CARA TERMINATE UNIFI & STREAMYX ONLINE (Proses Potong & Tutup Akaun)

CARA TERMINATE UNIFI & STREAMYX ONLINE (Proses Potong & Tutup Akaun)

CARA TERMINATE UNIFI & STREAMYX ONLINE (Proses Potong & Tutup Akaun)

 

Terdapat banyak pakej internet yang berbaloi dan sebagai pengguna bijak, kita haruslah memilih pakej yang bersesuaian dengan keperluan. Maksudnya disini, jika kita melanggan sesuatu pakej, namun kelajuan internet tidak dapat dinikmati semaksima mungkin dan terhad apa gunanya kita membayar bil bulanan.

 

Untuk itu, kepada pengguna UNIFI dan STREAMYX yang mempunyai masalah seperti diatas berikut adalah cara terminate Unifi & Streamyx yang perlu anda tahu dan cas dikenakan (jika ada) untuk terminate Unifi & Streamyx.

 

APA ITU UNIFI & STREAMY

 

Mungkin ramai sudah biasa tentang Unifi & Streamyx. Adapun begitu, terdapat beberapa perbezaan antara kedua rangkaian internet ini. Streamyx adalah sebuah perkhidmatan internet jalur lebar talian tetap yang paling dominan di Malaysia yang yang disediakan oleh Telekom Malaysia ™ manakala Unifi pula adalah perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang baharu diperkenalkan oleh TM menggunakan kabel fiber optik yang mana lebih laju penerimaan data berbanding Streamyx.

 

CARA TERMINATE UNIFI & STREAMYX

 

Terdapat beberapa langkah untuk anda terminate akaun Unifi anda. Untuk itu, berikut adalah langkah bagi membuat pemotongan tutup akauan anda :

 

  1. Anda dikehendaki untuk menyediakan notis penamatan akaun Unifi / Streamyx 30 hari sebelum tarikh penamatan akaun anda.
  2. Hantarkan notis anda tadi kepada saluran digital TM melalui :

 

  1. Setelah itu, pihak TM akan memberikan bil pra-akhir yang menunjukkan baki tertunggak anda. Setelah penyelesaian pembayaran,pihak TM akan meneruskan pesanan penamatan pada hari ke-31 dari notis penamatan anda.
  2. Untuk akaun unifi, anda akan menerima SMS apabila pesanan anda selesai.
  3. Kemudian anda perlu pulangkan semula BTU (peralatan)/modem anda di mana-mana cawangan TMpoint dalam masa 7 hari dari tarikh pesanan penamatan untuk mengelakkan caj penalti BTU (peralatan).

 

 

SOALAN LAZIM

 

Saya pelanggan Unifi dan masih berbaki kontrak. Tetapi saya ingin tamatkan Unifi. Adakah dikenakan penalti penamatan dan berapa?

Sebarang penamatan rumah unifi dalam tempoh kontrak akan dikenakan denda:

  • Unifi Pelan asas (30Mbps – RM79) & pelan unifi Lite (100Mbps – RM129) penalti baki bulan akan dikenakan.
  • Pakej lama lain yuran penalti sebanyak RM500 akan dikenakan.

Penalti penamatan awal untuk pek TV unifi (untuk pakej lama) sebelum tempoh minimum 12 bulan akan berdasarkan pada yuran langganan bulanan yang dibungkus dari paket TV unifi yang anda langgan:

  •  Aneka + / Varnam + / Ruby +: RM30 / bulan
  •  Ultimate: RM60 / bulan

Pelanggan dikehendaki menyelesaikan bil yang belum dijelaskan sebelum memohon notis penamatan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Terma & Syarat perkhidmatan anda.

 

Adakah saya akan dikenakan denda jika membuat penamatan selepas tempoh kontrak Unifi?

Tidak. Anda tidak akan dikenakan denda caj penalty bagi penamatan yang dibuat selepas tempoh kontrak langganan minimun (2 tahun)

 

MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

 

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut sila hubungi talian digital TM :

  • myunifi app (melalui aplikasi Android & iOS)
  • unifi portal –  unifi.com.my

Anda juga boleh hubungi Pusat Panggilan TM, dail 100 untuk tempatan dan talian +03 2241 1290 untuk antarabangsa. 8.00 pagi hingga 5.30 petang (setiap hari)

 

Baca juga : Cara kemaskini Portal MyFutureJobs 

Baca juga : SEMAKAN INSURANKERETA ONLINE (CARA CHECK GUNA I-SEARCH)

 

Leave a Comment