Semakan Tarikh Terima Peranti & Permohonan Fasa Kedua (Check Bila Dapat Perantisiswa)

Semakan Tarikh Terima Peranti & Permohonan Fasa Kedua (Check Bila Dapat Perantisiswa)

Check PerantiSiswa

 

Berita gembira buat para mahasiswa, kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) membuat keputusan membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia.

Mahasiswa boleh membuat permohonan untuk mendapatkan peranti tersebut untuk kegunaan pembelajaran.

Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan dan semakan dengan mudah dan pantas.

APA ITU PERMOHONAN PERANTI SISWA FASA DUA

Inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Permohonan Peranti Siswa fasa kedua turut libatkan pelajar IPG dan kolej matrikulasi dibawah KPM.

TARIKH PERMOHONAN PERANTISISWA FASA DUA

Permohonan Peranti Siswa mula dibuka pada 1 Ogos hingga 30 September 2022

SYARAT KELAYAKAN PERANTISISWA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bag permohonan inisiatif ini:

  1. Mahasiswa warganegara Malaysia
  2. Kelompok keluarga B40 (purata bulanan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850)
  3. Menuntut di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada:
    1. Universiti Awam (UA)
    2. Politeknik
    3. Kolej Komuniti
    4. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT.
  4. Mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan akibat banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, boleh memohon dalam tempoh permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.

JENIS PERANTI YANG DIBEKALKAN PERANTI SISWA

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan.

CARA PERMOHONAN PERANTISISWA

  • Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 1 Ogos hingga 30 September 2022
  • Anda boleh merujuk Manual Pengguna Peranti siswa https://perantisiswa.kkmm.gov.my/manualsistem/ManualPenggunaPerantisiswa.pdf

NOTA: Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.

Cara Semakan Tarikh Terima Peranti

Pemakluman keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya. Anda boleh check PerantiSiswa pada tarikh yang akan dimaklumkan

TARIKH PENERIMAAN INISIATIF PERANTI SISWA

*Fasa pertama penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai Ogos 2022.

Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini

Soalan Lazim

Adakah Tablet diberi terus kepada semua penerima Inisiatif PerantiSiswa?

Inisiatif PerantiSiswa diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) di mana mahasiswa perlu menyerahkan semula peranti itu setelah tamat pengajian

Terdapat cadangan supaya ia diberi terus kepada mahasiswa yang mendapat keputusan cemerlang.

Apakah jenama tablet Inisiatif PerantiSiswa?

kerajaan akan menawarkan tablet berjenama Samsung, iaitu Galaxy Tab A8 dibawah program ini

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Peranti siswa, anda boleh merujuk soalan lazim di pautan ini: https://perantisiswa.kkmm.gov.my/faq.php

Semoga perkongsian berkenaan cara check perantisiswa ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Artikel lain : Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Leave a Comment