PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 SEKOLAH SUKAN NEGERI PERAK 2023
Kepada ibu bapa khususnya di negeri Perak yang ingin menghantar anaknya ke Sekolah Sukan Negeri Perak bagi tingkatan 1, kini permohonan ke telah dibuka, Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan secara atas talian dan syarat kelayakan, semoga membantu.
APA ITU SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan.
Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.
LOKASI SEKOLAH SUKAN NEGERI PERAK
Untuk pengetahuan anda terdapat 1 sekalah sukan di Negeri Perak iaitu SMK Gunung Rapat, Ipoh, Perak.
SYARAT KELAYAKAN SEKOLAH SUKAN NEGERI PERAK
Syarat permohonan yang telah ditetapkan kepada pemohon adalah seperti berikut:
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Merupakan murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Tahun 2022 Di Negeri Perak
- Murid yang sihat tubuh badan.
- Murid yang aktif dalam penglibatan sukan dan kokurikulum.
- Sukan yang ditawarkan adalah seperti:
- Hoki Lelaki dan Perempuan: SSN Perak
- Sepak Takraw: SSN Perak
- Olahraga: SSN Perak
- Bola Jaring: SSN Perak
- Memanah: SSN Perak
- Bola Sepak: SSN Perak
- Ragbi: SMK King Edward VII
- Pemohon yang memenuhi kriteria pemilihan akan dipanggil/dihubungi oleh pihak Urus Setia untuk dinilai melalui:
- Ujian Kemahiran Sukan
- Ujian TID
- Ujian Psikometrik Dan Aptitud
TARIKH PERMOHONAN SEKOLAH SUKAN NEGERI PERAK (Tingkatan 1)
Tarikh permohonan kemasukan bagi tingkat 1 tahun 2023 ini akan dibuka secara atas talian sebelum 10 Disember 2022.
CARA PERMOHONAN SEKOLAH SUKAN NEGERI PERAK
Kepada ibu bapa yang ingin membuat permohonan bagi anaknya ke Sekolah Sukan ini, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Di Sekolah Sukan Negeri Perak Dan Akademi Ragbi Negeri Perak (Bola Sepak) Tahun 2023
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
- Sahkan kembali maklumat yang telah diisi.
- Klik butang Submit untuk menghantar permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemasuk Sekolah Sukan ini tahun 2023, anda boleh merujuk melalui saluran berikut:
- Muhammad Amir Izwan Tan bin Abdullah (PK Kokurikulum, SSN Perak): 019-574 0069
- Noor Zaid bin Saidin (Penyelaras SSN Perak): 012-567 2651
- Sufian bin Ishak (Penolong Pengarah UPBM, JPN Perak): 012-463 8720
ARTIKEL LAIN
SMAN PERAK 2023 (Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1)