Semakan PKSK 2022 (Check Pusat Ujian Tingkatan 4 dan Tingkatan 1)

Semakan PKSK 2022 (Check Pusat Ujian Tingkatan 4 dan Tingkatan 1)

 

Semakan PKSK 2022 (Check Pusat Ujian Tingkatan 4 dan Tingkatan 1)

Perhatian kepada pelajar yang memohon kemasukan ke Sekolah Khusus, anda kini boleh membuat semakan permohonan anda tersebut.

Semakan permohonan ini melibatkan kemasukan ke sekolah-sekolah khusus berikut:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  2. Sekolah Menengah Teknik
  3. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  4. Kolej Vokasional
  5. Maktab Tentera DiRaja

Tarikh Semakan Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 atau Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia bagi sesi 2022 / 2023

Anda boleh membuat semakan bermula 15 MAC 2022

Tarikh Pendaftaran Sekolah Khusus

Semakan PKSK

Cara Membuat Semakan Permohonan Sekolah Khas

Calon-calon yang bermiat boleh membuat semakan permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web berikut untuk permohonan:
    – Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
    – Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/
  2. Klik bahagian ‘Semakan Tawaran’
  3. Masukkan No. MyKid / MyKad Pemohon dan No. Pengenalan Diri Penjaga Utama dan tekan ‘Klik Untuk Login.’
  4. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  5. Setelah semua maklumat diisi, klik semakan permohonan.

 

Calon-calon yang ingin memohon perlu mengambil perhatian mengenai tarikh-tarikh penting PKSK iaitu:

Semakan PKSK 2022 untuk Tarikh Baharu Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus bagi kemasukan Tingkatan 1 & 4 Tahun 2022

Adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus telah dijadualkan semula yang sebelum ini tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang melibatkan seluruh negara ini.

Sila ambil perhatian dengan serius berkenaan dengan tarikh-tarikh baharu pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang dijadualkan bagi para ibu bapa dan calon di luar sana yang telah membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2021.

Anda boleh mengikuti perkongsian di bawah ini untuk info lanjut berkenaan tarikh pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2022.

 

Semakan PKSK 2022

Berikut di bawah yang perlu diambil perhatian bagi jadual tarikh baru pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 dan 4:

Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 & 4

Oleh yang demikian, permohonan untuk membuat semakan semula pusat PKSK bermula 8 Januari 2021 boleh dilakukan pada pautan berikut bagi semua calon PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang BELUM menduduki pentaksiran ini:

Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my

Semakan Pusat PKSK Tingkatan 2: https://spskt4.moe.gov.my

Cetakan slip menduduki PKSK hendaklah dilakukan calon serta mematuhi ketetapan tarikh masa, tempat dan sesi pentaksiran yang ditetapkan.

 

 

TARIKH PKSK 2022 Baru

Berikut kami kongsikan kepada anda garis masa (timeline) dan tarikh-tarikh penting kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke sekolah khusus tahun 2022 :

 

 

Format PKSK

Beberapa bahagian berikut diliputi dalam Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK):

  • Kecerdasan Insaniah (20 peratus) : Bahagian A
  • Kecerdasan Intelek (70 peratus) : Bahagian B
  • Artikulasi Penulisan (10 peratus) : Bahagian C

 

 

Anda boleh mengubungi nombor-nombor berkaitan untuk info lanjut sekiranya mengalami sebarang masalah berkaitan dengan tarikh baharu pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK):

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh – 03-8321 7400
  • Maktab Tentera Diraja – 03-8946 5562
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional – 03 8884 5154
  • Bahagian Pendidikan Islam – 03 8321 7200

 

ARTIKEL LAIN

Contoh Soalan PKSK 2022

Leave a Comment