CARA PRINT SIJIL SPLKPM (Muat Turun & Cetak)
Sepanjang PKP, ramai guru menghadiri kursus atau webinar kpm secara atas talian. Anda akan menerima sijil penghargaan kerana mengikuti Latihan dalam Perkhidmatan tersebut.
Setelah selesai mengikuti kursus, anda boleh mencetak sijil penghargaan tersebut. Sijil penghargaan adalah tanda bukti para guru Berjaya meengikuti kursus dengan jayanya.
Kami akan kongsikan beberapa Langkah mudah untuk mencetak sijil penghargaan tersebut. Para guru tidak perlu lagi risau atau khuatir. Anda hanya perlu ikuti cara print sijil SPLKPM ini.
Apa itu SPLKPM
Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan yang juga dipanggil SPLKPM adalah sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan kursus dan latihan.
- Untuk tengok pelaporan bilangan hari LADAP
- Untuk tengok pelaporan bilangan markah CPD
Dulu, dipanggil SPLG KPM / SPLGKPM.
Perlu diingatkan, sistem ini tidak sama dengan eOperasi. SPLKPM lebih fokus kepada latihan yang diterima oleh guru-guru sekolah seperti ulasan buku, lawatan kerja, bengkel, seminar atau kolokium, kajian tindakan dan penyelidikan, portal e-guru, kursus dan lain-lain lagi
SPLKPM Login (Bagi Modul Individu)
Berikut ialah cara untuk login SPLKPM.
Sila ambil perhatian, anda hanya perlu login SPLKPM setelah mengambil kursus online. Log masuk hanya untuk daftar dan kemaskini.
- Layari laman web rasmi SPLKPM di sini: https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
- Jangan silap taip SPLKM login pula. Pastikan taip penuh SPLKPM.
- Anda akan dapat lihat paparan Log Masuk Modul Individu
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Untuk makluman, anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan lengkap tanpa dash
- Masukkan Kata Laluan
- Jika anda terlupa, Kata Laluan asal ialah 4 digit yang di belakang Nombor Kad Pengenalan anda
- Tekan Hantar
- Akan terpapar mesej berikutSelamat Datang,No Kad Pengenalan dan Kata laluan diberi kebenaran untuk Akses Sistem+ Sila Tukar Kata Laluan sekiranya masih belum berbuat demikian bagi mengelakkan data dan maklumat diceroboh oleh pihak yang tidak berkepentingan.Klik Close
- Anda kini berada di dalam sistem SPLKPM Modul Individu
- Klik Pembelajaran Kendiri
- Lihat senarai Pembelajaran Kendiri
- Lihat e-Pembelajaran
- Klik Tambah Aktiviti
- Masukkan maklumat yang berkenaan
- Akhir sekali, hubungi admin SPLKPM sekolah anda untuk membuat sokongan dan pengesahan berdasarkan sijil yang diberikan.
Cara Print Sijil SPLKPM
Setelah menamatkan kursus pilihan anda, kini anda boleh mencetak sijil penghargaan untuk disimpan didalam fail peribadi anda,
Berikut adalah Langkah-langkah mencetak sijil SPLKPM :
- Buka laman web : https://splkpm.moe.gov.my/
- Pilih Modul Individu SPLKPM
- Masukan ID dan Passsword
- Pilih Sijil LDP
- Seterusnya anda klik Senarai Sijil Penghargaan LDP
- Tekan Cetak (Print atau Save)
Dah selesai, begitu mudah sekali cara mencetak sijil penghargaan tersebut.
Soalan Lazim
Mengapakah guru perlu mengikuti kursus LDP?
Para guru perlu mengikuti kursus untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan membantu kearah profesionalisme bidang Pendidikan negara.
Apakah tujuan cetak sijil LDP?
Sijil LDP tersebut perlu dicetak dan disimpan sebagai bukti perekodan. Sijil tersebut adalah bukti para guru Berjaya mengikuti kursus dengan jayanya.
Dah selesai, begitu mudah sekali cara mencetak sijil penghargaan tersebut.
Diharapkan dengan perkongsian cara print sijil SPLKPM ini dapat membantu para guru untuk lebih mudah mencetak sijil LDP tersebut.
Artikel Lain : Cara daftar PLC dalam SPLKPM