Permohonan Geran Bantuan Ke IPT & Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i Yayasan Pahang

Permohonan Geran Bantuan Ke IPT & Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i Yayasan Pahang

Geran Yayasan Pahang

Anak Pahang yang sedang dan bakal melanjutkan pelajaran di Institus pendidikana tinggi dipelawa memohon bantuan yang disediakan oleh Yayasan Pahang.

Terdapat 2 kategori bantuan iaitu Geran Bantuan Pelajar dan Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i.

Kami akan kongsikan cara permohonan bantuan tersebut dengan lebih mudah.

Apa Itu Geran Yayasan Pahang

Kedua-dua ketegori bantuan ini adalah salah satu usaha YP dalam meningkatkan kemajuan pendidikan terhadap anak-anak Pahang terutamanya bagi mereka yang melanjutkan pengajian peringkat tinggi.

Untuk makluman, YP merupakan yayasan yang memulakan operasi pentadbiran pada tahun 1983 yang bertujuan untuk meningkatkan kemajuan pendidikan, sukan, kebudayaan dan memperluaskan peluang-peluang mendapat pendidikan di kalangan anak negeri dan warganegara Malaysia yang biasa menetap di negeri ini.

Tarikh Permohonan Geran Yayasan Pahang

Permohonan Geran Bantuan Pelajar dibuka sepanjang tahun manakala permohonan Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i dibuka sehingga 16 September 2022.

Geran Yayasan Pahang

Jumlah Bantuan Geran Yayasan Pahang

Jumlah bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Geran Bantuan ke IPT: RM500 (untuk pelajar baharu sahaja)
  • Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i: RM200 (untuk pelajar dalam pengajian sahaja)

Institusi Pendidikan

Pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan berikut layak memohon:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti

Cara Memohon Geran Yayasan Pahang

Untuk membuat permohonan salah satu daripada kedua-dua kategori bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://eyayasan2.yp.org.my/egeran/awam/index.php (untuk Geran Bantuan ke IPT) atau https://eyayasan2.yp.org.my/A-mampanV2/login.php (untuk Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i).
  2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan permohonan sehingga tamat.

Syarat Permohonan Geran Yayasan Pahang

1.Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;
 i.Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
 ii.Sekiranya pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
 iii.Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
2.Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur.
3.Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM.
4.Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi dengan melengkapkan borang dalam talian serta memuat naik salinan dokumen yang telah disahkan benar. Permohonan hendaklah bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/S secara sepenuh masa.

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua kategori bantuan ini, sila layari laman web https://www.yp.org.my/.

Artikel Lain : Permohonan Laptop Tablet Percuma Pelajar IPT

Leave a Comment