PIBK

  • Menurut sistem guru online, disebut sebagai Penglibatan Ibu Bapa Komuniti di sekolah. Penglibatan ibu bapa merupakan satu keadaan dimana ibubapa dapat berhubung dengan kakitangan sekolah yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi pendidikan, melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk menggalakkan ibubapa memainkan peranan dalam pendidikan anak masing-masing.

 

CARA MENGGUNA SISTEM  e-SARANA KPM

Panduan Pendaftaran

Berikut adalah merupakan panduan pendaftaran sistem e-Sarana KPM:

  1. Layari pautan e-Sarana: http://sarana.moe.gov.my
  2. Apabila laman e-Sarana tertera, masukkan:
    1. ID Pengguna : No Kad Pengenalan Guru Besar/Pengetua
    2. Kata Laluan : No. Kad Pengenalan Guru Besar/Pengetua
  3. Tekan LOG MASUK. Nota – Sekiranya gagal memasuki portal e-Sarana menggunakan No Kad Pengetua/Guru Besar, sila hubungi PPD
  4. Setelah berjaya Log Masuk, Sila klik SENARAI PENGGUNA‘
  5. Seterusnya klik pada ` Daftar Pengguna ‘
  6. Pada Peringkat Pengguna sila pilih ` Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ):
    1. Nama Pengguna: Masukkan No. Kad Pengenalan PK HEM
    2. ID Pengguna: Masukkan No. Kad Pengenalan PK HEM
  7. Seterusnya klik Daftar. Selesai

Panduan Pengisian  Data Sukarelawan eSarana KPM

Setelah selesai proses daftar di atas, berikut adalah cara pengisian data sukarelawan:

  1. Layari pautan e-Sarana: http://sarana.moe.gov.my
  2. Log masuk menggunakan:
    1. ID Pengguna : No Kad Pengenalan PK HEM
    2. Kata Laluan : No. Kad Pengenalan PK HEM
  3. Tekan LOG MASUK
  4. Seterunya klik Kemasukan Data Sukarelawan
  5. Tekan pada Klik sini untuk tambah Ibu/Bapa/Penjaga‘
  6. Pada ruangan Aktiviti – Sila pilih aktiviti yang telah dilaksanakan. Misalnya Hari Pendaftaran. Selepas itu klik Seterusnya
  7. Sila jawap soalan: Mempunyai anak di……… ( mengikut sekolah masing-masing ), Sila klik `Ya’ dan klik ` Seterusnya ‘
  8. Sila isi ruang-ruang yang dipaparkan:
    1. Tingkatan/Tahun :
    2. Kelas Murid :
    3. Nama Murid :
    4. Nama Ibu/Bapa/Penjaga : Penjaga 1 dan Penjaga 2 ( akan dipaparkan )
    5. NOTA: Jika dipaparkan `Tiada Maklumat’ bermakna guru kelas berkenaan belum melengkap pengisian.
  9. Apabila lengkap pengisian tersebut sila klik Tambah Kehadiran
  10. Tuan-tuan dan puan-puan sudah berjaya mendaftar seorang sukarelawan.
  11. Ulangi Langkah 5 untuk pengisian sukarelawan seterusnya.
  12. Sebarang pertanyaan dan masalah sila hubungi PPD

 

SOALAN LAZIM

 

Bagaimana sekiranya saya terlupa ID pengguna?

Sekiranya anda terlupa ID pengguna, anda seharusnya berhubung dengan pihak sekolah atatupun PPD

 

Apakah penglibatan Ibu Bapa dalam e-Sarana?

Menurut Swick  penglibatan ibu bapa dalam tiga proses :

  • Pemuafakatan (partnership) antara keluarga dan profesional (pihak guru) dan pembantu (para profesional) dalam komuniti.
  • Proses yang berkembang dan dibina melalui satu jangka masa yang dirancang dan memerlukan kerjasama setiap ahli.
  • Satu proses di mana ibu bapa dan guru berkerjasama, belajar dan melibatkan diri dalam membuat keputusan bersama.

 

Apakah rasional permuafakatan ibubapa dan guru?

Rasional Permuafakatan Ibubapa dan Guru ialah:

  • Guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam keberkesanan pendidikan kanak – kanak. Guru bertugas mendidik di sekolah dan merangkumi masa selama tiga atau empat jam di pusat prasekolah, sedangkan ibu bapa/keluarga bergaul lebih lama dan rapat untuk mencorak kanak-kanak.
  • Pengalaman atau idea yang disemaikan di sekolah boleh dikukuhkan oleh keadaan di rumah atau sebaliknya.
  • Penglibatan ibu bapa dalam berbagai aktiviti menunjukkan komitmen yang baik ke atas segala keputusan yang dicapai bersama.
  • Membolehkan kanak-kanak mendapat faedah yang optimum di atas segala proses pengajaran dan pembelajaran mereka kerana mendapat sokongan dari kedua belah pihak.
  • Hubungan komunikasi yang erat diantara ibubapa dan guru membentuk perasaan bertanggungjawab yang sewajarnya dipihak ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka.

 

Artikel Lain : Cara Log in SPLKPM

1 thought on “eSARANA KPM:LOGIN PIBG PIBK & KSIB ( Sarana Sekolah /Ibubapa)”

Leave a Comment