CARA MENJAWAB PENILAIAN CELIK DIGITAL 2023(Contoh Soalan & Tips)
Kepada penjawab awam yang ingin melaksanakan penilaian celik digital, semestinya ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada nada cara menjawab dan juga contoh soalan, semoga membantu.
APA ITU CELIK DIGITAL
Celikdigital merupakan keupayaan seseorang untuk mencari, menilai dan menggunakan maklumat melalui platform digital (Wikipedia). Secara khusus, ia adalah kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan komputer dan Internet dalam kehidupanseharian, pekerjaan dan juga pembelajaran (Northstar Digital Literacy).
TUJUAN CELIK DIGITAL
Sistem penilaian ini membantu pentadbiran awam dalam mengenal pasti keperluan latihan dan pembangunan untuk meningkatkan kemahiran dalam kalangan pekerja mereka. Ini juga membolehkan penjawat awam untuk mengukur tahap kemahiran mereka dalam teknologi maklumat dan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan kemampuan mereka dalam bidang tersebut.
Slain itu, penilaian ini juga dapat menjadi asas bagi pengiktirafan atau penghargaan dalam bentuk kenaikan pangkat atau ganjaran lain bagi penjawat awam yang mencapai tahap kemahiran digital yang tinggi. Ini dapat menjadi pendorong bagi penjawat awam untuk terus memperbaiki kemahiran mereka dalam teknologi maklumat dan komunikasi untuk meningkatkan keseluruhan prestasi organisasi.
PERINGKAT PENILAIAN CELIK DIGITAL
Program ini mempunyai dua (2) peringkat iaitu:
- Membuat penilaian tahap kematangan celikdigital penjawat awam terlebih dahulu melalui platform celikdigital ( https://www.celikdigital.gov.my)
- Memastikan penjawat awam menghadiri kursus/latihan yang diperlukan
TEMPOH PENILAIAN CELIK DIGITAL
Semua penjawat awam adalah diwajibkan untuk menyertai program ini. Tempoh pelaksanaan adalah dari Mac 2023 sehingga Jun 2024
AGENSI YANG TELIBAT PENILAIAN CELIK DIGITAL
Penilaian ini melibatkan semeua Kementerian, Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
KEKERAPAN PENILAIAN CELIK DIGITAL
Setiap penjawat awam perlu melaksanakan penilaian melalui platform ini hanya sekali. Cadangan kursus/latihan yang perlu dihadiri akan terus dimaklumkan kepada individu.
BENTUK PENILAIAN CELIK DIGITAL
Penilaian melibatkan 50 soalan yang perlu dijawab secara atas talian/online dalam masa 2 jam. Sekiranya tuan/puan terpaksa berhenti disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan atau talian internet terputus, tuan/puan boleh log in semula dan sambung menjawab soalan seterusnya dengan baki masa yang ada.
CONTOH SOALAN PENILAIAN CELIK DIGITAL
Berikut adalah merupakan elemen yang diuji iaitu:
ELEMEN | KETERANGAN |
Literasi digital | Kebolehan untuk mencari, menilai, menggunakan, dan mengelola maklumat secara dalam talian. |
Kemahiran Teknikal | Penguasaan terhadap perisian dan aplikasi komputer yang relevan dengan bidang kerja masing-masing. |
Pengurusan Data | Keupayaan untuk mengurus, mengorganisasi, dan menganalisis data dengan berkesan. |
Komunikasi dan Kolaborasi digital | Kemahiran berkomunikasi melalui platform dalam talian, seperti e-mel, pesanan teks, atau alat komunikasi dalam talian lain. Keupayaan untuk bekerjasama dan berkolaborasi dengan rakan sekerja atau pihak luar melalui peranti terkini. |
Keselamtan Siber | Kesedaran tentang ancaman siber dan kemahiran dalam mengamankan maklumat dan data sensitif. |
Penyelesaian Masalah Digital | Kemahiran mengatasi masalah teknikal dan mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan alat digital yang ada. |
CARA MENJAWAB PENILAIAN CELIK DIGITAL
Berikut adalah merupakan cara menjawab penialain ini iaitu:
- Layari laman CelikDigital
- Pada paparan utama klik pada Belum Mendaftar? Klik Sini.
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang Semak.
- Jika nama anda mempunyai rekod, ikuti langkah seterusnya.
CARA TUNTUT 2 JAM E-PEMBELAJARAN CELIK DIGITAL DALAM SPLKPM 2023
Berikut adalah merupakan cara untuk menuntut 2 jam e-pembelajaran SPLKPM bagi program celik digital KPM iaitu:
- Layari pautan SPLKPM
- Pada paparan utama tick pada Modul Individu dan log masuk akaun anda
- Pada paparan menu utama, klik pada menu e-Pembelajaran
- Scroll ke bawah pada paparan Celik Digital, klik pada Semak
- Paparan status celik digital akan terpapr, pastikan anda melihat pada bahagian status menjawab: Selesai
- Kemudian scroll sedikit ke bawah dan klik pada Tuntut
- Selesai, status pop up pemakluman Celik Digital ditambah kedalam e-pembelajaran anda tertera. Klik Ok
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai penilaian ini, anda boleh merujuk pada Soalan Lazim (FAQ)
ARTIKEL LAIN:
alhamdulillah .
perkongsian menarik dgn pencerahan yang jelas.
tkasih